tag:blogger.com,1999:blog-39660623555564985552024-02-07T10:59:20.716+08:00Ilmuwan RakyatIlmuwanRakyathttp://www.blogger.com/profile/03991947879374428123noreply@blogger.comBlogger19125tag:blogger.com,1999:blog-3966062355556498555.post-1121667555933615532013-03-11T13:50:00.001+08:002013-03-11T16:25:23.070+08:00Demokrasi, Pluraliti & PRU-13
DEMOKRASI,
PLURALITI DAN PRU-13 <o:p></o:p>
Fadzil Presiden Wadah Pencerdasan Umat (WADAH)
Pencerdasan Rakyat, di Dewan Kompleks Belia dan kebudayaan, Shah Alam, pada
9hb.Mac 2013).<o:p></o:p>
Pilihan raya dalam sistem demokrasi
adalah hari kebesaran kuasa rakyat. Ia harus disambut dengan semangat hormat
terhadap suara rakyat, yang bukan lagi “suara anjing menyalak bukit”, tetapi
suara berdaulat yang membawa kata putus, sebagai aktualisasi prinsip al-sha`b masdar al-sultah (rakyat adalah
sumber kekuasaan). Tetapi pilihan raya hanya akan benar-benar menjadi hari
kuasa rakyat, apabila rakyat dapat menggunakan hak demokratiknya dengan bebas
dan cerdas, bijaksana dan penuh rasa tanggungjawab. Dalam kaitan inilah
relevannya gerakan pencerdasan rakyat untuk memungkinkan mereka membuat
pertimbangan yang adil dan rasional, dan seterusnya menentukan pendirian dan
pilihan yang tepat. Dengan demikian barulah pilihan raya dapat menjadi
mekanisme demokrasi yang menghasilkan pemerintahan dari rakyat, oleh rakyat,
untuk rakyat.
dan Media <o:p></o:p>
seringkali tidak dapat melihat sesuatu dalam realiti seadanya. Banyak negara
yang masih mengamalkan pilihan raya, tetapi tidak mengamalkan kebebasan media (freedom of the press), yang diamalkan
adalah kebebasan daripada media (freedom
from the press) dalam pengertian pemerintah yang bebas daripada kritik dan
sorotan media. Media yang telah kehilangan kebebasan dan diperburuk dengan
kehilangan etika tidak lagi mampu memaparkan kebenaran, tetapi lebih banyak
bertindak sebagai alat propaganda politik, termasuk menghitamkan yang putih dan
memutihkan yang hitam. Demikianlah orientasi sebahagian media masa kini
sehingga kita harus mengajak rakyat lebih tekun berdo`a: Rabbana arina ‘l-haqqa haqqan wa ‘rzuqna ‘ttiba`ah, wa arina ‘l-batila
batilan wa ‘rzuqna ‘jtinabah (Ya Tuhan, perlihatkan kami kebenaran itu
nyata benarnya dan kurniakan kami keupayaan mengikutinya, dan perlihatkan kami
kebatilan itu nyata batilnya dan kurniakan kami keupayaan menghindarinya).
Kebebasan media adalah bahagian integral daripada demokrasi. Kerana itu pilihan
raya tanpa kebebasan media hanya akan menghasilkan pemerintahan yang kehilangan
legitimasi demokratik (democratic
legitimacy). <o:p></o:p>
tampak bukan citra hakiki sebuah parti, dan bukan wajah asli seseorang calon.
Pemalsuan citra yang begitu berleluasa, pasti akan mencederai demokrasi, kerana
ia bererti menafikan hak rakyat mendapatkan maklumat yang benar, lengkap dan
seimbang tentang calon dan parti yang bertanding. Bagaimana mungkin rakyat akan
membuat pilihan yang tepat jika sudah tertipu dengan pencitraan kosmetik media
propaganda. <o:p></o:p>
Sebagai Kesaksian <o:p></o:p>
dalam pilihan raya bukan sekadar hak, yang boleh diterima dan boleh pula
ditolak. Lebih daripada itu sebagaimana yang ditegaskan oleh al-Shaykah Yusuf
al-Qaradawiy, ia adalah kewajiban pelaksanaan kesaksian (shahadah) yang tidak
boleh ditolak apabila dipanggil, “…Dan janganlah saksi-saksi itu menolak
apabila dipanggil. …” -- al-Baqarah:282. Tidak keluar mengundi bererti
menyembunyikan kesaksian (katm
al-shahadah), suatu kesalahan berat yang dicela dalam al-Qur’an, “…Dan
janganlah kamu menyembunyikan kesaksian, kerana barangsiapa menyembunyikannya,
sungguh, hatinya kotor (berdosa)…” --- alBaqarah: 283. Kesaksian dalam
konteks pilihan raya bererti pernyataan sikap dan penilaian yang jujur terhadap
kelayakan seseorang calon dan partinya, berdasarkan kriteria asas: qawiyyun amin (kuat dan dapat dipercaya)
dan hafizun `alim (berintegriti moral
dan berkompetensi intelektual). Kerana itu yang harus layak bukan hanya calon
dan parti, tetapi juga pengundi-pengundinya yang harus memenuhi syarat
kesaksian yang terumus pada kata al-`adl
(keadilan), “…dan persaksikanlah dengan dua orang saksi yang adil di antara kamu…”
-- al-Talaq:2. Kesaksian adalah amanah. Mengundi parti atau calon yang tidak
layak adalah penghkhianatan terhadap amanah yang menepati istilah qawla ‘zur (kesaksian palsu) dalam
al-Qur’an. Memberikan kesaksian palsu adalah dosa berat yang digandingkan
dengan syirik sebagaimana yang firmankan oleh Allah s.w.t., “…,maka
jauhilah (penyembahan) berhala-berhala yang najis itu dan jauhilah perkataan
dusta.” -- al-Hajj:30. Ternyata mengundi dalam pilihan raya tidak hanya
memerlukan kefahaman serba-serbi tentang demokrasi, tetapi juga kesedaran
tanggungjawab moral. Justeru, kesaksian harus dilaksanakan dengan jujur,
semata-mata kerana Allah, bukan kerana kepentingan diri, kaum kerabat dan
suku-sakat, “…dan hendaklah kamu tegakkan kesaksian itu kerana Allah.” --.
al-Talaq:2. Untuk memungkinkan rakyat melaksanakan tanggungjawab kesaksiannya
dalam pilihan raya, mereka tidak boleh naïf -- tidak mengerti bahasa politik,
tidak mampu memahami sepak teranjang serta simpang-siur politik, dan tidak
dapat mengenal mana wajah asli dan mana wajah hiasan citra kosmetik. Ranah
politik memang banyak jebakan dan jerangkap samarnya, ada angguk yang bererti tidak,
ada geleng yang bermakna ia, dan banyak sumpah yang mengandung fitnah. <o:p></o:p>
tengah rakyat yang sedar, cerdas, jujur dan enlightened.
Demokrasi akan mati dalam oreintasi politik ke-fir`aun-an yang mengekalkan
kekuasaan dengan strategi pembodohan rakyat, “(Dengan yang demikian) maka
Fir`aun memperbodohkan kaumnya, lalu mereka mematuhinya; sesungguhnya mereka
itu adalah kaum yang fasiq – derhaka..” -- al-Zukhruf:54. Rakyat yang
telah lama diperbodoh tidak lagi mampu membezakan keadilan daripada kezaliman,
mereka tidak tahu bahawa hak-hak asasinya dirampas, dan tidak sedar kekayaannya
dirompak. Yang mereka tahu siapa yang memberikan wang adalah orang baik yang
wajar disokong, tanpa menyedari bahawa si pemberi sebenarnya adalah penyamun
yang telah merompak habis harta-bendanya. Jadilah mereka rakyat yang senasib
dengan kaum Nabi Hud `a.s. yang setia menyokong kezaliman, “…dan (mereka) menuruti perintah
semua penguasa yang sewenang-wenang lagi durhaka.’ -- Hud:59; atau menjadi
rakyat yang bodoh sombong seperti kaum Nabi Nuh `a.s., “…dan mereka mengikuti
orang-orang yang harta dan anak-anaknya hanya menambah kerugian baginya.” -- Nuh:21. <o:p></o:p>
Politik dan Politik Perubahan <o:p></o:p>
bukan sekadar perubahan politik dalam erti pertukaran parti pemerintah
semata-mata. Yang diperjuangkan oleh gerakan Islam adalah politik perubahan
dalam pengertian berlakunya perubahan hakiki ke arah aktualisasi cita-cita
Islamiah -- prinsip dan nilainya, hukum dan maqasidnya. Aspirasi politik
gerakan Islam adalah tegaknya prinsip kebebasan dan keadilan, suburnya
nilainilai moral amanah, ketelusan dan kesederhanaan; terjaminnya keselamatan
dan ketertiban, dan terlaksananya pemerintahan rule of law yang religius dan berintegriti. Politik perubahan yang
kita perjuangkan meliputi realisasi maqasid
al-shari`ah dalam erti yang setepat dan selengkapnya, bukan sekadar
slogan-sloganan dan pidato-pidatoan. Objektif memelihara jiwa (hifz al-nafs) harus dilaksanakan dalam
pengertian bukan sekadar melindungi nyawa, tetapi juga jaminan kualiti hidup
yang selayaknya sebagai manusia bermaruah dan bermartabat. Objektif memelihara
agama (hifz al-din) harus
dilaksanakan dalam pengertian pendaulatan dan penghayatan ajaran-ajarannya di segala
ranah kehidupan. Objektif memelihara akal (hifz
al-`aql) harus dilaksanakan dalam pengertian membangun daya fikir dan
membina rakyat yang cerdas dan enlightened. Objektif memelihara harta (hifz al-mal) harus dilaksanakan dalam
pengertian pembangunan ekonomi dan pengawalan kekayaan negara dari pembaziran,
pembolotan dan segala bentuk penyelewengan. Objektif memelihara keturunan (hifz al-nasl) pula harus dilaksanakan
dalam pengertian pembinaan generasi yang bersih, kuat dan terdidik dengan
sempurna. <o:p></o:p>
Dua Parti <o:p></o:p>
dalam demokrasi elektoral adalah khidmat yang lebih baik untuk rakyat. Untuk
itu parti pemerintah perlu disaingi dan ditandingi oleh parti alternatif yang
kuat, a formidable force yang
sewaktu-waktu boleh menggantikannya sebagai pemerintah. Kehadiran dua kekuatan
politik yang seimbang adalah penting untuk memacu persaingan memberikan khidmat
yang lebih baik untuk rakyat. Tanpa saingan dan tandingan yang bererti, parti
yang berkuasa akan berasa terlalu selesa dan seterusnya akan mengalami
penurunan komitmen dalam memberikan khidmat yang lebih baik. Keadaan seperti
itu akan menumbuhkan sikap taken for
granted, “sudahnya rakyat akan memilih kita juga, kerana tidak ada
alternatif.”. Dengan kata lain, dalam konteks masa kini, sistem dua parti
adalah suatu keperluan bagi menjamin wujudnya persaingan yang real dan bererti. Rakyat akan mendapat
khidmat yang lebih baik dalam politik yang memungkinkan berlakunya pertukaran
kuasa pemerintahan dari semasa ke semasa.<o:p></o:p>
Baru dan Tahaluf Siyasiy <o:p></o:p>
rakyat Malaysia mulai memperlihatkan tandatanda keinginan menerokai politik
baru. Politik kapitalisme kroni dan perkauman sempit tidak lagi dapat
dipertahankan dalam arus kebangkitan politik moral dan idealisme keadilan dan
kebersamaan. Tahaluf siyasiy (pakatan
politik) Muslim-bukan Muslim dalam ranah politik plural adalah suatu eksperimen
yang wajar diberi ruang dalam konteks politik baru yang realistik berasaskan
nilai-nilai luhur yang disepakati bersama. PRU-12 telah memperlihatkan isyarat
bermulanya politik pembebasan dari kepompong politik perkauman. Rakyat membuat
pilihan tidak lagi berasaskan kaum, tetapi berasaskan idealisme -- keadilan dan
kebebasan, maruah dan martabat keinsanan, integriti moral dan pelayanan yang
lebih baik. <o:p></o:p>
Malaysia, kehadiran warga bukan Muslim harus diakui sebagai realiti yang
diambilkira dalam penggagasan sebarang formula politik. Umat Islam yang semakin
terdedah kepada wacana-wacana politik Islam kontemporari, semakin bersikap
terbuka dan bersedia untuk menjalin kerjasama politik dengan warga bukan
Muslim. Ternyata antara impak terbesar fenomena kebangkitan Islam adalah
kefahaman yang lebih mendalam terhadap ajaran Islam, termasuk dasar-dasar
politiknya. Sikap mejauhi golongan bukan Muslim semata-mata kerana
ketidak-Islaman mereka telah berubah setelah memahami hakikat konsep ukhuwwah (persaudaraan) yang luas,
meliputi persaudaraan seagama, persaudaraan sebangsa, persaudaraan setanahair
dan persaudaraan kemanusiaan sejagat. Al-Qur’an tidak hanya menyebut
persaudaraan keagamaan (Sesungguhnya orang-orang mukmin itu
bersaudara) – al-Hujurat:10, tetapi menyebut juga persaudaraan
kebangsaan lewat pengkisahan tentang hubungan antara para anbiya’ dan mursalin
(Nuh, Lut, Hud dan Salih `a.s.) dengan kaum masingmasing yang menolak dakwah,
(tetap dalam kekafiran kesyirikan) tetapi masih dianggap saudara, (…akhuhum
Nuh…) – al-Shu`ara’: 105, 106, (…akhuhum Lut…) -- alShu`ara’:
160,161, (…akhuhum Hud) -- al-Shu`ara’:124, dan ( …akhuhum Salih )
-al-Shu`ara’:142. Kata akhuhum dalam ayat-ayat tersebut
bererti saudara. <o:p></o:p>
itu musuh, malah tidak sedikit yang memperlihatkan semangat setiakawan sehingga
kaum Muslimin berasa terharu dengan kebaikannya. Ketika Rasulullah s.`a.w.
menderita kelaparan dalam kepungan dan pemulauan oleh Quraysh di Shi`b Abi
Talib selama tiga tahun tanpa bekalan makanan, seorang bukan Muslim, Hisham ibn
`Amr al-`Amiriy tidak sampai hati menyaksikan kezaliman yang ditimpakan ke atas
saudara-saudara sebangsanya. Beliau nekad melanggar larangan Quraysh demi
simpatinya terhadap umat Islam yang kelaparan. Setiap malam, setelah semua
orang tidur nyenyak Hisham menghantarkan bekalan makanan sebanyak yang terdaya
dibawa oleh seekor himarnya. Nama Hisham ibn `Amr al-`Amiriy abadi dalam
sejarah sebagai orang bukan Muslim yang berjasa besar meringankan derita umat
Islam ketika tidak ada orang yang sanggup melakukannya. (Khalid, `Amr, 2006:70)
<o:p></o:p>
dalam konteks masyarakat majmuk yang mengamalkan demokrasi elektoral tentunya
akan membawa kepada pembahasan isu pengangkatan calon bukan Islam sebagai wakil
rakyat. Dalam kaitan ini al-Shaykh Dr. Yusuf al-Qaradawiy mengatakan bahawa isu
pengangkatan wakil rakyat tidak sampai dan tidak termasuk dalam bab imarah atau wilayah. Wakil rakyat bukan amir, bukan wazir dan bukan juga wali.
Ia hanya mewakili sejumlah warga di kawasan tertentu. Tugasnya hanya
menyuarakan kepentingan rakyat yang diwakilinya, kalau pun ikut menggubal
undangundang, ia tidak melibatkan hukum-hakam agama yang dinaskan secara muhkam. (AlQaradawiy, Yusuf, 1999:
194-195). <o:p></o:p>
wakil rakyat akan berhujung dengan pelantikan mereka sebagai menteri sekalipun,
ia tidak menjadi isu, kerana pada zaman tamadun Islam dahulu pun, para ulama
mengharuskan pelantikan orang bukan Islam (ahl al-dhimmah) sebagai menteri
pelaksana (wazir al-tanfidh). Sejarah
mencatatkan ramai orang bukan Islam yang menjadi menteri dalam kerajaan
Abbasiyah, dan tidak ada bantahan ulama terhadap mereka. Memberikan kepercayaan
dengan tanggungjawab tertentu kepada orang bukan Islam yang memang boleh
dipercaya tidak perlu dipermasalahkan. Jika lelaki Muslim boleh mengahwini
wanita bukan Muslim kitabiyyah,
bukankah itu juga bererti mempercayakan tugas pengurusan rumahtangga dan
tanggungjawab keibuan kepada orang bukan Islam? <o:p></o:p>
tanggungjawab -- Muslim dan bukan Muslim - pada asasnya adalah sama.
Demikianlah ketetapan yang berasaskan prinsip: lahum ma lana, wa `alayhim ma `alayna (mereka berhak mendapat apa
yang kita dapat, dan mereka memikul tanggungjawab yang sama kita pikul). Agama
memang tidak menghalang memberikan pelayanan yang baik dan adil kepada warga bukan
Muslim, andainya mereka tidak memperlihatkan sikap permusuhan dan penentangan
terhadap kaum Muslimin. Demikianlah yang difirmankan oleh Allah: <o:p></o:p>
dan berlaku adil terhadap orang-orang yang tidak memerangimu dalam urusan agama
dan tidak mengusir kamu dari kampung halamanmu. Sesungguhnya Allah Mencintai
al-Qaradawiy menyebut bahawa berbuat baik dan berlaku adil terhadap warga bukan
Islam sedemikian itu termasuklah pemberian ruang untuk mereka menganggotai
majlis-majlis perwakilan. (Al-Qaradawiy, Yusuf, 1999: 195). Dengan semangat
ayat tersebut juga kita boleh membuat rumusan bahawa berbuat baik dan berlaku
adil terhadap warga bukan Muslim termasuk juga menepati janji untuk saling
mendukung dalam kerjasama politik, khususnya dalam pilihan raya. Justeru,
menepati janji adalah bahagian daripada tuntutan syara`. <o:p></o:p>
politik yang tidak berdasar. Sebelum diutus membawa risalah Islam Nabi s.`a.w.
sudah berpatisipasi dalam Hilf al-fudul,
sebuah pakatan di kalangan orang-orang musyrikin Arab untuk menghadang
pencerobohan dan melindungi kaum mustad`afin. Sesudah diangkat menjadi Rasul,
Junjungan s.`a.w. mengenang peristiwa tersebut dengan penuh rasa penghargaan
terhadap pakatan yang bermotif kebaikan itu dengan bersabda, “Andainya sesudah Islam (sekarang ini) aku
dipanggil untuk menyertai (pakatan) seperti itu lagi, nescaya aku akan
menyahutnya”. <o:p></o:p>
ketua kerajaan tidak dipilih secara langsung oleh rakyat menerusi pilihan raya.
Pengangkatannya dilakukan menerusi wakil-wakil rakyat di parlimen. Kerana itu
pilihan raya umum menjadi sangat penting kerana ia juga terkait dengan
pengangkatan orang no.1 negara yang banyak menentukan untung nasib rakyat dan
negara. Rakyat tentunya menginginkan negara ini dipimpin oleh tokoh yang
bersih, berwibawa dan berkompetensi, bukan sekadar tokoh selebriti politik.
Untuk mencapai keinginan tersebut, mengundi dalam pilihan raya umum harus juga
didasarkan pada perhitungan memilih wakil yang dapat menjadi saluran
terpilihnya ketua kerajaan yang menepati atau yang lebih menghampiri kualiti qawiyyun amin dan hafizun `alim. <o:p></o:p>
Pilihan Raya dan Budaya Politik <o:p></o:p>
kita memerlukan mekanisme pilihan raya yang bersih, cekap dan berkecuali.
Mekanisme pilihan raya harus benar-benar mampu menghasilkan pemerintahan dari
rakyat, oleh rakyat untuk rakyat; mekanisme yang dapat menjamin bahawa yang
naik adalah yang terbaik. Dengan demikian kemenangan yang diraih oleh seseorang
calon atau sesebuah parti, benar-benar jelmaan kemenangan rakyat. Pilihan raya
yang bersih akan menggembirakan semua pihak kerana yang menang bukan wang,
bukan rasuah, bukan kecurangan dan bukan penipuan, tetapi yang menang adalah
demokrasi yang memang diperjuangkan oleh semua. <o:p></o:p>
keprihatinan terhadap biaya pilihan raya yang terlalu mahal, sehingga yang
selalu menjadi masalah ketika menghadapi pilihan raya adalah soal dana. Pilihan
raya yang mahal akan membuka pintu rasuah seluas-luasnya. Ia akan mengundang
pelaburan para pemilik dana (kapitalis/korporat/cukong), dan apabila berlaku
persekongkolan politik dengan bisnes, bererti kiamatlah moral politik. Justeru,
moral politik tidak akan laku di tengah kemeriahan pasar jual-beli undi. <o:p></o:p>
menjadi bahasa politik. (tidak ada wang, tidak ada politik!). Wanglah yang
menjadi tonggak kekuatan politik, wanglah penentu elektibiliti parti dan
akhirnya wang jugalah yang menentukan pemenangnya. Dalam budaya politik korup
seperti itu wang dapat membeli segala-gala: suara rakyat, lawan politik,
jentera, media dan segalanya. Pilihan raya adalah kesempatan terbaik merebut
peluang melabur dalam politik (pilihan raya) untuk mendapat pulangan dalam
bentuk projek dan kontrak kerajaan selepas pilihan raya. Budaya politik wang
akhirnya akan berakibat terbentuknya kerajaan yang korup. Untuk melindungi
kuasa yang korup institisiinstitusi penegak undang-undang dilemah dan
dilumpuhkan. Itulah yang akan berlaku kepada institusi-institusi seperti
kepolisan, kehakiman, jabatan peguam negara, SPRM, SPR dan lain-lainnya.
Demikianlah transformasi yang akan terjadi, dari agen penegak keadilan dan
ketertiban menjadi alat melindungi korupsi. Justeru, kekuatan
institusiinstitusi ini akan mengancam kelangsungan kuasa yang korup. <o:p></o:p>
bisnes orang berduit, tertutuplah peluang untuk mendapatkan pemimpin yang baik,
bermoral dan berintegriti. Para pelabur tidak akan mendanai pemimpin yang kuat
dan pro-rakyat, sebaliknya mereka akan membiayai “pemimpin” tajaan mereka
sendiri yang nanti akan dapat mereka kuasai. Ini bukan mimpi, tetapi realiti
yang telahpun terjadi. Fenomena penguasaan orang bisnes ke atas ahli-ahli
politik inilah yang diungkapkan oleh Noreena Hertz dalam bukunya, The Silent Takeover: Global Capitalism and
the Death of Democracy. Beliau mengatakan, <o:p></o:p>
are increasingly seen as impotent, irrelevant, and dishonest. People see their
government as unable to deliver what they promie, obsessed with unimportant
issues and internal politicking, riddled with corruption, clinging to outmoded
notions of authority, and increasingly in the pockets of businesspeople. The
distinction between incompetence and dishonesty is becoming blurred as, in
country after country, senior politicians are discovered to have engaged in
(Hertz, Noreena, 2003: 121) <o:p></o:p>
duit, mereka yang tidak mahu menjadi calon tajaan kaum berduit harus menyingkir
meskipun berkualiti dan berpotensi menjadi pemimpin yang baik. <o:p></o:p>
gejala politik kekerasan. Demokrasi seharusnya menjadi pentas adu kekuatan
idea, bukan otot dan lengan. Politik samseng adalah pengkhianatan terhadap
prinsip dan nilai demokrasi elektoral. Politik adu kekuatan fizikal adalah
amalan masyarakat yang tidak bertamadun. Parti-parti politik yang menjunjung
prisip dan nilai demokratik seharusnya mampu membina massa demokrat yang
menghormati aturan main yang bersih dan beradab. Yang pertama dan utama adalah
memenangkan demokrasi itu sendiri. Manusia demokrat tulen tidak akan sanggup
mencederai demokrasi atau melukai warga pengamal demokrasi, semata-mata kerana
ingin memenangkan diri dan kelompok sendiri. Rakyat yang setia kepada nilai dan
norma demokrasi harus tegas menolak politik kekerasan, termasuk politik
mengancam, mengugut, manakut-nakutkan dan lain-lainnya. <o:p></o:p>
boleh dipisahkan daripada perjuangan pencerdasan dan pemberdayaan rakyat.
Justeru, demokrasi hanya akan punya erti jika rakyat memiliki kekuatan daya
fikir dan keberanian bersikap. Para pendukung demokrasi harus siap melawan
pembodohan dan pemiskinan. Politik yang didukung golongan yang bodoh dan miskin
akan mengekalkan kebodohan dan kemiskinan. Bagi mereka warganegara yang
efektif, cerdas, kritis dan tidak bergantung adalah bahaya yang akan menggugat
kekuasaan yang sewenang-wenang. Memang survival penguasa yang zalim selamanya
bergantung pada kebodohan dan kemiskinan rakyat. Rakyat yang miskin dan yang
bodoh selalu mengundi atas pertimbangan kepentingan peribadi dan habuan jangka
pendek yang bersifat kebendaan, bukan atas pertimbangan jangka panjang yang
bersifat public virtues, kebaikan
bersama atau maslahah `ammah <o:p></o:p>
Islam dan Misi Demokratisasi <o:p></o:p>
(rasuah, fitnah, kezaliman, penindasan, pemborosan dan yang sejenisnya), harus
menggunakan hak demokratiknya mengundi dalam pilihan raya dengan niat suci
melaksanakan amanat Nabi s.`a.w., “Sesiapa
yang melihat kemungkaran hendaklah ia merubahnya…” Gerakan Islam tidak
seharusnya menjadi alat mempertahankan kebobrokan. Merelakan diri diperalat
untuk motif sedemikian itu adalah suatu penodaan terhadap kemurnian risalah dan
sekaligus pengkhianatan terhadap idealisme perjuangan kader-kader Islamis. <o:p></o:p>
tanggungjawab meratakan pendidikan demokrasi. Rakyat harus disedarkan bahawa
demokrasi adalah prinsip, nilai dan mekanisme yang perlu di pelajari, difahami
dan dihayati secara murni dan konsisten. Demokrasi bukan sekadar pilihan raya,
yang dilaksanakan asal jadi, atau asal ada. Yang dituntut bukan pilihan raya
asal-asalan, tetapi pilihan raya yang bersih, adil dan efisien. Rakyat perlu
lebih kritis terhadap SPR agar institusi tersebut menjadi lebih berwibawa,
berintegriti dan bermaruah sebagai badan pelaksana yang berkecuali dan adil.
Rakyat perlu dididik dengan budaya politik yang sihat menerusi semangat
persaingan fa ‘stabiqu ‘l-khayrat,
penegakan moral politik dan seterusnya penolakan terhadap politik fitnah,
politik wang dan politik curang. <o:p></o:p>
BAGAIMANA <o:p></o:p>
Kau ini bagaimana?
untukku segalanya <o:p></o:p>
tuduh aku kapir <o:p></o:p>
curigai <o:p></o:p>
diam saja kau waspadai <o:p></o:p>
memegang prinsip kau tuduh aku kaku <o:p></o:p>
bilang aku plin-plan <o:p></o:p>
srimpung kakiku <o:p></o:p>
ganggu aku <o:p></o:p>
membuat aku sakit jiwa <o:p></o:p>
jelas arahnya <o:p></o:p>
kebijaksanaanmu menyepelekannya <o:p></o:p>
menyontohkan yang lain <o:p></o:p>
sendiri memanggilnya dengan pengeras suara tiap saat <o:p></o:p>
setiap hari bertikai <o:p></o:p>
kau merusaknya <o:p></o:p>
menghabiskannya <o:p></o:p>
kau tanami rumah-rumah <o:p></o:p>
punya rumah kau meratakannya dengan tanah <o:p></o:p>
spekulasimu menjadi-jadi <o:p></o:p>
sendiri terus berucap wallahu a`lam bissawab <o:p></o:p>
aku <o:p></o:p>
tengkukku <o:p></o:p>
sudah kupilih kau bertindak semaumu<o:p></o:p>
sapa saja kau merasa terganggu <o:p></o:p>
bilang aku ceriwis <o:p></o:p>
bungkam kau tuduh aku apatis <o:p></o:p>
marah <o:p></o:p>
alternatif kau bilang jangan mendikte saja <o:p></o:p>
Al-Mawardiy, Abu al-Hasan `Aliy ibn
Muhammad ibn Habib. t. t. Al-Ahkam alSultaniyyah
wa al-Wilayat al-Diniyyah. Beirut: Dar al-Kutub al-`Ilmiyyah.
Al-Mu`askariy, Abu Ahmad Muhammad
Balqard ibn Ahmad. 2005. Mafhum
alHizbiyyat al-Siyasiyyah wa hukmuha fi al-Islam. Al-Jaza’ir: Dar
alKhalduniyyah.
Al-Qaradawiy, Yusuf. 1999. Min Fiqh
al-Dawlah fi al-Islam. Kaherah: Dar al-Shuruq.
George, Cherian. 2012. Freedom from the Press: Journalism and State
Power in Singapore. Singapore: NUS Press
Hertz, Noreena. 2003. The Silent Takeover: Global Capitalism and
the Death of Democracy. New York: Harper Business.
Khalid, Amr. 2006. `Ala Khuta ‘l-Habib S.`A.W. Beirut: Al-Dar al-`Arabiyyah li al`Ulum
IlmuwanRakyathttp://www.blogger.com/profile/03991947879374428123noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-3966062355556498555.post-19715363393394484552013-01-29T11:41:00.001+08:002013-01-29T11:41:16.948+08:00Memugar Pendidikan Keinsanan
MEMUGAR PENDIDIKAN KEINSANAN
Siddiq Fadzil
(Teks ucapan di Majlis Konvokesyen ke-20, Kolej Dar al-Hikmah,
di Dewan Besar Esset, Bangi, pada 19hb. Januari 2013)
Setiap kali diadakan majlis konvokesyen kita tidak
pernah lupa mengingatkan seluruh warga Dar al-Hikmah tentang sejarah kelahiran
institusi ini yang dilatari kesedaran perlunya mendirikan IPT alternatif di
tengah krisis yang sedang melanda dunia pendidikan. KDH tidak lahir dari motif
bisnes, ia tampil sebagai jelmaan idealisme dan cita-cita murni pemugaran insaniyyat
al-insan pada saat pendidikan kehilangan esensinya sebagai proses
penyempurnaan dan pengutuhan insan. Latar kesejarahan ini harus sentiasa segar
dalam ingatan agar institusi ini tidak akan kehilangan arah terutama dalam era
menggejalanya politisasi dan komersialisasi pendidikan yang semakin
menjadi-jadi. Pentingnya kesedaran kesejarahan dalam konteks organisasi di
sebut oleh sejarawan strategi bisnes dari Harvard, Alfred D. Chandler Jr.,
"How can you know where you're going if you don't know whre you've
been?". (HBR, December 2012:50).<o:p></o:p>
Menyedari hakikat KDH sebagai sebuah institusi
perjuangan, maka konvokesyen dalam tradisi Dar al-Hikmah bukan sekadar
perhimpunan ceremonial, tetapi lebih merupakan perhimpunan heroik yang
kental dengan semangat jihad kependidikan. Memang, bagi kita pendidikan bukan
sekadar sebuah projek, dan bukan juga sekadar sebuah aktiviti keorganisasian,
tetapi lebih daripada itu pendidikan adalah al-jihad al-tarbawiy, suatu
perjuangan yang hanya dapat dilaksanakan oleh mereka yang berjiwa dan berwatak
pahlawan. Justeru, di ranah pendidikan kita harus melawan arus dehumanisasi
yang menjelma dalam pelbagai kekuatan: pembodohan, pembutaan, pendangkalan,
pembelengguan, pelecehan dan penurunan darjat keinsanan. Untuk membangun
manusia yang terdidik rohani dan jasmani dengan seimbang dan terpadu kita harus
melawan pemikiran sekularistik yang mempersepsikan manusia sebagai an
earthly-bound man, makhluk ketanahan yang telah kehilangan dimensi
kerohaniannya. Ternyata manusia dalam perspektif sekular bukan lagi insan dalam
al-Qur'an yang dimuliakan dengan al-takrim al-Ilahiy dan diistimewakan
dengan hembusan ruh Ilahi (al-nafkh al-Ilahiy).<o:p></o:p>
kemanusiaan dalam sistem pendidikan moden telah banyak diwacanakan, tetapi
sebahagian para promoter pendidikan sekular terlalu sombong untuk mengakui
adanya krisis kemanusiaan yang amat fundamental itu. Mudah-mudahan sikap
"bodoh-sombong" mereka akan segera menurun dengan terbitnya buku Truth,
Beauty, and Goodness Reframed: Educating for the Virtues in the Twenty First
Century oleh Howard Gardner. Dalam buku tersebut tokoh pendidikan Harvard
itu telah melakukan semacam koreksi terhadap idea-idea kependidikannya yang
terdahulu yang sangat berorientasi materialistik dan pragmatik. Lewat karya
terbarunya itu Gardner menggagaskan pendidikan yang lebih humanioristik dengan
liputan yang lebih komprehensif merangkumi filsafat, psikologi, sejarah dan
kebudayaan. Sebelum ini telah terbit buku Excellence without a Soul oleh
Harry R. Lewis yang juga dari Harvard. Segala yang diungkapkan oleh kedua-dua
tokoh dari Harvard itu dapat dianggap sebagai suatu kesaksian tentang masalah
yang sedang membelit sektor pendidikan, khususnya di Amerika Syarikat, oleh
orang Amerika Syarikat sendiri. Para pendukung pendidikan model Amerika boleh
meremehkan suara Dar al-Hikmah, tetapi bagaimana mungkin mereka meremehkan idea
dari Harvard, institusi yang menjadi kiblat mereka selama ini. Kesaksian oleh
para ilmuwan Barat tentang dunia Barat ini mungkin mirip pemerian al-Qur'an
(tentang Nabi Yusuf `a.s. dan isteri al-`Aziz):<o:p></o:p>
وشهد شاهد من أهلها
Keprihatinan terhadap isu insaniyyat al-insan dalam
pendidikan bukan suatu yang mengada-ngada. Memang manusia sepanjang zaman
sentiasa berhadapan dengan risiko kejatuhan martabat keinsanan dari ahsani
taqwim merudum kepada asfala safilin. Satu-satunya kekuatan
penyelamat dari bencana kemanusiaan tersebut adalah pendidikan yang berteraskan
iman dan amal salih. Al-Qur'an sendiri menyebut manusia sebagai makhluk yang
bersifat zaluman jahula. Ia zalim, dan yang pertama dizalimi adalah
dirinya sendiri -- menjatuhkan martabat dirinya dari sebaik-baik kejadian
menjadi serendah-rendah makhluk. Ia juga jahil, tidak tahu hakikat dirinya dan
tidak tahu memelihara ketinggian martabat keinsanannya. Kerana itu tokoh-tokoh
pendidikan dalam sejarah dan tradisi Islam umumnya memberikan tumpuan khusus
pada persoalan insaniyyat al-insan. Dalam kaitan ini al-Sallabiy
menyebut tentang pemikiran kependidikan al-Shaykh al-`Izz ibn abd al-Salam yang
memusat pada isu insaniyyat al-insan, iaitu pendidikan yang berorientasi
pemeliharaan dan pengembangan potensi dan ciri keinsanan secara utuh dan
menyeluruh. (Al-Sallabiy, 2008:72-73). Dalam karya tulisnya Ahwal al-Nas ulama
penyandang gelar Sultan al-`Ulama' itu mengungkapkan pendidikan rohaniah
yang meliputi persoalan-persoalan tentang al-muraqabah, al-khawf, dan muhasabah
dhatiyyah berasaskan hakikat keinsanan yang memang tahu tentang dirinya dan
segala perlakuannya:<o:p></o:p>
بل الإنسان على نفسه بصيرة
vertikal (hablun mina 'Llah) sedemikian itulah yang dapat membentuk
watak dan akhlak mulia, memberikan kekuatan menghindari segala kekejian,
menumbuhkan rasa damai dan bahagia dalam amal taqarrub kepada Tuhan,
membangkitkan daya tahan menghadapi kesukaran, dan membina kesabaran menantikan
ganjaran yang tertangguh. Pendidikan kerohanian yang sekaligus menekankan juga
hubungan horizontal (hablun mina 'n-nas) dapat membina watak sosial yang
sihat berasaskan nilai-nilai kasih-sayang, keadilan dan empati kemanusiaan.
Kesedaran tentang spiritual intelligence tampaknya mulai tumbuh,
termasuk di dunia bisnes dan pengurusan yang sudah mulai mewacanakan isu spiritual
capital.<o:p></o:p>
pendidikan aktualisasi seluruh potensi keinsanan, termasuk potensi seni,
imajinasi dan kreativiti. Manusia harus dididik mengapresiasi dan menikmati
keindahan. Justeru, keindahan adalah nikmat kurnia Tuhan Yang Maha Indah.
Keindahan tidak terbatas hanya pada yang bersifat hissiy (fizikal-material),
tetapi juga yang bersifat maknawi dan rohani. Pendidikan seni harus dapat
menumbuhkan daya apresiasi terhadap jamal (keindahan) ketuhanan yang
terserlah pada Nama-Nama Indah-Nya (Asma'u 'Llahi 'l-husna) sehingga
timbul rasa kagum dan terdorong untuk menghayatinya dalam batas keupayaan
insaninya (al-takhalluq bi akhlaqi 'Llah). Dalam kaitan inilah seni
dapat membantu pendidikan nilai-nilai murni al-ma`rufat yang pada
hakikatnya merupakan puncak-puncak keindahan maknawi.<o:p></o:p>
kerana daya kreativitinya itulah ia layak menjadi khalifah dengan misi
pengimarahan bumi -- memproduksikan khazanah manfaatnya yang terpendam, dan
menyerlahkan keindahannya yang tersembunyi. Dilihat dari perspektif Islam, daya
kreativiti dalam pengertian kemampuan menghasilkan suatu yang baru, asli, indah
dan bermanfaat, bukan sekadar suatu keperluan dalam persaingan ekonomi global,
malah suatu kemestian dalam pengaktualisasian misi kekhalifahan di bumi. Dunia
hari ini sangat memerlukan idea-idea baru untuk melaksanakan pembangunan yang
mampan (sustainable development) dan menyelesaikan pelbagai krisis yang
sedang dialaminya. Segala masalah -- politik, ekonomi dan sosial -- akan dapat
diatasi dengan lebih mudah dan cepat andainya wujud a healthy marketplace of
ideas, sebuah pasar besar idea-idea baru yang segar dan bernas, hasil
sumbangan kolektif masyarakat manusia yang kreatif dan berminda terbuka.<o:p></o:p>
idea, suatu bencana ketamadunan yang menjerumuskan umat manusia di pelbagai
rantau ke dalam jurang petaka dan kemelut yang berlarut-larut: peperangan,
krisis ekonomi, keruntuhan moral, bencana alam dan segala macam musibah
lainnya. Demikianlah hakikatnya, negara sedigdaya Amerika Syarikat yang selama
ini dianggap the world's sole superpower, the "new Rome" and the
"indispensible country" juga tidak terkecuali dari bencana
kemerosotan kreativiti. Majalah Newsweek, 19Julai 2010 mengangkat isu Creativity
in America menerusi makalah panjang oleh Po Bronson dan Ashley Merryman
berjudul, "The Creativity Crisis: for the first time, research shows
that American creativity is declining. What went wrong -- and how we can fix it."
Penulisnya belum dapat menyatakan secara pasti sebab terjadinya kemerosotan
tersebut, tetapi menyebut kemungkinan antara puncanya adalah jumlah masa yang
dihabiskan oleh anak-anak di hadapan TV dan bermain videogames, sedang
rentang waktu sepanjang itu seharusnya digunakan untuk melakukan
kegiatan-kegiatan kreatif. Sebab lain ialah ketiadaan creativity development
di sekolah-sekolah. Kemampuan berkreasi rata-rata ditentukan semata-mata
oleh nasib, "there's no concerted effort to nurture the creativity of
all children.".<o:p></o:p>
pendidikan hari ini memang semakin terasa. Ilmu-ilmu tentang kehidupan duniawi
yang dalam tradisi Islam terpadu dengan `aqidah, syari`ah dan akhlak, kini
bukan hanya semakin terlepas dari agama, malah semakin terpisah dari
kemanusiaan. Seyyed Hossein Nasr menyebut ekonomi sebagai contoh ilmu yang
dahulu terpadu dengan etik dan moral, tetapi kini telah terpisah, "when
economics becomes a 'science' almost independent of human beings, dealing only
with quantity without any regard for the qualitative aspects of life."
(Nasr, Seyyed Hossein, 1993:244).<o:p></o:p>
terpisahnya ilmu ekonomi dari manusia dan kehidupan nyata telah disuarakan juga
oleh Ronald Coase, professor emeritus di University of Chicago, ilmuwan senior
yang pernah memenangi hadiah Nobel bidang ekonomi. Dalam tulisannya Saving
Economics from The Economists beliau menyesali malang yang menimpa ilmu
ekonomi yang tercabut dari realiti kehidupan, "The degree to which
economics is isolated from ordinary business of life is extraordinary and
unfortunate." Pada saat lahirnya ilmu ekonomi moden, Adam Smith
malihatnya sebagai kajian tentang sifat dan sebab harta kekayaan bangsa-bangsa
(a study of the "nature and causes of the wealth of nations").
Karyanya yang monumental, The Wealth of Nations dibaca oleh khalayak
luas, termasuk ahli-ahli perniagaan sekalipun Smith secara terang-terangan
mengecam mereka sebagai golongan yang tamak, berpandangan singkat dan pelbagai
sifat negatif lainnya. Buku tersebut juga berjaya merangsang perdebatan di
kalangan ahli-ahli politik tentang perdagangan dan dasar-dasar ekonomi umumnya.
Ketika itu jumlah ahli ekonomi masih sangat sedikit dan mereka memerlukan
khalayak ramai. Sehingga awal abad 20, Alfred Marshall masih dapat
mempertahankan ilmu ekonomi sebagai kajian tentang harta kekayaan dan sebagai
suatu cabang kajian tentang manusia (as "both a study of wealth and a
branch of the study of man".). Dengan demikian ilmu ekonomi masih
relevan dengan masyarakat manusia awam, juga sektor perdagangan dan
perindustrian. Bagaimanapun selepas itu ilmu ekonomi mulai memperkukuh dirinya
menjadi ikhtisas yang terpisah dari dunia ekonomi sebenar. Ahli-ahli ekonomi
menulis untuk sesama mereka sendiri, seolah-olah tidak lagi memerlukan khalayak
di luar lingkungan mereka. Gagasan-gagasan mereka semakin bersifat teoretikal,
abstrak dan spekulatif sehingga sukar untuk dijadikan panduan bagi para
usahawan dan pengurus dalam mengendalikan kegiatan perekonomian mereka.
Akibatnya ekonomi diurus bukan dengan ilmu, moral dan etik, tetapi hanya dengan
bakat, pengalaman dan pertimbangan peribadi pemimpin-pemimpin bisnes sendiri.
Ketika dunia ekonomi ditimpa krisis, mereka tidak datang ke fakulti enonomi untuk
mendapatkan panduan mengatasimya, sebaliknya mereka berpaut pada kuasa politik
untuk mendapatkan pakej penyelamatan. Dalam era perkembangan ekonomi yang
semakin mengglobal dan berasaskan ilmu (knowledge economy), dunia
ekonomi memerlukan kekuatan ilmu, tetapi seperti yang disebut oleh Coase,
"But knowledge will come only if economics can be reoriented to the
study of man as he is and the economic system as it actually exist."
(HBR, December 2012:36).<o:p></o:p>
kemanusiaan, dan pemencilannya dari realiti dunia ekonomi mengakibatkan
tindak-tanduk para pelaku di sektor ekonomi tidak terkendali, dan akhirnya
menjerumuskan negara raksaksa Amerika ke jurang krisis ekonomi yang berlarutan
hingga ke hari ini. Yang tampak sebagai gejala krisis ekonomi itu pada
hakikatnya adalah jelmaan suatu krisis yang lebih mendasar iaitu krisis nilai.
Hakikat inilah yang diungkapkan oleh Jeffrey Sachs, profesor di Columbia
University yang pada tahun 2004 dan 2005 disenaraikan oleh majalah Time dalam
kelompok seratus orang paling berpengaruh di dunia. Dalam bukunya The Price
of Civilization beliau menyebut krisis moral sebagai akar bencana ekonomi
yang sedang menimpa Amerika. Katanya:<o:p></o:p>
crisis: the decline of civic virtue among America's political and economic
elite. A society of markets, laws, and elections is not enough if the rich and
powerful fail to behave with respect, honesty, and compassion toward the rest
of society and toward the world. America has developed the world's most
competitive market societybut has squandered its civic virtue along the way.
Without restoring an ethos of social responsibility, there can be no meaningful
2012:3).<o:p></o:p>
mendasar, iaitu krisis nilai moral di kalangan elit politik dan ekonomi.
Ekonomi Amerika hanya untuk kepentingan segelintir kaum elit terutama golongan
super-kaya, "Too many of America's elites -- among the super-rich, the
CEOs, and many of my colleagues in academia -- have abandoned a commitment to
social responsibility. They chase wealth and power, the rest of society be
damned." (Sachs, Jeffrey, 2012:5). Demikianlah perilaku rakus dan
serakah golongan elit Amerika, pemimpin-peminpin politiknya, tokoh-tokoh
korporatnya, dan malah ahli-ahli akademiknya juga yang mementingkan diri,
mengautt kekayaan dan membolot kekuasaan, tanpa kepedulian terhadap derita
sengsara rakyat awam. Dalam konteks dominasi kaum elit yang telah
menginjak-injak civic virtues, tidak akan berlaku pemulihan ekonomi,
kecuali apabila nilai-nilai moral dan etos tanggungjawab sosial kembali
didaulatkan. Pada hakikatnya citra buruk kaum elit itu bukanlah gambaran sebenar
bangsa Amerika keseluruhannya. Menurut Sachs, rakyat awam Amerika rata-rata
masih memiliki kekuatan moral: berfikiran luas dan waras, moderat, dan
dermawan. Tetapi akibat keruntuhan institusi-institusi politik, mereka tidak
dapat mengawal kesewenang-wenangan kaum elit.<o:p></o:p>
bejat kaum elitnya, mengingatkan kita kepada sunnatu 'Lah tentang
kehancuran bangsa-bangsa:<o:p></o:p>
وإذا أردنا أن نهلك قرية أمرنا مترفيها ففسقىا فيها فحقّ عليها القىل فدمّرناها تدميرا.
Kami perintahkan kepada orang yang hidup mewah di negeri itu (agar mentaati
Allah, tetapi bila mereka melakukan kedurhakaan di dalam (negeri) itu, maka
sewajarnya berlakulah terhadapnya perkataan (hukuman Kami), kemudian Kami
binasakan sama sekali (negeri itu) <o:p></o:p>
seperti itu satu-satu-nya kekuatan yang dapat diharapkan adalah kuasa rakyat.
Dalam kaitan inilah relevannya pendidikan kewarganegaraan yang berorientasikan
pembinaan warganegara yang baik dan efektif. Rakyat perlu dididik menjadi
warganegara yang bermaruah, bermoral, cerdas, kritis, bertanggungjawab dan berperikemanusiaan.
Dengan demikian rakyat akan memiliki keupayaan bertindak mempertahankan hak-hak
kemanusiaan dan kewarganegaraan mereka, dan sekaligus memiliki keberanian
melawan segala bentuk pelanggaran civic virtues: kezaliman, keserakahan,
kecurangan dan kesewenang-wenangan.<o:p></o:p>
tidak mudah, terutama dalam era kebangkitan ghairah materialistik, pragmatik
dan utilitarian di sektor pendidikan. Ketika ini kita sedang menyaksikan
kemunculan fenomenal institusi-institusi berjenama corporate university.
Institusi-institusi pengajian tinggi tajaan badan-badan korporat ini lahir dari
ketidakpuasan terhadap universiti-universiti tradisional yang dinilai gagal
melahirkan tenaga kerja dengan ketrampilan yang sesuai dengan keperluan dunia
keusahawanan. "Big companies are setting up university campuses all
over the world to help produce the kinds of employees they most need." (Margolis,
Mac., 2010: 41). Perkembangan IPT model universiti korporat begitu pesat
sehingga disebut the fastest-growing sector in higher education, dan
dijangka dalam waktu dekat jumlah pengambilan pelajarnya akan mengatasi
universiti-universiti tradisional. Penubuhan universiti korporat memang ada
justifikasinya, dan kekuatannya dalam bidang-bidang tertentu juga harus diakui;
tetapi yang menimbulkan keprihatinan adalah orientasinya yang terlalu menumpu
pada pembinaan tenaga kerja mengikut keperluan syarikat penajanya. Apakah ini
bererti bahawa dimensi kemanusiaan, moral dan etik akan terkorban? Dalam isu
ini kita berkongsi kekhuatiran dengan ahli-ahli akademik prihatin yang keberatan
dengan orientasi yang terlalu pragmatik-materialistik, "Many
traditional academics won't hear of putting 'university' and 'corporate' in the
same sentence and claim that business is enslaving universities to the profit
motive." (Margolis, Mac., 2010:42).<o:p></o:p>
tapi benar" bahawa di daerah Surat Thani (Thailand Selatan), sejak 1957
telah berdiri sebuah institusi, Monkey Training College. Majalah Preferred,
edisi Malaysia, jil.12, 2012, menyiarkan liputan tentang kolej tersebut
yang menawarkan kursus melatih beruk memetik buah kelapa. Dengan jumlah
pengambilan pelajar maksimum 10 ekor setiap kali pengambilan, para graduan MTC
mudah mendapat pekerjaan, malah selalu menjadi rebutan para pemilik kebun
kelapa. Pelajar-pelajar MTC menjalani latihan berdasarkan kurikulum yang
bertahap, bermula dengan latihan asas bagaimana memulas buah kelapa hingga
jatuh dengan menggunakan alat yang mudah. Ini diikuti dengan latihan amali
memanjat pohon kelapa tiruan, setelah lulus barulah beranjak ke pokok yang
asli. Subjek lain yang juga diajarkan ialah latihan amali pelbagai kemahiran
termasuk cara melepaskan diri dari belitan tali dan bagaimana membezakan buah
kelapa yang masak daripada yang belum. Jangka masa kursus ialah antara tiga
hingga enam bulan mengikut kemampuan individual beruk. Pelajar-pelajar yang
cemerlang meneruskan latihan penguasaan kemahiran-kemahiran lain termasuk
bagaimana menaiki kenderaan (belakang motosikal atau kenderaan lain), juga
bagaimana memasukkan buah-buah kelapa yang telah dipetik ke dalam guni.
Beruk-beruk yang berkebolehan istimewa diberi pilihan untuk melanjutkan kursus
di sekolah tinggi, dengan jaminan pihak pengurusan kolej, "we can teach
your monkey practically anything you want it to do". (Khoo, Diana, Preferred,
vol.12, 2012:37-38).<o:p></o:p>
mesej. Mudah-mudahan ada yang sudi merenung persoalan yang berbangkit dari
paparan kisah Monkey Training College tersebut. Andainya IPT hanya
berorientasi penyiapan tenaga kerja yang trampil, dengan mengabaikan pendidikan
keinsanan, lalu apa istimewanya sebuah universiti manusia berbanding sebuah
pusat latihan haiwan mamalia?.<o:p></o:p>
atau kemahiran semata-mata, yang lebih penting adalah pembinaan watak (character
building). Ketika ini persoalan otak dan watak muncul menjadi isu besar
yang menyedut perhatian ramai, terutama selepas terjadinya beberapa tragedi
ngeri yang melibatkan warga sekolahan. Beberapa bulan yang lalu masyarakat
Indonesia digegarkan oleh serangkaian peristiwa "tawuran" pelajar
atau perkelahian berdarah antara sekolah sehingga mengakibatkan sejumlah
kematian. Sementara itu terjadi pula peristiwa penembakan brutal di Amerika
yang mengorbankan puluhan jiwa. Seorang mahasiswa berusia 24 tahun, James Eagan
Holmes tiba-tiba muncul di pentas pawagam Century Sixteen yang sedang
menayangkan filem The Dark Night Rises. Senjata api di tangannya (pistol
Glock caliber 40 dan senapang buatan Smith&Wesson AR-15) meledakkan
tembakan bertubi-tubi menghabisi 12 orang dan melukai 58 orang yang sedang
menonton tayangan perdana filem Batman tersebut. Yang menjadi persoalan,
bagaimana mahasiswa berotak cerdas dan memiliki rekod akademik yang cemerlang
itu boleh menjadi penjenayah seganas itu?<o:p></o:p>
yang membunuh 20 orang murid darjah satu dan 6 orang guru Sekolah Rendah Sandy
Hook, Newtown, Connecticut. Pelakunya, Adam Lanza, 20 tahun di katakan seorang
penyendiri yang mengalami masalah kelainan jiwa. Tentu sahaja tragedi-tragedi
berdarah yang menggemparkan itu membangkitkan keprihatinan pelbagai pihak,
terutama mengenai biang penyebab perilaku teror seperti itu. Antara yang
dituding sebagai penyebabnya ialah kelonggaran undang-undang pemilikan senjata
api di Amerika syarikat. Turut disalahkan adalah industri perfileman yang
banyak mengeluarkan filem-filem berunsur keganasan dan kekerasan. Selain itu
ada juga yang menyingkap pengalaman kekerasan dalam sejarah bangsa Amerika, termasuk
budaya cowboynya yang terus terlestari mewarnai perwatakan mereka.<o:p></o:p>
jelas terkait dengan kegagalan pendidikan membina karakter bangsa. Segala yang
terjadi itu hanyalah sebahagian kecil daripada harga yang harus dibayar kerana
meremehkan insaniyyat al-insan, kerana terobsesi dengan kecerdasan
intelek semata-mata, dan kerana mengabaikan pembangunan insan secara utuh dan
menyeluruh meliputi kecerdasan spiritual, kecerdasan emosional dan kecerdasan
sosial. Yang harus dibina bukan hanya generasi berotak, tetapi juga generasi
yang berwatak dan berjati diri.<o:p></o:p>
berasaskan nilai-nilai agama dan budaya sendiri, bukan dengan menyerap
nilai-nilai tamadun asing. Pengalaman masa lalu mengajar kita bahawa penerapan
nilai-nilai Barat seperti materialisme kapitalistik-individualistik dan yang
sejenisnya telah merosak watak bangsa. Dua buah buku yang pada suatu ketika
dipromosikan sebagai karya cemerlang pembangun watak bangsa, iaitu Revolusi
Mental dan The Malay Dilemma, pada hakikatnya sarat dengan pemikiran
kapitalisme politik Melayu yang menumbuhkan persekongkolan elit politik dengan
elit ekonomi dalam keserakahan kapitalisme kroni. Dalam penilaiannya terhadap
kedua-dua buah buku tersebut, Shaharuddin Maaruf mengatakan, "Revolusi
Mental and The Malay Dilemma represented the thinking
of Malay capitalism which has tasted political power. As a result, the works
emphasise the interplay of political power and Malay capitalism, and can
therefore be regarded as documents of Malay political capitalism."
(Shaharuddin Maaruf, 1988:138-139). Demikianlah nilai-nilai asing telah
membentuk watak rakus dan mementingkan diri di kalangan elit bangsa kita.<o:p></o:p>
tetapi juga generasi terdidik yang berwatak insan ulu 'l-albab, penggabung
zikir dan fikir, perenung dan pengagum ayat-ayat Tuhan, lalu insaf dalam khashyatu
'Llah. Justeru, bagi kaum ulu 'l-albab, insan bernurani dan berakal
tinggi, kebenaran Ilahi adalah segala-gala. Mereka menjadi kuat dan berani
kerana memiliki kebenaran. Untuk tampil sebagai manusia berwatak memang
memerlukan keberanian terutama dalam era kebejatan etika dan keruntuhan
integriti moral. Dalam gagasannya menghadapi abad 21, cendekiawan ulung
Indonesia, Soedjatmoko mengaspirasikan generasi yang berwatak kompeten,
berprinsip dan memiliki "keberanian hidup sebagai manusia berakhlak."
(Soedjatmoko, 1991:103). Dalam nada yang hampir sama, Sasterawan Negara Usman
Awang menyampaikan pesan kepada generasi Melayu abad 21 lewat bait-bait puisi
berikut:<o:p></o:p>
IlmuwanRakyathttp://www.blogger.com/profile/03991947879374428123noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-3966062355556498555.post-67719949626971881762012-12-29T22:30:00.000+08:002012-12-29T22:30:19.276+08:00Sikap Islam Terhadap Kewujudan Agama-Agama Lain
ISLAM TERHADAP KEWUJUDAN<o:p></o:p>
LAIN<o:p></o:p>
Basri<o:p></o:p>
Ilmu Perbandingan Agama. Halaman 22
– 34)<o:p></o:p>
Islam adalah agama ciptaan Allah Subhanahu
wa Ta’ala yang diturunkan untuk manusia dan sekelian makhluk-Nya sejak dari
zaman Nabi Adam ‘alaihissalam lagi.
Inti kepada ajaran Islam ialah Tauhid dan penurunan syariat telah bermula sejak
Nabi Adam, walaupun terdapat perbezaan syari’at dari seorang Nabi-Rasul kepada
seorang yang lain, namun risalah Tauhidnya adalah sama<o:p></o:p>
Muhammad Sallallahu 'Alaihi Wasallam sebagai
Nabi dan Rasul terakhir telah menyaksikan penyempurnaan syari'at dan menjadikan
Islam sebagai sebuah sistem kehidupan yang lengkap, sesuai dengan sifatnya
sebagai agama untuk seluruh umat manusia pada setiap tempat dan zaman sehinggalah
hari kiamat.<o:p></o:p>
melalui kerasulan Nabi Muhammad Sallallahu'
Alaihi Wasallam secara kronologi ditempatkan sesudah kehadiran agama-agama
Yahudi, Kristian dan Majusi dan beberapa lagi agama bukan wahyu seperti Hindu,
Buddha. Hal yang demikian meletakkan Islam dalam posisi yang paling berwibawa
dalam menilai serta menentukan pendiriannya terhadap agama-agama yang ia saksikan.
Penyaksian Islam bukan sahaja dalam bentuk teori bahkan juga dalam bentuk
pengalaman sejarah. Prinsip Umum yang ada pada Islam ialah sikap keterbukaannya.
Ayat 56 daripada Surah al-Baqarah (QS2:256) berbunyi:<o:p></o:p>
(Islam), sesungguhnya telah jelas jalan yang benar daripada jalan yang sesat.<o:p></o:p>
ayat di atas, dapat dibuat kesimpulan:<o:p></o:p>
Soal mengimani
satu-satu agama adalah pilihan masing-masing.
Untuk mengimani
Islam (masuk Islam) adalah atas kerelaan sendiri. Sebarang unsur paksaan atau
tekanan akan membatalkan keislaman seseorang.
Islam
menganjurkan usaha mempelajari, memeriksa dan meneliti segala maklumat benar
(kebenaran) sebelum membuat keputusan dalam mengimani sesebuah agama. Hal ini
disebabkan kebenaran (haqq) akan
pasti terserlah dengan syarat ada usaha menyelidikinya.
Dapatlah dibuat
kesimpulan bahawa Islam member kebebasan dan peluang se1uas-luasnya bagi siapa
sahaja di luar Islam untuk meneliti pelbagai ajaran agama bagi tujuan membuat
perbandingan dengan ajaran yang terdapat dalam Islam. Di sinilah letaknya
keperluan mempelajari agama-agama dan sekaligus juga menggambarkan pendirian
Islam terhadap agama-agama lain
yang lebih khusus kita jug dapat memahami pendirian Islam terhadap kewujudan
agama-agama lain melalui beberapa ayat al-Qur’an antaranya:<o:p></o:p>
ayat 118 ( QS 11: 118)<o:p></o:p>
manusia umat yang satu tetapi mereka senantiasa berselisih pendapat.<o:p></o:p>
ayat 93 (QS 16:93)<o:p></o:p>
Dia menjadikan kamu satu umat (saja)
tetapi Allah menyesatkan siapa yang dikehendaki-Nya dan meberi petunjuk kepada
siapa yang dikehendaki-Nya. Dan sesungguhnya kamu akan ditanya apa yang telah
kamu kerjakan.<o:p></o:p>
ayat-ayat di atas dapatlah dibuat kesimpulan bahawa pertama, Islam mengakui kewujudan pelbagai agama selain daripada Islam,
dan apa juga jenis kepercayaan dan anutan yang pernah wujud di kalangan umat
manusia sejak dahulu hingga sekarang bahkan juga pada masa akan datang.
Kepelbagaian anutan dan fahaman agama yang dapat kita saksikan di kalangan umat
dunia sekarang adalah menurut kehendak Allah jua. Ungkapan “jika Tuhanmu menghendaki, tentu Ia akan menjadikan satu umat sahaja”
memberi maksud: Allah tidak bermaksud untuk menjadikan umat manusia satu umat
(satu agama), walaupun tiada halangan untuk-Nya, namun inilah kebijaksanaan yang
terbentang di hadapan kita. Pengakuan Islam mengenai kewujudan pelbagai agama,
tidaklah pula bermaksud Islam mengakui kebenaran agama-agama tersebut. Mengakui
kewujudan dan kebenaran adalah dua perkara yang berlainan. Kedua, soal beriman dengan Islam adalah belas kasihan Tuhan kepada
hamba-hambaNya. Perkara hidayah adalah mutlak daripada Tuhan yang menentukannya
(Q S28: 56). Apa yang terkandung dalam maksud ayat di atas ialah ruang yang secukupnya
diberikan kepada manusia menggunakan akal dan ketajaman hati yang dianugerahkan
Tuhan kepadanya untuk meneroka, meneliti dan membuat keputusan supaya beriman
dengan agama yang benar (Islam). Implikasi daripada dua keadaan yang
dibincangkan ini mejelaskan pendirian Islam terhadap agama-agama lain.<o:p></o:p>
lebih khusus lagi ialah pendirian Islam terhadap agama-agama yang dianggapnya
sebagai serumpun, berpunca daripada syariat yang dibawa oleh Nabi Ibrahim
'Alaihissalam iaitu agama Yahudi, Nasrani (Kristian) dan Majusi . al-Qur’an menyebutnya
sebagai Ahl al-Kitab. Perbincangan
khusus mengenai ahl al-kitab akan dibincang
dalam ruangan lain. Selain daripada memanggil mereka dengan panggilan khusus (ahl al-kitab) sikap Islam terhadap
mereka amatlah simpatis. Kita saksikan ayat berikut: (QS5:82).<o:p></o:p>
yang paling keras permusuhannya terhadap orang-orang yang beriman ialah
orang-orang musyrik. Dan sesungguhnya kamu dapati yang paling dekat
persahabatnya dengan orang-orang yang beriman ialah orang-orang yang berkata:
“Sesungguhnya kami ini morang Nasrani”. demikian itu disebabkan kerana di
antara mereka itu (orang-orang Nasrani) terdapat pendeta-perdeta dan
rahib-rahib (juga). kerana sesungguhnya mereka tidak menyombongkan diri.<o:p></o:p>
atas memberi gambaran kepada kita bahawa orang-orang bukan Islam yakni orang
musyrik termasuk juga ahli kitab memang pada dasarnya memusuhi Islam dan
umatnya, namun Islam tetap jua memberikan hak-hak mereka beragama, dan masih
bersedia mengajak mereka berbaik-baik serta menjalin persahabatan.<o:p></o:p>
orang-orang kafir-musyrik sekalipun Islam menyatakan pendiriannya yang amat
lunak. Bukan sahaja Islam melarang umatnya dengan sewenang-wenang merusakkan
(mencemari) rumah ibadat mereka seperti kuil, vihara dan sebagainya, malah
untuk melemparkan kata-kata kesat seperti memaki terhadap tuhan-tuhan (patung-patung)
juga mereka dilarang. Kita perhatikan ayat-ayat berikut:<o:p></o:p>
ayat 108, (QS6:108)<o:p></o:p>
yang mereka sembah selain Allah, kerana mereka nanti akan memaki Allah dengan
melampaui batas tanpa pengetahuan. Demikianlah Kami jadikan setiap umat
menganggap baik pekerjaan mereka. Kemudian kepada Tuhan merekalah kembali
mereka, lalu Dia memberitakan kepada mereka apa yang dahulu mereka kerjakan.<o:p></o:p>
telah disentuh, persoalan mengenai beriman dengan satu-satu agama adalah
sepenuhnya atas ihsan dan petunjuk Allah Subhanahu
wa Ta’ala. Allah jualah yang menghendakki seseorang hamba-Nya sama ada
beriman dengan Islam (Muslim) atau sebaliknya (kafir). Hakikat ini menjelaskan
kepada kita bahawa akan ada orang-orang yang masuk ke dalam Islam (beragama
Islam) dan sudah tentulah pula akan ada orang pada agama-agama lain. Kita
perhatikan ayat-ayat berikut:<o:p></o:p>
ayat 36 (QS6: 36)<o:p></o:p>
sahajalah yang mematuhi seruan Allah, dan orang-orang yang mati hatinya (kufur)
akan dibangkitkan oleh Allah, kemudian kepada-Nya mereka dikembalikan.<o:p></o:p>
ayat 149 (QS6:1a9)<o:p></o:p>
hujjah yang jelas lagi kuat: maka jika Dia menghendaki, pasti Dia memberi
petunjuk kepada kamu semua<o:p></o:p>
ayat-ayat al-Qur’an yang sebahagiannya telah kita sebutkan di atas, kita juga
dapat menyaksikan sejarah yang ditunjukkan oleh Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam sebaik sahaja Baginda berhijrah ke Madinah.
Penggubalan Perlembagaan Madinah (Sahifah al-Madinah) turut dilibatkan
penyertaan kaum Yahudi dan Nasrani bagi mewakili kaum mereka. Selain daripada
itu sebuah institusi pengajian Yahudi bernama Baitul Midras (sebenarnya
sebahagian daripada sinagog-rumah ibadah Orang Yahudi) supaya dipelihara (Ahmad
H. Sakr, 1991:10).<o:p></o:p>
halnya dengan kaum Nasrani, mereka diberi layanan sewajarnya oleh Baginda Nabi
Muhammad Sallallahu 'Alaihi Wasallam.
Pernah satu ketika satu rombongan Kristian dari Najran (selatan Madinah, Yamen sekarang)
terdiri daripada padri, pastor dan beberapa anggota lainnya datang mengunjungi
Nabi di Masjid Nabawi. Diceritakan apabila tiba waktu mereka hendak mengerjakan
kebaktian (sembahyang), Nabi membenarkan mereka melakukannya dalam kawasan
masjid. Kita juga mengetahuai bahawa Nabi Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam pernah mengutus ‘Amr bin Umaiyah al-Damiri
mengadakan hubungan politik dan kemudian diiringi dengan penghantaran Ja’afar
bin Abi Talib kepada Raja Najashi (Negus) ke Abasynia (Ethiopia sekarang),
seorang Kristian. Beliau memberi izin kepada Ja'afar bin Abi Talib dan ahli
rombongannya suaka politik bagi mengelak daripada kekejaman kafir Quraisy pada
waktu itu. Nabi. Muhammad Sallallahu ‘Alaihi
Wasallam pernah member jaminan supaya gereja-gereja orang Kristian bebas
daripada sebarang pencerobohan. Jaminan tersebut disampaikan kepada pembesar rahib bernama Saint Catherine
di Bukit Sinai, Palestin (Ahmad Sakr, 1991: hlm 12)'<o:p></o:p>
Nabi Sallallahu 'Alaihi Wasallam
pernah ditanya oleh sahabat-sahabat baginda tentang sikap Islam terhadap Ahl al-Kitab. Nabi menjawab dengan
katanya:<o:p></o:p>
pula kamu mendustakan mereka, dan katakana kepada mereka: kami beriman dengan
apa-apa yang diturunkan kepada kami, dan yang diturunkan kepada kamu, Tuhan
kami dan Tuhan kamu adalah Satu dan kami hanya kepadaNya berserah diri.<o:p></o:p>
hadith di atas dapat dibuat kesimpulan bahawa sikap Islam terhadap agama
samawi/langit seperti Yahudi dan Kristian adalah bersifat hubungan social terbatas
(social relations at arm's length).
Namun ia tidak bermakna adanya unsur permusuhan. Islam meletakkan dasar bahawa
semua pihak pada dasarnya adalah sahabat, kecuali pihak-pihak tersebut
mengisytiharkan keadaan sebaliknya (bermusuhan).<o:p></o:p>
ISLAM<o:p></o:p>
menganjurkan pemeluknya taat kepada prinsip-prinsip dan ajaran agama yang
terkandung di dalamnya. Oleh kerana berpegang kepada sesebuah agama itu
berdasarkan kepada kepercayaan serta keyakinan, maka tahap pegangan terhadap
agamanya wujud dalam bentuk idealisme atau pun dalam bahasa agama disebut
sebagai faith, creed atau iman. Hal inilah yang mendorong seseorang
yang beragama itu bersikap bangga terhadap agamanya dan sekaligus
mempertahankannya serta ‘menolak’ atau menafikan agama orang lain. Keadaan
seperti ini dikenali dengan istilah eksklusif (exclusive). Bersikap eksklusif dalam kehidupan beragama adalah
sesuatu yang tabii. Hal ini dapat diketahui daripada pengalaman setiap orang
beragama. Jika ditanya tentang sikapnya, pastilah secara jujur ia akan
menzahirkan sikap eksklusif tadi, hanya sahaja dalam keadaan mahu menjaga
perasaan orang lain ia tidak mahu menyatakan perasaan sebenarnya. Kehidupan beragama
secara eksklusif ini pastinya membawa banyak implikasi negatif terurama sekali
jika ia tidak dikawal.<o:p></o:p>
perlunya dibendung sikap eksklusif ini maka wujudlah pula sebagai lawannya
iaitu sikap inklusif (inclusive)
dalam kehidupan bergama. Pendekatan inkulsif ini dipengaruhi oleh fahaman
liberal dalam beragama. Fahaman ini menganjurkan keterbukaan seluas-luasnya
kepada sesiapa sahaja untuk ‘berkongsi’ pengalaman agama masing-masing sehingga
tidak ada tembok pemisah antara satu agama dengan satu agama yang lain. Atas
dasar ‘semua agama sama’. ‘semua agama mengajarkan perkara baik’ atau ‘semua
agama berasal dari Tuhan yung Satu’maka wujudlah gagasan bersikap inklusif
dalam kehidupan beragama. Anjuran inklusif ini juga biasa disandarkan atas prinsip
kepentingan perpaduan kaum, kesatuan umat-umat beragama dan seumpamanya
sehingga tidak wujud lagi batu tanda atau jati diri yang -menjadi ciri utama agama
tersebut.<o:p></o:p>
dua jenis sikap di atas ada satu lagi sikap yang biasa didapati, iaitu sikap
tidak acuh atau tidak ambil peduli dalam hal beragama. Sikap ini dikenali sebagai
agnostik (agnostic). Orang yang bersikap
demikian terdiri daripada mereka yang biasanya dipengaruhi oleh fahaman kebendaan
(materialism) dan dalam keadaan yang
ekstrim ia menjadi seorang ateis (Ar.
mulhid), tidak mempercayai wujudnya Tuhan. Dalam keadaan yang tidak ekstrim
seseorang itu biasanya berada dalam kategori ‘bebas agama’ atau free-thinker. Dalam hal ini bersikap agnostic
dalam beragama boleh sahaja dijelmakan dalam bentuk free-thinker atau ateis.<o:p></o:p>
kewujudan pelbagai sikap dalam beragama. Ia sendiri pada hakikatnya
memperlihatkan ciri-ciri eksklusif, sifat kewajarannya sebagai agama yang diredhai
Allah seperti dalam firman-Nya:<o:p></o:p>
sisi Allah ialah Islam<o:p></o:p>
l9)<o:p></o:p>
lain, Firman-Nya;<o:p></o:p>
Islam, maka ia tidak diterima dan di akhirat nanti ia tergolong dalam orang
yang rugi.<o:p></o:p>
dalam dijelaskan oleh Nabi Muhammad Sallallahu
'Alaihi Wasallam dalam Hadithnya:<o:p></o:p>
ayat-ayat tersebut di atas jelas kepada kita bahawa agama Islam memang sifatnya
eksklusif dan tidak hairanlah bagi siapa juga yang memahami Islam dan beramal
dengan ajaran Islam sepenuhnya akan pastilah bersikap eksklusif. Namun
demikian, Islam juga menyediakan ruang serta menganjurkan medan intelek: mengkaji,
meneliti, menganalisis serta membuat penilaian berhubung dengan kebenaran Islam
dalam semua aspek. Hal ini sudah kita sentuh dalam perbahasan terdahulu iaitu
dalam kebebasan beragama (memilih agama) dengan memberikan kemampuan intelek
manusia berperanan. Dalam ayat La ikraha fi ‘l din, qad tabayyana al-rushd
min al-ghayy (al-Baqarah: 256) yang telah kita fahami maksudnya adalah bertujuan untuk mengimbangi ciri
eksklusif Islam. Dengan perkataan
lain dapatlah disimpulkan bahawa sikap eksklusif yang ada pada Islam
diturutsertai dengan sifat rasionalnya. Ringkasnya: ya, Islam bersikap atau berfahaman
eksklusif, tetapi eksklusif rasional (rational
exclusivism). Sikap Islam yang eksklusif rasionalistik inilah membolehkan
Ia mampu berhadapan dengan segala permasalahan manusia pada semua zaman dan
tempat, selaras dengan statusnya sebagai agama universal dan serasi dengan
fitrah manusia.
dengan agama lain, dan dalam hal ini agama Kristian. Ajaran Kristian
menganjurkan konsep tiada keselamatan/kesejahteraan di luar gereja (there is no salvation outside church) atau dalam ungkapan Latinnya: acclesium nulla salus memberi maksud:
siapa yang tidak mengambil Kristian sebagai agamanya, tiada harapan untuknya
selamat. Sepanjang perjalanan sejarah agama Kristian yang mula bertapak di
Rome, Itali pada tahun 70 Masihi dan kemudian tersebar luas ke Eropah barat sehingga
abad ke-l4, sebelum tercetusnya zaman Pencerahan (Renaissance), kita belum menemukan wujudnya sebarang bukti
kegiatan intelektual, bahkan sebaliknya seperti yang Barat sendiri akui iaitu wujudnya
Zaman Gelap (Dark Ages) - satu
gambaran nyata mengenai kongkongan gereja terhadap sebarang bentuk ilmu
pengetahuan yang akan berkembang kerana kewujudannya akan menggugat autoriti
gereja. Harus disebut bahawa gereja dalam konteks ini bukan bermaksud bangunan
atau rumah ibadat tetapi ia merujuk kepada agama Kristian secara umum dan umatnya
secara khusus. Dalam konteks ini gereja yang kita fahami diasaskan atas
himpunan beberapa doktrin yang tidak boleh dipersoalkan atau dibahaskan lagi
kesahihannya. Misalnya dalam menetapkan credo
(prinsip iman) agama Kristian ia dibuat dan diputuskan dalam persidangan Nicea
pada 325 Masihi. Perintah (decree)
pembesar gereja dengan ungkapan “to
believe in order to understand” bermaksud “percaya sahaja untuk faham”
dikuatkuasakan bagi memastikan autoriti gereja tidak boleh digugat. Ia
merupakan sebuah lagi doktrin bagi memelihara doktrin-doktrin sebelumnya seperti
doktrin Triniti, doktrin Penebusan Dosa dan doktrin Pelepasan daripada Sengsara
(Salvation). Di sinilah letaknya asas
mengapa kita menyebutkan sifat eksklusif yang ada pada agama Kristian bersifat dogmatik,
berbeza dengan Islam yang sifat sejadinyanya adalah rasionalistik.<o:p></o:p>
Ghazali Basri (2009). Pengantar Ilmu
Perbandingan Agama. Halaman 22 – 34)<o:p></o:p>
IlmuwanRakyathttp://www.blogger.com/profile/03991947879374428123noreply@blogger.com1tag:blogger.com,1999:blog-3966062355556498555.post-33675004432430509072012-10-29T12:12:00.000+08:002012-10-29T12:12:16.741+08:00Model kepimpinan Rabbani
Rabbani: <o:p></o:p>
Berhikmah <o:p></o:p>
Al-Hakim`A.S.<o:p></o:p>
ilmu pengetahuan kepada Nabi Daud dan Nabi Sulaiman; dan mereka berdua
bersyukur dengan berkata: "Segala puji tertentu bagi Allah yang dengan
limpah kurniaNya memberi kami kelebihan mengatasi kebanyakan hamba-hambaNya
kerajaan) Nabi Daud; dan (setelah itu) Nabi Sulaiman berkata: "Wahai umat manusia,
kami telah diajar mengerti bahasa pertuturan burung, dan kami telah diberikan
serba sedikit dari tiap-tiap sesuatu (yang diperlukan); sesungguhnya yang
demikian ini adalah limpah kurnia (dari Allah) yang jelas nyata".<o:p></o:p>
dari jin dan manusia serta burung; lalu mereka dijaga serta diatur keadaan dan
perjalanan masing-masing.<o:p></o:p>
"Waadin-Naml", berkatalah seekor semut: "Wahai sekalian semut,
masuklah ke sarang kamu masing-masing, jangan Sulaiman dan tenteranya memijak
serta membinasakan kamu, sedang mereka tidak menyedari".<o:p></o:p>
semut itu, dan berdoa dengan berkata:" Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku
supaya tetap bersyukur akan nikmatMu yang Engkau kurniakan kepadaku dan kepada
ibu bapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redai; dan
masukkanlah daku - dengan limpah rahmatMu - dalam kumpulan hamba-hambaMu yang
soleh".<o:p></o:p>
al-Naml: 15 – 19)<o:p></o:p>
Pemimpin, pemerintah dan pentadbir terbaik tidak
lain adalah Allah s.w.t. sendiri. Dialah Tuhan yang bernama al-Hakim, al-Wali dan al-Mudabbir yang Maha Sempurna. Manusia
adalah makhluk pengembang amanat al-istikhlaf,
yang mewakili Allah melaksanakan misi `imarat
al-ard (membangun bumi dengan ilmu, sains dan teknologi) dan islah al-ard (mengislahkan bumi dengan
pendaulatan nilai-nilai murni: kebenaran, keadilan, kejujuran, kasih-sayang,
dan lain-lainnya). Sebagai wakil Tuhan dalam menjayakan misi tersebut manusia
dituntut memperlengkapkan diri dengan sifat-sifat unggul al-takhalluq bi akhlaqi ‘Llah (berakhlak dengan akhlak Allah).
Manusia yang berjaya menghayati sifat-sifat dan nama-nama Tuhan (al-Asma’al-Husna) dalam batas-batas
kemanusiaannya itulah yang disebut manusia rabbani, manusia yang dekat dengan
Tuhan dari segi sifat sifatnya.
Dalam kaitan inilah relevannya tema al-qiyadah al-rabbaniyyah atau
kepimpinan rabbani. Jelmaan paling ideal manusia rabbani adalah para anbiya’
dan mursalin. Dalam konteks al-qiyadah
al-rabbaniyyah (kepimpinan rabbani) mungkin kepimpinan Nabi Sulaiman `a.s.
dapat diangkat sebagai salah satu model yang cukup mengesankan. Pengkisahan
tentang nabi-pemerintah (raja) tersebut banyak termuat dalam surah al-Naml, Saba’ dan Sad. Surah al-Naml yang memaparkan citra
pemerintahan Sulayman `a.s. menyebut kurnia besar yang sekaligus menjadi tonggak
utama pemerintahannya, iaitu kurnia ilmu. Demikianlah ayat yang yang mengisyaratkan
sebuah pemerintahan berasaskan ilmu (knowledge
based). Memang pemerintahan profetis adalah model pemerintahan knowledge based par excellence.
Kata ilmu dalam ayat 15 surah tersebut tidak
secara khusus merujuk jenis ilmu tertentu. Dengan demikian ia dapat diertikan
secara inklusif meliputi segala cabang ilmu yang relevan dengan kenabian dan
kenegaraan, ilmu yang dapat meningkatkan kualiti dan mengangkat martabat. Selain
itu ia juga meliputi makna hikmah yang dapat diertikan sebagai kurnia kefahaman
yang mendalam tentang sesuatu. Para ilmuwan yang memiliki hikmah disebut juga
dengan kata al rasikhuna fi ‘l-`ilm
dan ulu ‘l-albab. Kata albab adalah bentuk jamak dari kata lubb yang bererti inti terdalam atau the core of things, termasuk makna
tersirat di balik yang tersurat.<o:p></o:p>
Hakikat pengurniaan ilmu dan hikmah kepada
Sulayman dan ayahandanya Dawud `a.s. dipertegaskan dalam surah al-Anbiya’:79 “…dan kepada kedua-duanya Kami kurniakan hikmah dan ilmu…” (…wa kullan atayna hukman wa `ilma…).
Dengan kurnia ilmu dan hikmah (wisdom)
itulah Sulayman `a,s. dapat membaca dan menganalisis sesuatu fenomena dengan
tepat, menyikapinya dengan tepat dan memilih tindakan yang tepat. Memang kata
hikmah mengandungi makna kebenaran dan ketepatan (al-sawab wa al-sadad). Surah al-Naml
menyebut bahawa mereka (Dawud dan Sulayman `a.s.) menyatakan tahmid kesyukuran atas segala kurnia,
terutama kurnia ilmu. Mereka amat menginsafi bahawa sumber hakiki ilmu,
kebenaran dan segala kebaikan adalah Allah s.w.t., dan kerananya hanya Dia yang
layak dan berhak menjadi tumpuan syukur.<o:p></o:p>
Ungkapan al-hamdu
li ‘Llah adalah ekspresi terbaik untuk menghargai sesuatu yang bernilai.
Dengan menyebut kata-kata tersebut bererti mereka adalah pemimpin-pemerintah
yang cukup menyedari tentang ilmu sebagai nilai hidup yang utama, dan kerananya
cukup komited dengan budaya ilmu.
Memang demikianlah hakikat nilai ilmu menurut perspektif
profetis sebagaimana yang diperlihatkan oleh Nabi Musa ‘a.s. yang sanggup
meredah daratan dan mengharung lautan walau sampai ke titik temu dua lautan (majma` al-bahrayn) semata-mata demi
ilmu. Malah lebih daripada itu sanggup berjalan bertahun-tahun mencari Khidr
`a.s. untuk berguru kepadanya (surah al-Kahf).<o:p></o:p>
Mungkin hakikat inilah juga yang mengilhami
al-Farabi, failasuf ulung penyandang gelar al-Mu`allim
al-Thaniy menegaskan dalam karya agungnya al Madinat al-Fadilah bahawa antara kriteria utama pemimpin negara
termasuk kecintaan terhadap ilmu (muhibban
li ‘l-`ilm). Yang disebut secara eksplisit dalam surah al-Naml adalah ilmu kebahasaan, khususnya mantiq al-tayr (bahasa burung). Mesej tersirat di sebaliknya adalah
pemerintahan prihatin dan pentadbiran yang komunikatif. Bahasa sebagai alat
komunikasi dimanfaatkan dengan berkesan untuk memahami masalah dan aspirasi rakyat.
Demikianlah sebuah model pemerintahan berjiwa rakyat, kepimpinan yang dapat
merasakan denyut nadi dan degup jantung rakyat.
Bahasa dan alat-alat komunikasi lainnya digunakan
untuk berdialog dengan rakyat dari pelbagai sektor dan golongan, bukan untuk
menyumbat bahan-bahan propaganda dan indoktrinasi kepartian. Dukungan rakyat
diraih menerusi sikap prihatin dan komunikatif, bukan diperoleh secara licik
dengan tipu daya memperbodoh dan mengabui mata. Peristiwa di lembah semut (wadi al-naml) mengangkat satu lagi
contoh pemerintahan prihatin dan komunikatif, wujudnya interaksi antara raja
besar (Nabi Sulayman `a.s.) dengan makhluk kecil (semut). Demikianlah, lewat
kisah yang cukup sederhana dan mudah, al-Qur’an mengungkapkan sebuah konsep
penting: a listening government,
pemerintahan yang mengamalkan keterbukaan dan memiliki tahap kepedulian yang
cukup tinggi. Rakyat kecil mempunyai hak untuk didengar. Pesan dari lembah
semut ini mempunyai erti yang sangat penting terutama dalam konteks zaman
leluasanya pengaruh kelompok-kelompok pelobi bayaran dan nyaringnya suara
ringgit sehingga lahir ungkapan sinis when
the money speaks, the rest will be silent.<o:p></o:p>
Disebut juga tentang angkatan tentera kerajaan
Nabi Sulayman `a.s. yang terbentuk dari gemblengan pelbagai unsur kekuatan
rakyat: jin, manusia dan burung. Kisah ini menyerlahkan kualiti kepimpinan yang
mampu memadu dan menggembleng potensi yang pelbagai untuk mencipta kekuatan
raksaksa yang tak terkalahkan. Mungkin ini adalah jelmaan wisdom kepimpinan dan
kepengurusan Nabi Sulayman `a.s. yang melihat kepelbagaian sebagai kekuatan.
Memang pasukan yang baik tidak terbentuk dari unsur-unsur yang sejenis
(keahlian dan kemahirannya), tetapi yang pelbagai. Kepelbagaian dapat membentuk
pasukan yang saling melengkapi, di samping dapat pula menciptakan dialog yang
kreatif. <o:p></o:p>
Ternyata Nabi Sulayman `a.s. ditampilkan untuk
membawa model qiyadah rabbaniyyah
(kepimpinan rabbani) dan dawlah imaniyyah
(pemerintahan berasaskan iman). Pelbagai kurnia yang melengkapinya dengan
segala ingredients
pemimpin-pemerintah unggul tidak pernah menjadikan Sulayman `a.s. lupa daratan
- mabuk kuasa dan mengagumi kehebatan diri. Sulayman al-Hakim `a.s. tetap
memohon petunjuk dan pertolongan Tuhan bagaimana ia seharusnya menggunakan
segala kurnia itu demi kebaikan dan kesejahteraan makhluk yang menjadi
rakyatnya. Suara semut menyedarkannya agar kesibukan mengurus persoalan-persoalan
besar kenegaraan tidak melalaikan tanggungjawabnya terhadap rakyat kecil yang
terpencil. Melihat makhluk kecil dan lemah yang memerlukan belas kasihan
menginsafkan dirinya betapa kerdilnya ia di hadapan Allah, dan betapa perlunya
ia kepada rahmat-Nya.<o:p></o:p>
Timbunan kurnia yang tidak pernah diberikan
kepada sesiapa selainnya, tidak menenggelamkannya dalam kemabukan glamour. Yang diinginkan adalah pengabdian
yang mendapat keredhaan Ilahi dan khidmat kenegaraan yang bernilai amal salih.
Pemerintahannya tidak hanya rancak dengan projek pembangunan fizikal-material,
tetapi juga bersemarak dengan syi`ar dan amal pengabdian kepada Tuhan.
Demikianlah pengabadian sebuah keunikan pada kepimpinan rabbani, bahawa kuasa
dan harta tidak memadam nyala sebuah idealime imani – menjadi hamba Allah yang
salih. <o:p></o:p>
IlmuwanRakyathttp://www.blogger.com/profile/03991947879374428123noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-3966062355556498555.post-48272105147501457632012-10-25T11:54:00.003+08:002012-10-30T16:14:46.393+08:00'Id Al-Adha
`ID AL-ADHA:<o:p></o:p>
MENANGKAP MESEJ PERJUANGAN IBRAHIM `A.S.<o:p></o:p>
Oleh: Dr Siddiq Fadzil<o:p></o:p>
الله أكبر، الله أكبر، الله أكبر ولله الحمد<o:p></o:p>
Kita mengingat nama Ibrahim `a.s. dan keluarga dalam selawat dan tahiyyat berkali-kali saban hari. Tetapi mengingatnya di tengah aura `id al-adha terasa ada kelainannya, lebih syahdu dan lebih mengharukan. Ibrahim `a.s. adalah nama besar, nama yang disebut dalam dua puluh lima surah al-Qur'an. Kisah Ibrahim `a.s. memang bukan sebuah karya fiktif, tetapi qissah Qur'aniyyah yang kerelevanannya merentas abad, melintas jagat. Para aktivis perjuangan Islam memaknai kisah tersebut bukan sekadar lipur lara, tetapi penyerlahan legacy agung seorang Rasul pejuang kebenaran, kisah yang membawa pesan wisdom perjuangan dan pendidikan hikmah kenabian. Ibrahim `a.s. mewariskan sebuah model pendakwahan berasaskan dialog.
Beliau tidak berkhutbah secara monolog, tetapi selalu mengajak khalayak untuk berdialog dan beradu argumentasi. Dialog adalah strategi bijak untuk menggugah akal dan merangsang orang agar berfikir. Justeru, hanya yang berakal dan yang berfikir yang dapat menghargai dan menilai kebenaran. Berhujah harus selamanya dengan akal sihat dan rasional, bukan dengan sentimen dan emosi. Demikianlah, kebenaran bukan untuk dipaksakan, tetapi didakwahkan dengan hujah yang meyakinkan (iqna`) akal rasional. Memang teras kekuatan dakwah bukan biaya, dan bukan juga kuasa, tetapi esensinya: kebenaran yang berasaskan hujah dan bukti. Kekuatan dana, kuasa dan lain-lainnya bukan tidak penting, tetapi bukan kekuatan esensi hakikinya.<o:p></o:p>
Memang tidak semua orang bersedia menerima hujah dan kebenaran. Penghalang utamanya adalah kepentingan. Suatu yang namanya "kepentingan" itu memang dahsyat. Demi mempertahankannya hujah sekuat mana pun, dan kebenaran sejelas mana pun tidak akan diterimanya. Demikianlah sikap kaumnya, rajanya dan malah bapanya sendiri pun. Hujah yang kuat dan lunak tidak dapat membangkitkan akal rasional seorang ayah yang berkepentingan sebagai seorang pengusaha industri berhala. <o:p></o:p>
Demikian juga kaum bangsanya yang kalah berhujah lalu bertindak liar, cuba menghabisinya dengan melemparkannya ke dalam api yang sedang marak, semarak kemarahan mereka, sepanas hati mereka. Demikianlah, kepentingan selalu menjadikan orang hilang kewarasan, gagal melawan dengan hujah lalu mengganas, melakukan ke-brutal-an fizikal. Begitulah yang selalu dilakukan oleh para penguasa teror sepanjang zaman, membunuh pencabar dan pengkritiknya. Tetapi dalam situasi seperti itulah pula terserlahnya keunggulan Ibrahim `a.s. sebagai pahlawan dakwah yang pantang menyerah, biar hangus menjadi arang, biar hancur menjadi abu. Komitmen seorang mujahid dakwah ialah mempertahankan risalah hingga ke titisan darah terakhir. Baginya tidak ada yang lebih berharga daripada kebenaran (al-haqq) petunjuk Tuhan.<o:p></o:p>
Api yang sejatinya memang panas -- membakar, merentung dan menghanguskan, tiba-tiba berubah menjadi dingin, nyaman dan mesra terhadap khalil al-Rahman. Api pun ikut menyayangi Ibrahim, hamba kesayangan Tuhan. Demikian patuhnya api terhadap pesan Ilahi "selamatkan Ibrahim!". Yang sebenarnya diselamatkan tidak hanya batang tubuh Ibrahim, tetapi juga risalah dan fikrah perjuangannya. Seperti ada pesan khusus yang tersirat di balik peristiwa mukjizat yang mencengangkan itu: bahawa kezaliman hingga ke puncak paling dahsyat sekalipun, tidak akan mampu membunuh fikrah, idea dan idealisme yang benar dan murni.<o:p></o:p>
Semarak takbir `id al-adha mengingatkan kita bagaimana Ibrahim `a.s. memaknai dua kata mulia Allahu Akbar lewat amal nyata. Allah Maha Besar, tidak ada yang lebih besar daripada Allah, Perintah-Nya dan Ajaran-Nya. Kata dikota dengan menjunjung perintah mengorbankan putera kesayangannya Isma`il `a.s. Demikianlah catatan suatu pembuktian iman: demi Tuhan, sanggup mengorbankan yang tersayang. Mudah mudahan takbir kita kali ini lebih bererti.
IlmuwanRakyathttp://www.blogger.com/profile/03991947879374428123noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-3966062355556498555.post-48941821317944784282012-10-17T09:32:00.001+08:002012-10-17T09:32:05.235+08:00Syarahan Islam & Melayu
Syarahan Perdana Dr. Siddiq Fadzil
Islam & Melayu: Martabat Umat & Daulat Rakyat
UNISEL, Shah Alam
Isnin, 8 Oktober 2012
<object width="320" height="266" class="BLOGGER-youtube-video" classid="clsid:D27CDB6E-AE6D-11cf-96B8-444553540000" codebase="http://download.macromedia.com/pub/shockwave/cabs/flash/swflash.cab#version=6,0,40,0" data-thumbnail-src="http://i.ytimg.com/vi/d72rEL_sZqY/0.jpg"><param name="movie" value="http://www.youtube.com/v/d72rEL_sZqY?version=3&f=user_uploads&c=google-webdrive-0&app=youtube_gdata" /><param name="bgcolor" value="#FFFFFF" /><param name="allowFullScreen" value="true" /><embed width="320" height="266" src="http://www.youtube.com/v/d72rEL_sZqY?version=3&f=user_uploads&c=google-webdrive-0&app=youtube_gdata" type="application/x-shockwave-flash" allowfullscreen="true"></embed></object>
IlmuwanRakyathttp://www.blogger.com/profile/03991947879374428123noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-3966062355556498555.post-24707512307305060882012-10-08T17:32:00.000+08:002012-10-17T10:03:22.889+08:00Pemikiran al-Qaradawiy 2
AL-QARADAWIY:<o:p></o:p>
KONTEMPORARI<o:p></o:p>
2)<o:p></o:p>
al-Qaradawiy dalam Pemikiran Wasatiy<o:p></o:p>
di mana-mana secara konsisten membawa semangat wasatiyyah, termasuk buku ini
yang memuatkan rumusan ma’alim al-fikr
al-wasatiy atau tanda-tanda petunjuk pemikiran wasatiy. Dalam menyikapi isu
ini ABIM dan kerabat-kerabat dekatnya (PKPIM dan WADAH) memang selamanya
mendukung wasatiyyah. Dukungan
terhadap wasatiyah tidak hanya
sebatas pendekatan moderat dalam pendakwahan, lebih daripada itu ia didasarkan
pada hakikat Islam sebagai agama wasat
dan demikian juga umatnya sebagai ummatan
wasatan. Ertinya, tidak hanya cara pendakwahannya yang harus moderat dengan
pengertian lunak dan persuasif, tidak keras atau bernada kombatif; tetapi Islam
itu sendiri harus ditampilkan dengan citra yang ramah serta bersemangat tabshir dan taysir (menggembirakan dan memudahkan). Dalam konteks usaha
membangun kerukunan hidup antara agama, citra wasatiyah Islam adalah salah satu faktor penting kejayaannya. Justeru,
masyarakat bukan Islam hanya akan berasa selamat dan selesa hidup berdampingan
(co-exist) dengan masyarakat Islam
yang moderat, toleran dan ramah. Citra wasatiyah
menjadi lebih penting dalam konteks politik perkongsian kuasa dan permuafakatan
politik (al tahaluf al-siyasiy)
antara golongan Islam dengan bukan Islam. Mungkin dengan semangat inilah pada tahun
2010, Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah menerbitkan buku Kesederhanaan dalam Islam: Satu Penerangan Ringkas dan Penanda Aras,
iaitu terjemahan tulisan al-Qaradawiy, Kalimat fi al-Wasatiyyat al-Islamiyyah. Selain itu Kerajaan Negeri Pulau
Pinang juga telah menganjurkan Persidangan Kesederhanaan Tulen pada 18 Februari
2012 sempena Minggu Keharmonian Antara Agama, Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu.
Persidangan yang dirasmikan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang itu menghadirkan
tokoh-tokoh pelbagai agama yang membicarakan isu kesederhanaan dari perspektif
agama masing-masing.<o:p></o:p>
dan konsisten mempromosikan pemikiran wasatiyyah
lewat karya-karya tulisnya yang cukup banyak. Memang sangat beralasan apabila
seorang penulis Mesir yang terkenal, ‘Adil Husayn menyebut al-Qaradawiy sebagai
ulama wasatiyah zaman ini (faqih
al-wasatiyyah fi ‘asrina). Suatu yang menarik pada judul buku-buku yang
dihasilkan oleh al Qaradawiy sebahagiannya memakai kata bayna (antara). Kata bayna
mengisyaratkan posisi tengah antara dua kutub. Antara buku-bukunya yang berjudul
sedemikian termasuklah: al-Sahwah al-Islamiyyah
bayna al-jahud wa al Tatarruf, al-Sahwah al-Islamiyyah bayna al-Ikhtilaf
al-Mashru` wa la-Tafarruq al Madhmum, al-Fatwa bayna al-Indibat wa al-Tasayyub,
al-Ijtihad al-Mu`asir bayna al-Indibat wa al-Infirat, al-Thaqafat al-`Arabiyyat
al-Islamiyyatu bayna al-Asalat wa al-Mu`asarah, al-Fiqh al-Islamiy bayna
al-Asalat wa al-Tajdid, dan Thaqafatuna
bayna al-Infitah wa al-Inghilaq. Mesej tersirat di balik kata bayna yang begitu banyak dipakai pada
judul buku-bukunya itu tidak lain adalah wasatiyyah.<o:p></o:p>
al-Qaradawiy menolak kekerasan (al-‘anaf)
dan keganasan (al-irhab) kerana ia
memang bukan sifat dan watak Islam yang sebenar. Al-‘anaf yang ertikan sebagai menggunakan kekarasan fizikal bukan
pada tempatnya, dan al-irhab atau
terorisme yang dertikan sebagai keganasan ke atas mangsa tanpa sebarang
justifikasi, semata-mata untuk menakutkan, menganiaya dan memaksa mereka tunduk
kepada kemahuan sang teroris, dibezakannya daripada al-jihad yang juga menggunakan kekuatan fizikal tetapi dengan
tujuan murni mempertahankan agama, negara, perkara-perkara suci dan dihormati,
yang selamanya terikat dengan hukum syarak dan nilai-nilai akhlak sebelum,
ketika dan selepas perang. Ternyata wasatiyyah
al-Qaradawiy tidak menghilangkan semangat dan dinamika jihadi yang menjadi
bahagian daripada syari`at. Dalam kaitan ini beliau mempertahankan al-‘amaliyat al-istishhadiyyah (tindakan
pengebum berani mati) seperti yang dilakukan oleh pejuang-pejuang Palastin.
Tindakan tersebut bukan sejenis "bunuh diri", tetapi sebaliknya a’la anwa’ al-jihad atau setinggi-tinggi
bentuk jihad pada hari ini. Orang yang membunuh diri bertindak untuk dirinya
sendiri, orang lemah yang kecewa dan tidak sanggup menghadapi hidup lalu lari
kepada mati; sedang pengebom pencari shahadah
(mati syahid) adalah orang yang tidak memikirkan kepentingan dirinya,
sebaliknya sanggup mengorbankannya demi kepentingan yang lebih besar. Ia adalah
orang yang telah menjual dirinya kepada Allah untuk mendapatkan bayaran
syurga-Nya. (al-Qaradawiy, Yusuf, 2007:27-39).<o:p></o:p>
dalam Pemikiran al-Qaradawiy<o:p></o:p>
dalam konteks gerakan dan perjuangan Islam hari ini ialah pemikirannya tentang
jihad. Karya monumentalnya Fiqh al Jihad:
Dirasatun Muqaranatun li Ahkamihi wa Falsafatihi fi Daw’ al-Qur'an wa al Sunnah
lahir di tengah kekeliruan masyarakat -- Muslim dan bukan-Muslim -- tentang
erti, fungsi dan posisi jihad dalam Islam. Di satu pihak timbul golongan yang
mahu memerangi dunia seluruhnya atas nama jihad, sementara di pihak lain berlaku
usaha dan percubaan menghapuskan jihad. Dalam kaitan ini al-Qaradawiy menyatakan
kekesalannya terhadap golongan ulama yang menyalahkan segala bentuk jihad, yang
salah dan yang benar:<o:p></o:p>
jalan al-ummat al-wasat yang menerima
pencerahan ilmu dan hikmah serta kefahaman tentang fiqh syarak dan fiqh reality
(fiqh al-waqi’). Mereka tidak bersama
dengan golongan yang mengabaikan jihad, lalu membiarkan hak-haknya tanpa
kekuatan pertahanan, mushafnya tanpa pedang, negaranya tanpa pengawal dan
kehormatannya tanpa pelindung. Al-Ummat
al wasat tidak juga bersama kaum ekstremis yang mahu memerangi semua,
termasuk mereka yang menginginkan perdamaian. Citra al-Qaradawiy sebagai ulama perjuangan
dan penyuara aspirasi umat terserlah lebih jelas setelah terbit bukunya Thawrat al-Sha’b yang mendukung
kebangkitan rakyat meruntuhkan pemerintahan diktator di Negara-negara arab.<o:p></o:p>
Politik al-Qaradawiy<o:p></o:p>
di negara-negara lain juga memikul tanggungjawab menawarkan jawapan-jawapan penyelesaian
Islam kepada pelbagai masalah -- politik, ekonomi dan sosio-budaya. Politik
ternyata menjadi bahagian penting pemikiran gerakan Islam kontemporari. Tokoh
utama gerakan Islam di Indonesia adalah Muhammad Natsir yang memimpin parti
politik Islam Masyumi dan pernah menjadi Perdana Menteri. Pemikiran politiknya
banyak ditelaah oleh warga gerakan Islam di Malaysia. Demikian juga Maududiy
dan Sayyid Qutub yang begitu menekankan dimensi politik Islam sehingga Abu
al-Hasan ‘Ali al Nadwiy mengkritik tulisan-tulisan mereka sebagai al-Tafsir al-Siyasiy li al-Islam (Tafsiran
Politik Terhadap Islam). Pada satu ketika pemikiran politik warga ABIM khususnya
memang terpola dalam acuan pengaruh pemikiran Maududiy dan Sayyid Qutub.
Bagaimanapun sejak dekad-dekad terakhir ini pengaruh pemikiran politik
al-Qaradawiy tampaknya lebih dominan. Bukunya Min Fiqh al-Dawlah fi al-Islam telah diterjemahkan ke bahasa Melayu
oleh Arsil Ibrahim dengan judul Fiqh
Kenegaraan dan diterbitkan oleh ABIM pada tahun 1999.<o:p></o:p>
mendapat pencerahan tentang kenegaraan Islam dalam konteks realiti masa kini.
Ruang lingkup perbincangannya cukup luas, meliputi isu-isu semasa seperti sifat
hakiki negara dalam Islam, sistem demokrasi, pluralisme, kedudukan dan peranan
wanita, juga tentang hak dan tanggungjawab warga bukan-Islam. Buku min Fiqh al-Dawlah adalah hasil ijtihad
seorang faqih kontemporari yang menguasai nass dan memahami realiti zaman kini.
Al Qaradawiy tidak membahas persoalan politik zaman ini dengan mentaliti ulama abad
kelapan atau ketujuh Hijri. Kerana itu perbincangannya terasa realistik dan berpijak
di bumi nyata zaman ini. Mengenai sifat hakiki negara dalam Islam beliau tidak
lagi menggunakan istilah Maududiy (theo-democracy)
atau istilah Muhammad Natsir (theistic
democracy), tetapi menggunakan istilah dawlah
madaniyyah marja’uha al-Islam (negara sivil yang rujukannya Islam). Dengan demikian
negara Islam bukan sebuah negara teokratik yang dikuasai golongan agamawan atas
nama Tuhan sebagaimana yang dikenali dalam sejarah politik Barat. Sebenarnya
istilah madaniy telah digunakan lebih
awal oleh al-Shaykh Muhammad ‘Abdul yang menyebut bahawa pemerintah dalam
konteks politik Islam adalah bersifat sivil dari segala segi (hakimun madaniyyun mun jami’ al wujuh).
Ketika itu ‘Abduh banyak menerima kritik kerana ungkapannya itu dianggap
membuka ruang kepada pemerintahan sekular. Berbeza dengan al Qaradawiy yang
mengikat kata madaniy dengan Islam
sebagai rujukannya.<o:p></o:p>
perhatian ialah pendirian al-Qaradawiy terhadap demokrasi. Selama ini di
kalangan warga harakah masih ada perbincangan tentang syura dan demokrasi, dan
tentang sejauh mana demokrasi dapat diterima. Umumnya masih ada reservation terhadap demokrasi. Mereka
menerima dan berpartisipasi dalam politik demokrasi kerana hanya itu pilihan
yang ada ketika ini. Penerimaan yang berbelah bagi terhadap demokrasi mungkin
telah berubah apabila al-Qaradawiy dengan nada tegas menerima jawhar al-dimuqratiyyah (esensi
demokrasi) yang dianggapnya serasi dengan Islam. Menurut al-Qaradawiy Negara
Islam dibangun di atas semurni-murni prinsip demokrasi. Bagaimanapun ini tidak
bererti demokrasi negara Islam hanya replika demokrasi Barat yang banyak kecacatannya.
Al Qaradawiy mengkritik pelbagai kelemahan demokrasi Barat. Justeru, yang diterima
adalah esensi demokrasi, bukan model demokrasi tertentu. (Al Qaradawiy, Yusuf,
1999:36-37)<o:p></o:p>
politik Islam yang tidak kurang pentingnya ialah al-Siyasah al-Shar’iyyah (1998). Buku tersebut membahas persoalan
politik Islam berdasarkan nass dan maqasid al-shari’ah. Antara yang menjadi
fokus perbincangannya ialah maslahah dan wewenang uli ‘l-amri dalam membuat dasar dasar berasaskan maslahah. Turut
dibincangkan ialah fiqh al-awlawiyyat dan
fiqh al-muwazanat serta fiqh
al-taghyir (fiqh perubahan). Al-Qaradawiy meletakkan I fiqh al-taghyir sebagai komponen penting al-siyasah al-shar’iyyah. Beliau menggagaskan perubahan yang harus
bermula dengan perubahan kejiwaan (al taghyir
al-nafsiy) berasaskan pesan ayat 11 surah al-Ra’d, perubahan kejiwaan yang
berpangkal pada tauhid (pemurnian ‘aqidah) dan tazkiyah (pemurnian hati). Fiqh
al-taghyir menurut al-Qaradawiy harus terangkai dengan fiqh al-waqi’ (kefahaman tentang realiti), fiqh al-awlawiyat dan
fiqh al-muwazanat. Beliau juga menyebut tiga kaedah penting dalam melaksanakan
perubahan ke arah Islamisasi: i. mengambil kira situasi darurat, ii. kaedah
memilih bahaya yang lebih kecil, dan iii. memakai strategi beransur-ansur.
(al-Qaradawiy, Yusuf, 1998:320-329). Warga bukan-Islam dalam fiqh al-Qaradawiy<o:p></o:p>
bukan Islam dalam fiqf al-Qaradawiy<o:p></o:p>
Islam sebagai penyelesaian kepada masalah masyarakat majmuk. Dalam Ucapan
Dasarnya di Muktamar Sanawi ke-8, Anwar Ibrahim, Presiden ABIM ketika itu
menegaskan prinsip karamah insaniyah
dan keadilan sosial dalam Islam dapat menjadi landasan pembinaan masyarakat
majmuk yang rukun dan harmonis. Faham perkauman sempit dan nasionalisme ras
tidak akan mampu menyelesaikan masalah pluralisme. <o:p></o:p>
kemalaysiaan menjadi salah satu tema penting pemikiran gerakan Islam di Malaysia.
Dalam kaitan ini buku al Qaradawiy, Ghayr
al-Muslimin fi al-Mujtama’ al-Islamiy banyak membantu memahami hak dan
tanggungjawab Muslim dan bukan-Muslim dalam pemerintahan Islam menurut al-Qur’an,
al-Sunnah dan praktiknya dalam sejarah Islam. Tetapi yang lebih mengesankan
adalah bukunya, al-Watan wa al Muwatanah
fi Daw’ al-Usul al-‘Aqdiah wa al-Maqasid al-Shari’iyyah. Buku yang terbit
pada tahun 2010 itu mengandungi penegasan tentang status warga Negara penuh
bagi warga bukan-Islam, sama dengan rakan-rakan mereka warga Muslim (muwatinun kaghayrihim min shuraka’ihim min
al-Muslimin), suatu penegasan yang berimplikasi bahawa warga bukan-Islam
bukan warganegara kelas dua. Selaras dengan itu beliau menyarankan agar
istilah-istilah yang sudah tidak relevan seperti dhimmah dan ahl al-dhimmah
dihapuskan dari kamus politik masa kini kerana ia tidak lagi dapat diterima
oleh masyarakat bukan Islam. Mengenai hubungan warga Muslim dengan warga
bukan-Muslim dalam sebuah negara, al Qaradawiy memperkenalkan konsep al-ukhuwwah al-wataniyyah atau persaudaraan
setanahair. Dengan alasan itulah beliau menggunakan ungkapan ikhwanuna al-Aqbat (saudara-saudara kita
kaum Qibti) ketika merujuk masyarakat Kristian Koptic di Mesir. (al-Qaradawiy,
Yusuf, 2010:40-43).<o:p></o:p>
Ekonomi al-Qaradawiy<o:p></o:p>
adalah bidang yang banyak ditekuni oleh al Qaradawiy sejak awal. Antara
buku-bukunya tentang ekonomi yang dikenal luas ialah Fiqh al-Zakah (Fiqh Zakat), Mushkilat
al-Faqr wa Kayfa ‘Alajaha al-Islam (Masalah Kemiskinan dan Bagaimana Islam Menanganinya)
dan Dawr al-Qiyam wa al-Akhlaq fi
al-Iqtisad al-Islamiy (Peranan Nilai dan Akhlak dalam Ekonomi Islam). Tentu
sahaja pemikiran ekonomi al-Qaradawiy sangat membantu gerakan Islam yang memang
memperjuangkan pelaksanaan sistem ekonomi Islam. Pada satu ketika isu membasmi
kemiskinan menjadi menjadi perbincangan umum terutama pada tahun-tahun awal
pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru. Buku Mushkilat
al-Faqr dapat memberikan kerangka asas program pembasmian kemiskinan secara
Islam. Al-Qaradawiy menghuraikan enam cara mengatasi kemiskinan seperti yang
dianjurkan oleh Islam: a. kerja, b. pembiayaan oleh keluarga dan kerabat yang
berkemampuan, c. zakat, d. pembiayaan dari khazanah Islam, e. mewajibkan infaq
selain zakat, dan f. sedekah sukarela. Al-Qaradawiy juga membuat catatan bahawa
kejayaan mengatasi kemiskinan bergantung kepada kewujudan masyarakat Islam dan
pelaksanaan ekonomi Islam secara utuh dan menyeluruh. (Al-Qaradawiy, Yusuf,
1994).<o:p></o:p>
ke bahasa Melayu dan diterbitkan oleh ABIM pada tahun 1998. Bagi gerakan Islam,
pemikiran tentang nilai dan moral ekonomi memang sangat diperlukan khususnya
dalam era obsesi terhadap pembangunan ekonomi. Gerakan Islam harus mampu
menawarkan etos kerja yang kuat untuk memacu pertumbuhan ekonomi, di samping
harus mampu memberikan landasan etik yang kukuh untuk mencegah perilaku tidak
bermoral dalam kegiatan ekonomi.<o:p></o:p>
dan Isu-isu Ketamadunan<o:p></o:p>
ialah membangun semula tamadun Islam sebagai tamadun dunia pembawa rahmat
sejagat. Al-Qaradawiy ternyata mempunyai perharian bersar dan kepedulian yang
tinggi terhadap bidang kebudayaan dan ketamadunan. Bukunya, al-Sunnah Masdaran li al-Ma’rifat wa al Hadarah
(1997) membawakan dimensi baru dalam kajian al-Sunnah. Di samping dimensi tashri’iy, al-Qaradawiy mengkajinya dari
dimensi hadari (ketamadunan) dengan
menyerlahkan hakikat bahawa al-Sunnah juga sebenarnya adalah sumber ilmu dan
tamadun. Untuk merealisasikan dimensi ketamadunan al-Sunnah itu al Qaradawiy
menggagaskan al-fiqh al-hadariy (fiqh
ketamadunan). Beliau optimis dengan masa depan tamadun Islam sebagaimana yang
dibicarakannya dalam al Islam Hadarat
al-Ghadd (Islam Tamadun Akan Datang). Buku yang terbit pada tahun 1998 itu
membincangkan kebobrokan tamadun Barat. Tamadun yang dibangun di atas asas
sekularisme dan materialisme itu menurut beliau tidak akan mampu bertahan lama.
Islamlah satu-satunya kekuatan yang mampu tampil menawarkan alternatif
ketamadunan. Tamadun Islamlah yang sebenarnya didambakan oleh dunia, kerana ia
adalah tamadun yang komprehensif, seimbang bersemangat tajdidi, berasaskan ilmu
dan iman.<o:p></o:p>
tersebut tamadun dan budaya Islam harus dibina dan diperkasa dengan memelihara
ciri-ciri khasnya sebagaimana yang dihuraikannya dalam buku Thaqafatuna bayna al-Infitah wa al-inghilaq,
iaitu tamadun yang berciri rabbani, akhlaqi, bersemangat toleransi, menghargai kepelbagaian,
moderat (wasatiyah), komprehensif dan
bangga dengan jati dirinya. Namun ia tetap terbuka dan akomodatif dalam
pengertian kesediaan menerima hikmah dan segala yang bermanfaat dari tamadun-tamadun
lain. Bagaimanapun al Qaradawiy mengingatkan bahaya keterbukaan tanpa sikap
waspada dan bijaksana, termasuk keterbukaan budaya dalam keadaan belum cukup
matang, keterbukaan dengan sikap terlalu mudah mengambil unsur luar, dan
keterbukaan yang didorong oleh pesona tamadun asing. (al-Qaradawiy, Yusuf,
2005).<o:p></o:p>
cabaran ketamadunan masa kini yang berupa rempuhan globalisasi. Dalam bukunya
al-Muslimun wa al-‘Awlamah (Umat
Islam dan Globalisasi) al-Qaradawiy menyifatkan globalisasi sebagai sejenis
penjajahan baru dalam pelbagai bidang: politik, ekonomi, budaya dan agama.
Beliau merujuk buku Fukuyama, The End of
History yang mengusung propaganda Amerika konon dunia telah sampai kepada
ijmak bahawa sejarah sudah berakhir secara muktamad pada sistem kapitalis
liberal dan demokrasi Barat. Al-Qaradawiy juga merujuk tulisan Huntington, Clash of Civilizations yang dilihatnya
sebagai gambaran sikap permusuhan Barat dengan meletakkan Islam sebagai musuh
no.1. Menurut al-Qaradawiy, globalisasi adalah suatu kenescayaan yang tidak
terelak, tetapi umat Islam tidak pula harus menyerah dan menerima apa adanya.
Beliau menyarankan agar umat Islam bersatu dan bertindak secara kolektif membentengi
aqidah, pemikiran dan jati diri kebudayaan mereka. Menurut al Qaradawiy,
masalah globalisasi harus ditangani dengan pendekatan wasatiyah, memanfaatkan
apa yang positif dan menolak segala yang negatif berbentengkan iman dan sikap
percaya diri. Umat Islam harus mempunyai agenda sendiri, iaitu penyejagatan
risalah yang sememangnya bersifat ‘alamiyyah.
(Al-Qaradawiy, Yusuf, 2000: 108-133).<o:p></o:p>
dan Ijtihad: Sikap al-Qaradawiy<o:p></o:p>
wa al-Tajdid mengisyaratkan dengan jelas bahawa selain wasatiyyah, al-Qaradawiy
juga memberikan tumpuan kepada tajdid. Bagi gerakan Islam kontemporari yang
menangani pelbagai masalah dan realiti yang sentiasa berubah pesat, orientasi
tajdidi adalah suatu kemestian. Kegagalan melakukan tajdid dan pembaharuan akan
menjadikannya tidak relevan. Dalam kaitan ini gerakan Islam tidak hanya mendapat
manfaat dari pemikiran tajdidi al-Qaradawiy, tetapi juga mendapat panduan
bagaimana tajdid seharusnya dilaksanakan. Bukunya al-Fiqh al Islamiy bayna al-Asalat wa al-Tajdid sangat membantu
dalam memahami ciri-ciri ilmu fiqh, pengertian tajdid dan panduan melakukan
tajdid dalam bidang fiqh.<o:p></o:p>
ijtihad yang juga suatu keperluan untuk menangani realiti-realiti baru hari
ini. Tetapi ijtihad bukan suatu yang mudah. Banyak persyaratan keilmuan dan
etika yang harus dipenuhi. Justeru, ijtihad adalah ilmu dan sekaligus amanah.
Dalam kenyataannya memang sering terjadi ijtihad yang terbabas dari landasan,
sejenis anarki ijtihad yang mengenepikan segala syarat dan ikatan. Untuk
mengawal ijtihad tanpa shurut dan quyud, tanpa qawa’id dan dawabit
itulah al-Qaradawiy menulis buku Al-Ijtihad
al-Mu’asir bayna al Indibat wa al-Infirat yang diterjemahkan ke bahasa
Indonesia oleh Abu Barzani dengan judul Ijtihad Kontemporer, Kode Etik dan
Berbagai Penyimpangan (1995). Selain membicarakan soal keperluan ijtihad masa
kini , jenis-jenis ijtihad (intiqa’I dan
insha’i), buku tersebut juga
membicarakan pelbagai penyimpangan dalam praktik ijtihad masa kini seperti
pengabaian nass, salah faham tentang
nass atau penafsiran nass yang
terkeluar dari konteks, menolak ijma`, kesalahan aplikasi qiyas, kegagalan
memahami realiti, dan pengutamaan maslahah sehingga mengenepikan nass.<o:p></o:p>
ternyata seorang tokoh unik, ilmuwan haraki, ulama mujtahid dan mujahid yang
mengakar di tengah umat. al-Qaradawiy bukan jenis `ulama' al-sultah yang sanggup menjustifikasikan kezaliman,
kemungkaran dan pengkhianatan atas nama agama. Beliau juga bukan jenis ulama
pengikut arus dan selera massa. Al-Qaradawiy berani bersetuju dengan siapa
sahaja, sebagaimana beliau juga berani berbeza dengan siapa sahaja dengan
segala risikonya demi pendapat dan pendirian yang diyakininya. Dengan autoriti,
integrity dan kredibiliti keulamaan dan kepemimpinannya al-Qaradawiy memang selayaknya
dihormati dan disegani. Bagaimanapun beliau tetap manusia biasa, boleh salah
dan boleh betul. Kerana itu setinggi mana pun penghormatan yang kita berikan
tidak harus sampai ke tahap mengkultus atau men-taqdis-kannya.<o:p></o:p>
IlmuwanRakyathttp://www.blogger.com/profile/03991947879374428123noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-3966062355556498555.post-63336988490721603012012-10-05T11:16:00.000+08:002012-10-17T10:03:43.959+08:00Pemikiran al-Qaradawiy 1
AL-QARADAWIY:<o:p></o:p>
KONTEMPORARI<o:p></o:p>
1)<o:p></o:p>
dari promosi atau propaganda media. Anak desa (ibn al-qaryah) yang menjadi
tokoh dunia itu adalah salah seorang putera terbaik dunia Islam hari ini. Pada
dirinya terserlah gabungan unik pelbagai kekuatan: ulama mujtahid, pemikir
berotoriti, peribadi berintegriti, da`i-haraki, pemimpin-pendidik, penyair dan
pemidato. Latar keilmuannya yang luas dan mengakar kuat dalam pelbagai bidang,
khususnya usuluddin, syari`ah dan bahasa Arab memungkinkan beliau menjadi
ilmuwan ensaiklopedik zaman ini. Al Qaradawiy yang sangat prolifik itu
sebenarnya boleh dibicarakan dari pelbagai dimesi kerana beliau memang tokoh
multi-dimensi. Kesaksian tokoh-tokoh ilmuwan Muslim dari pelbagai rantau dunia
membuktikan hakikat ini. Al-Imam Hasan al-Banna menyebutnya sebagai penyair ulung
(sha’ir fahl), Muhammad al Ghazaliy
memasukkannya dalam kelompok imam zaman ini (a’immat al-‘asr), Mustafa al-Zarqa menganggapnya sebagai hujah zaman
(hujjat al-‘asr), Taha Jabir al-Elwaniy
menyifatkannya sebagai faqih-da’i dan da’i para fuqaha' (faqih al-du’ah wad da’iyat al-fuqaha’), sementara Rashid
al-Ghannushiy menyimpulkan kepeloporan al-Qaradawiy sebagai imam mujaddid.
(`Isam Talimah, 2000:28-29)<o:p></o:p>
membicarakan sebahagian daripada sumbangan al Qaradawiy dalam pemantapan visi
dan orientasi, fikrah dan arah gerakan Islam kontemporari, khususnya di
Malaysia. Al-Qaradawi adalah antara kader terbaik al Imam Hasan al-Banna, tokoh
pendiri gerakan al-Ikhwan al-Muslimun. Benar kata ‘Abd al-Salam al-Haras,
seorang ulama besar Maghribi yang menganggap al Qaradawiy sebagai “min a’zami thimar da’wat al-Imam al-Shahid
Hasan al-Banna” (buah terbaik dari hasil dakwah al-Imam Hasan al-Banna).
Memang sejak usia remaja al-Qaradawiy sudah aktif dalam kegiatan Ikhwan
Muslimin dan terus menerus melibatkan dari dalam gerakan Islam tempatan dan
antarabangsa hingga kini, terutama dalam konteks pemantapan fikrah harakiyah
yang realistik dan kemaskini. Andainya hendak dicari da’i yang benar-benat
menghayati pesan dakwah ‘ala basirah,
nama al-Qardawiy dapat di angkat sebagai contoh terbaik. Beliau tidak hanya
menguasai prinsip, kaedah dan etika dakwah, tetapi juga cukup memahami realiti
zaman dan lingkungan. Gerakan Islam Malaysia memang tidak pernah terlepas dari
wacana gerakan Islam tanahair tidaklah seawal nama-nama tokoh generasi pengasas
gerakan Islam seperti al-Banna, Maududi dan Sayyid Qutb. Kali pertama kami
teruja dengan tulisan al-Qaradawiy ialah ketika menulis makalah tentang
ketahanan umat sekitar tahun 1977, makalah yang kemudiannya menjadi bahagian
daripada kandungan buku Kebangkitan Umat: Kenyataan dan Harapan yang diterbitkan
oleh Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM). Penulisan makalah tersebut dilatari
kebimbangan berlakunya teori domino setelah kekalahan Amerka dalam peperangan
Vietnam (Utara) dan jatuhnya negara tersebut ke tangan Komunis. Yang menjadi
inspirator utama tulisan tersebut adalah buku al-Qaradawiy Dars al-Nakbah al-Thaniyah (Pelajaran dari Petaka Kedua). Buku yang
memakai sub-judul limadha inhazamna…wa
kayfa nantasir (kenapa kita kalah…dan bagaimana kita boleh menang), dan
terbit pada tahun 1969 itu membicarakan faktor-faktor yang mengakibatkan berlakunya
bencana ketenteraan 1967, iaitu kekalahan Mesir di tangan Israel. Buku tersebut
mungkin tidak banyak dikenal di kalangan warga harakah, tetapi sebenarnya
sangat mengesankan, terutama huraian al-Qaradawiy tentang peri pentingnya
kekuatan rohaniah (iman dan taqwa) dalam membina ketahanan dan kekuatan umat,
dan betapa bahayanya maksiat dan kemungkaran sebagai faktor pembawa kekalahan dan
kehancuran.<o:p></o:p>
Islam di Malaysia, khususnya dalam konteks ABIM merupakan era kebangkitan gerakan
dakwah yang mempromosikan syumuliyyat al-Islam, kesempurnaan Islam sebagai cara
hidup, dan keperluan kembali kepada cara hidup Islam. Cabaran yang dihadapi di
ranah pendakwahan ketika itu ialah usaha meyakinkan umat tentang kebatilan dan
kebobrokan cara hidup yang berasaskan nilai-nilai sekular Barat, dan sekaligus
meyakinkan keunggulan cara hidup Islam yang berasaskan iman dan taqwa, serta
kemampuan Islam menyelesaikan masalah-masalah hidup manusia. Karya-karya fiqh
dan dakwah al-Qaradawiy ternyata sangat instrumental dalam gerakan pendakwahan tahap
tersebut, terutama buku-bukunya: al-Iman
wa al-hayah, al-Halal wa al Haram fi al-Islam, al-Hulul al-Mustawradah wa Kayfa
Janat ‘ala Ummatina dan al Hall
al-Islamiy Faridatun wa Darurah. Dalam kaitan ini wajar dicatat tentang peranan
Yayasan Pengajian Tinggi Islam, Nilam Puri, Kelantan yang banyak mengedarkan
kitab-kitab tersebut, khususnya di kalangan pimpinan gerakan Islam.<o:p></o:p>
kehidupan umat umumnya sebagai kehidupan jahiliah, dan seterusnya segala masalah-masalahnya
adalah akibat dari cara hidup yang tidak Islami itu. Dengan demikian Islam
tidak perlu menjawab masalah yang berbangkit dari sistem hidup asing yang
memang sesat dan batil. Timbulnya pemikiran sedemikian di kalangan segelintir
umat mungkin kerana pengaruh aliran Qutubiy yang menganggap fiqh yang tidak
tumbuh dari masyarakat Islam yang murni sebagai fiqh al-awraq (fiqh kertas), fiqh yang tidak berpijak di bumi
kehidupan Islamiah. Masalah-masalah yang ditimbulkan oleh masyarakat moden hari
ini tidak berbangkit atau akan selesai dengan sendirinya apabila Islam diterima
dan dilaksanakan secara kaffah, seluruhnya dan seutuhnya. Sikap ini terkait
pula dengan anjuran “ambillah Islam
seutuhnya sekaligus, atau tinggalkan sahaja!” (khudhu al-Islama jumlatan aw da’uhu!). Sikap al Qaradawiy jelas
tidak mendukung aliran pemikiran sedemikian sebagaimana yang terbukti dari
usaha gigihnya memberikan al-huhul
al-Islamiyyah atau penyelesaian-penyelesaian Islami kepada masalah-masalah
masyarakat masa kini. Fatwa-fatwanya seperti yang terhimpun dalam al-Fatawa al-Mu’asirah adalah sebahagian
daripada komitmennya menangani masalah-masalah masyarakat kontemporari. Arus
perdana gerakan Islam di Malaysia sependirian dengan al Qaradawiy dalam isu
menangani masalah-masalah masyarakat Islam kontemporari. Pendirian ABIM
sebagaimana tercermin dalam Ucapan-ucapan Dasar muktamar tahunannya jelas
mendorong usaha perumusan al-hulul wa al bada’il
al-Islamiyyah (penyelesaian dan alternatif Islam) yang realistik dan praktikal.
Gerakan Islam tidak harus membeku pada tahap retorik `umumiyyat tentang
keindahan Islam, tanpa penterjemahan dalam bentuk program dan system yang dapat
dilaksanakan dalam konteks realiti hari ini.<o:p></o:p>
dan Tarbiyah<o:p></o:p>
sebuah gerakan Islam, ABIM mengangkat dakwah dan tarbiyah sebagai jawhar al-`amal al-Islamiy (esensi amal
Islami). Untuk itu ABIM sangat menekankan kaderisasi dan pembinaan warga teras menerusi
skema tarbiyah harakiah yang sistematik. Dalam rangka tersebut kita banyak
sekali memanfaatkan eksperimen pentarbiahan Ikhwan Muslimin. Tulisan tulisan
al-Banna, khususnya yang terhimpun dalam Majmu’at
al-Rasa’ilnya banyak ditelaah untuk mendapatkan petunjuk dan inspirasi
perumusan metode pendidikan kader harakah. Dalam kaitan ini buku al-Qaradawiy al-Tarbiyat al-Islamiyyah wa Madrasat Hasan
al-Banna yang terbit pada tahun 1979 ternyata sangat membantu dalam
memahami ciri-ciri khas dan segi-segi kekuatan tarbiyah ikhwaniyyah gagasan
al-Banna. Antara yang diserlahkan oleh al-Qaradawiy ialah sifat rabbaniy tarbiyah tersebut dalam
pengertian kekentalan unsur imani yang memusat pada pembinaan hati mukmin yang
sihat. Untuk itu model tarbiyah ini sangat menekankan ibadat intensif sebagai
wahana pencapaian objektif pembinaan generasi rabbani. Ibadah, khususnya qiyam al-layl yang berorientasi
penghayatan hikmah tarbawiyah yang dikandungnya itulah yang disebut madrasat al-layl (persekolahan malam).<o:p></o:p>
ciri al-takamul wa al-shumul atau sifat
komprehensifnya pendidikan ikhwani yang mencakupi pelbagai dimensi: akli, akhlaqi, badani, jihadi, ijtima’i,
siyasi. Segala dimensi tersebut didasarkan pula di atas prinsip wasatiyyah dan keseimbangan. Tarbiyah
sedemikian itulah yang dapat melahirkan kader-kader harakah yang berwatak
seimbang, terpadu dan serba mampu. Yang menjadikan buku ini lebih mengesankan
adalah penyerlahan al Qaradawiy tentang produk nyata tarbiyah ikhwaniyah yang berupa ketahanan para anggota Ikhwan
menghadapi pelbagai mehnah dan tribulasi berat. Sejarah Ikhwan selama lapan dekad
memang tidak pernah terlepas dari tribulasi. Berkat keberkesanan tarbiyahnya
warga Ikhwan mampu melintasinya dengan daya istiqamah yang menakjubkan. Sikap
apresiatif al-Qaradawiy terhadap wawasan dan gagasan kependidikan al-Banna
tidak pula menjadikannya seorang pengagum yang fanatik. Keunggulan tarbiyah
tersebut memang telah teruji dan terbukti, namun menurut al-Qaradawiy ia tetap
perlu dinilai kembali sesuai dengan peredaran masa dan perubahan suasana. Demikian
juga dengan anggota-anggota Ikhhwan yang umumnya memang berwatak sesuai dengan
acuan tarbiyah al Banna, namun al-Qaradawiy tetap tidak menolak hakikat bahawa
mereka juga manusia biasa, boleh salah dan boleh betul.<o:p></o:p>
(ABIM) telah membuat ketetapan memilih pendekatan wasatiyah sebagaimana yang
diungkapkan oleh Anwar Ibrahim dalam Ucapan Dasarnya selaku Presiden ABIM di
Muktamar Sanawinya sekitar pertengahan 1970an. Beliau menggarisbawahi peranan
ABIM sebagai gerakan dakwah dengan catatan bahawa pendakwah bukan penghukum,
ungkapan yang mungkin dipadankan dari judul buku pemimpin al-Ikhwan
al-Muslimun, Hasan al Hudaybiy, Du’ah la
Qudah. Anwar juga menggunakan ungkapan la
iftat wala tafrit (tidak longgar dan tidak ketat) untuk mengekspresikan
idea wasatiyah. Sekali lagi pada tahun 1984, persoalan wasatiyah diangkat dalam
Ucapan Dasar Presiden di Muktamar ABIM ke-13. Pengangkatan tema tersebut
dilatari gejala kemunculan aliran garis keras dalam gerakan Islam, di dalam dan
di luar ABIM, yang mulai berleluasa memberikan label kafir, jahiliah, taghut
dan yang sejenisnya dengan sewenang-wenang. Radikalisme dalam gerakan Islam
ketika itu mendapat suntikan semangat revolusi Iran, peristiwa sejarah yang
memukau sebilangan masyarakat Islam. Untuk menangani fenomena tersebut tulisan
al-Qaradawiy, Zahirat al Ghuluw fi
al-Takfir (Fenomena Ekstremisme Takfir) telah dimanfaatkan dengan sepenuhnya.
Menerusi program “Menghadham Ucapan Dasar” yang biasanya di adakan di setiap
negeri, pemikiran wasatiyah al-Qaradawiy tersebar luas di kalangan warga
harakah. Sekitar tahun-tahun itu jugalah sebuah buku Qaradawiy al-Sahwat al-Islamiyyah bayna al-Jahud wa
al-Tatarruf diterjemahkan ke bahasa Melayu dan diterbitkan oleh ABIM.<o:p></o:p>
pembinaannya ABIM banyak memanfaatkan karya-karya Sayyid Qutub, terutama tafsir
Fi Zilal al-Qur’an dan Ma’alim fi al Tariq. Tentu sahaja dalam
batas-batas tertentu pemikiran radikal Sayyid Qutub turut mempengaruhi
orientasi berfikir warga ABIM. Bagaimanapun dalam proses pendewasaannya ABIM
yang banyak terdedah kepada pemikiran moderat, khususnya pemikiran
al-Qaradawiy, dapat menyikapi radikalisme Sayyid Qutub dengan rasional, kritis
dan selektif dalam pengertian menolak radikalismenya, tetapi tetap menghargai
ketajaman keintelektualannya dan kekuatan peribadinya. Karya-karya Sayyid Qutub
umumnya mempunyai kekuatan tersendiri terutama penekanannya pada kejelasan dan
kemurnian `aqidah (tauhid dengan segala implikasinya), kritiknya terhadap
segala bentuk kejahiliahan sekularisme dan materialisme Barat, dan gugatannya
terhadap kezaliman para penguasa dictator kuku besi. Warga harakah boleh tidak
bersetuju dengan pendirian Sayyid Qutub dalam isu-isu tertentu, tetapi mereka
umumnya tetap mengagumi Sayyid Qutub sebagai tokoh pejuang yang sanggup
membayar dengan nyawa demi mempertahankan iman, pendirian dan pemikirannya.
Tidak menghairankan jika al Qaradawiy, faqih
al-wasatiyah itu juga sangat menghormati Sayyiq Qutub walaupun tidak
bersetuju dengan beberapa pendapatnya. Baginya pemikiran Sayyid Qutub dalam al-‘Adalah al-Ijtima’iyyah fi al-Islam
lebih dapat diterima berbanding bukunya Ma’alim
fi al-Tariq. (Kassab, Akram, 2007:61-65). Kiranya wajar dicatat bahawa buku
al-‘Adalah al-Ijtima’iyyah oleh
Sayyid Qutb adalah antara bahan bacaan penting warga ABIM generasi 1970an.<o:p></o:p>
al-Harakah<o:p></o:p>
muda memang tidak kalah dari segi semangat, tetapi masih miskin dari segi ilmu
dan pengalaman. Untuk menepati makna harakah Islamiah sebagai gerakan kerakyatan
dan amal kolektif yang terorganisasi dan terarah kepada matlamat mengembalikan
kedudukan dan peranan Islam sebagai panduan dan bimbingan dalam segala aspek
kehidupan, jelas tidak hanya memerlukan semangat dan komitmen, tetapi juga ilmu
dan kebijaksanaan. Langkah yang tepat dalam situasi yang tepat hanya dapat
dilakukan dengan kefahaman yang mendalam tentang fiqh al-harakah, terutama fiqh
al awlawiyyatnya. Sebenarnya bibit kefahaman tentang fiqh al-awlawiyyat (ilmu urutan keutamaan) dalam gerakan Islam
telah mula ditanam Sayyid Qutub apabila beliau meletakkan `aqidah mendahului
segala-gala, termasuk sistem dan institusi. Kefahaman awal ini dikembangkan
lewat karya al-Qaradawiy Fi Fiqh al Awlawiyyat:
Dirasah Jadidah fi Daw’ al-Qur'an wa al-Sunnah yang terjemahan Melayunya,
Memahami Keutamaan Berasaskan al-Qur’an dan al-Sunnah telah diterbitkan oleh
ABIM pada tahun 1996. Tetapi yang benar-benar membawa high impact dalam pemikiran haraki adalah bukunya, Awlawiyyat al-Harakah al Islamiyyah fi
al-Marhalat al-Qadimah (Urutan Keutamaan Gerakan Islam pada Tahap
Mendatang). Ia adalah sebuah karya futuristik yang membahaskan peranan tajdidi
gerakan Islam; bidang-bidang yang perlu digarap, ilmu-ilmu yang harus dikuasai,
terutama fiqh al-shar’ (fiqh syara’),
fiqh al-waqi’ (fiqh realiti), fiqh al muwazanat (fiqh pertimbangan)
dan fiqh al-awlawiyyat (fiqh urutan
keutamaan); agenda pendakwahan dan pendidikan; peranserta dalam politik; dan
penglibatan dalam isu-isu antarabangsa.<o:p></o:p>
Wanita<o:p></o:p>
gagasan al-Qaradawiy harus memberikan perhatian yang lebih berat kepada kaum
wanita. Al-Qaradawiy menilai bahawa peranan wanita dalam gerakan Islam kontemporari
belum mencapai tahap yang sepatutnya. Memang mereka telah diikutsertakan dalam
pelbagai kegiatan harakah seperti seminar, muktamar, pengajian dan seumpamanya;
tetapi gerakan Islam umumnya belum mampu menampilkan tokoh-tokoh pemimpin
wanita di peringkat nasional dan antarabangsa. Al-Qaradawiy melihat adanya
gejala mengongkong gerak langkah kaum wanita oleh pihak lelaki. Beliau melihat
keperluan memberikan kebebasan yang lebih luas kepada wanita Islam.
Bagaimanapun ini tidak bererti beliau mendukung idea emansipasi wanita seperti
yang dipromosikan oleh Qasim Amin, Huda Sha’rawi atau Nawal Sa’dawi. Pembebasan
wanita dalan fiqh al-Qaradawiy tidak terkeluar dari bingkai syari’at.
Fatwa-fatwa al-Qaradawiy tentang wanita memperlihatkan semangat pembelaan dan
pembebasan wanita. Mereka diharuskan menduduki posisi-posisi penting seperti
hakim dan wakil rakyat dengan beberapa syarat demi memelihara kehormatan dan
menghindari fitnah sesuai dengan orientasi wasatiy
fiqh al-Qaradawiy.<o:p></o:p>
dan al-Sahwah (Kebangkitan Islam)<o:p></o:p>
harakah (gerakan Islam), tetapi juga tentang
sahwah (kebangkitan Islam). Beliau
membezakan kebangkitan daripada gerakan. Kebangkitan menurutnya adalah gelombang
yang menggelora di tengah umat, individu dan jamaah sama ada terorganisasi atau
tidak; sementara gerakan pula adalah jamaah yang terorganisasi, mempunyai
matlamat tertentu, dan bergerak berdasarkan agenda serta program yang sistematik.
(al-Qaradawiy, Yusuf, 1991:4). Memang sejak awal (1970an) perhatian dan
keprihatian al-Qaradawiy banyak tertumpu pada fenomena kebangkitan Islam,
terutama generasi muda yang menjadi tonggak kebangkitan di seluruh dunia Islam.
Pada tahun 1984 beliau menulis kertas kerja berjudul Aina al-Khalal? (Di Mana Yang Tidak Kena?) untuk Multaqa al-Fikr al-Islamiy di Aljazair.
Kertas kerja tersebut membicarakan dua puluh agenda ke arah kebangkitan yang
diaspirasikan. Pada tahun 1990 terbit pula bukunya Min Ajli Sahwatin Rashidah (Demi Kebangkitan Yang Matang), yang berupa
koleksi makalah-makalahnya yang pernah tersiar dalam pelbagai penerbitan.
Makalah-makalah tersebut merangkumi isu-isu yang menjadi esensi sebuah
kebangkitan hakiki dalam erti pencerdasan akli, pemurnian hati dan penguatan
tekad; suatu kebangkitan yang memiliki kejelasan matlamat dan ketepatan cara
mencapainya. Isu-isu yang diliputi termasuklah tajdid, ijtihad, martabat
keinsanan dan sumber daya insani.<o:p></o:p>
dalam memberikan arah dan hala tuju kebangkitan Islam ialah bukunya, al-Sahwat al-Islamiyyah min al-Murahaqat ila
al-Rushd yang memuatkan gagasan pendewasaan kebangkitan Islam. Buku yang terbit
pada tahun 2002 itu sebenarnya adalah pengolahan semula dua puluh agenda kebangkitan
dalam Aina al-Khalal yang dipadatkan
menjadi sepuluh dan dinamakannya al-Khutut
al-‘Asharah li Tarshid al-Sahwah. Sepuluh garis besar transformasi
pendewasaan kebangkitan Islam itu dirumuskan dalam ungkapan puitis:<o:p></o:p>
transformasi pendewasaan: dari bentuk kepada isi, dari bicara kepada kerja,
dari emosi kepada ilmu, dari ranting kepada pokok, dari menyusah dan
mengenyahkan kepada memudah dan menyenangkan, dari jumud dan taqlid kepada
ijtihad dan tajdid, dari taasub dan tertutup kepada toleransi dan akomodasi,
dari ekstrem dan longgar kepada sederhana dan pertengahan, dari keganasan dan
kutukan kepada keramahan dan kasih-sayang, dari sengketa dan perpecahan kepada
kemesraan dan perpaduan. (al-Qaradawiy, Yusuf, 2002:14).<o:p></o:p>
IlmuwanRakyathttp://www.blogger.com/profile/03991947879374428123noreply@blogger.com2tag:blogger.com,1999:blog-3966062355556498555.post-43401298757639622312012-09-24T16:32:00.000+08:002012-10-17T10:04:17.784+08:00Pembinaan Bangsa: Kepelbagaian dalam Bingkai Kesatuan
BANGSA: <o:p></o:p>
DALAM BINGKAI KESATUAN<o:p></o:p>
3)<o:p></o:p>
Kepelbagaian dalam Bingkai Kesatuan
formula kepelbagaian dalam kesatuan.
Kita harus dapat bersikap positif, melihat dan menerima kepelbagaian
kaum, agama dan budaya bukan sebagai sumber konflik, sebaliknya sebagai aset kekuatan, kekayaan,
kreativiti dan dinamika kemajuan. Bangsa
tidak dapat dibina menerusi formula melting pot atau kawah besar
peleburan. Tidak ada golongan yang rela
jati dirinya dilebur. Kebinekaan atau keragaman budaya tidak menjadi masalah, andainya ia diletakkan dalam bingkai keekaan
atau kesatuan. Formula kepelbagaian
dalam kesatuan adalah selaras dan serasi dengan fitrah dan sunnatu 'Lah. Tema inilah yang dihuraikan dengan cukup
menarik oleh Dr.Muhammad `Imarah dalam bukunya, al-Islam wa
al-Ta`addudiyyah: al-Ikhtilaf wa
al-Tanawwu` fi Itar al-Wihdah (Islam dan Pluralisme: Perbezaan dan Kepelbagaian dalam Bingkai
Kesatuan). Segala kewujudan yang kita
saksikan pada alam dan kehidupan semuanya memancarkan hakikat kepelbagaian
dalam kesatuan -- keesaan Pencipta dengan kepelbagaian makhluk
ciptaan-Nya; kesatuan keinsanan dengan
kepelbagaian bangsa, warna dan bahasanya;
kesatuan agama Allah dengan kepelbagaian syari`atnya; kesatuan syari`at dengan kepelbagaian fiqh, mazhab dan ijtihadnya. <o:p></o:p>
diaplikasikan oleh Rasulullah s.`a.w. dalam pembinaan ummah negara Madinah
sebagaimana yang tercermin dalam perlembagaan ulung Sahifah Madinah, sebuah perlembagaan yang dilatari
kepelbagaian kabilah, agama dan budaya warganya. Lewat Sahifah tersebut Rasulullah s.`a.w. telah membentuk ummah: ummah diniyyah (umat keagamaan) dan ummah siyasiyyah (umat
politik). Ummah diniyyah
bersifat eksklusif dan terbatas hanya untuk kaum Muslimin (annahum
ummatun wahidatun min duni 'n-nas), sementara ummah siyasiyyah bersifat
inklusif meliputi kaum Muslimin dan orang Yahudi (wa anna Yahuda Bani `Awf ummatun ma`a
'l-Mu'minin). Kata kunci dalam
ungkapan pembentukan ummah politik ini
ialah kata ma`a (bersama) iaitu orang Yahudi bersama kaum Muslimin
membentuk satu umat (umat Madinah).
Ungkapan ma`a al-Muslimin (bersama
kaum Muslimin), bukan min al-Muslimin (sebahagian daripada kaum
Muslimin), bererti bahawa masyarakat
Yahudi tidak menjadi bahagian daripada umat (keagamaan) Islam, tetapi
menjadi bahagian daripada umat (politik) Madinah bersama dengan umat Islam. <o:p></o:p>
penuh (al-muwatanah al-kamilah)
kepada masyarakat Yahudi. Sebagai warga umat dan negara Madinah status,
hak dan tanggungjawab mereka sama dengan umat Islam. Mereka bukan warganegara kelas dua. Persamaan
hak dan tanggungjawab tersebut dicatat dengan ungkapan li al-Yahud dinuhum wa li al-Muslimin
dinuhum (Yahudi dengan agama mereka, dan kaum Mukminin dengan agama
mereka). Ertinyanya perlembagaan ini
memberikan hak kebebasan beragama dan membenarkan para penganut pelabagai agama
mengamalkan agama masing-masing dan mengekalkan jati diri keagamaan
masing-masing. Persamaan tanggungjawab
pula dicatat dengan ungkapan wa anna al-Yahuda yunfiquna ma`a al-Mu'minin
madamu muharibin (masyarakat Yahudi dan kaum Mukminin sama-sama
membiayai peperangan apabila negara
Madinah diserang). Hak dan tanggungjawab
yang sama juga diberikan kepada kabilah-kabilah Arab yang ikut menjadi warga Sahifah
Madinah. Persamaan hak dan
tanggungjawab kewarganegaraan antara Muslim dan bukan-Muslim itulah yang
kemudiannya terumus dalam prinsip lahum ma lana, wa `alayhim ma `alayna (mereka
berhak mendapat apa yang kita dapat, dan
memikul tanggungjawab yang sama kita pikul)
Demikianlah antara yang tercermin dalam Sahifah Madinah, sebuah perlembagaan Islami yang
disemangati kepelbagaian dalam bingkai kesatuan (al-tanawwu` fi itar
al-wihdah).<o:p></o:p>
Warganegara? <o:p></o:p>
bahawa Sahifah Madinah tidak dapat dijadikan model sebuah negara
yang moden, lengkap dan terperinci.
Memang perlembagaan nabawi tersebut tidak digubal untuk tujuan itu. Bagaimanapun ia tetap relevan sebagai contoh
penterjemahan prinsip dan nilai kenegaraan al-Qur'an ke dalam bentuk sebuah
perlembagaan sesuai dengan realiti zaman dan lingkungan. Yang perlu dilihat bukan rinciannya, tetapi prinsip-prinsip dan nilai-nilai
dasarnya. Dengan demikian Sahifah
Madinah tetap relevan sebagai acuan
menangani masalah pluralisme masyarakat,
termasuk isu persamaan status, hak dan tanggungjawab kewarganeraan
antara Muslim dan bukan-Muslim.
Perlembagaan nabawi itulah yang menjadi rujukan Dr.Fathi Osman ketika
"The military service may have some religious character for
Muslims, but it meanwhile signifies national defense for nonMuslims. NonMuslims
were allowed to share with Muslims the
responsibility of defending Medina in the Prophet's Constitutional document which he drew up just
after his migration there. This did not particularly work, but it
cannot affect the validity of the principle." (Fathi Osman, 2002:153).  Tentunya dari semangat Sahifah Madinah jugalah
beliau mendapat keberanian mendukung prinsip
persamaan penuh (full equality) Muslim dengan bukan-Muslim dari
segi hak dan tanggungjawab,<o:p></o:p>
do not think Muslims have any legal
problem with regards to full equality with
non-Muslims in rights and obligations. What emerged as the status of
"dhimmis" (non-Muslims within the Muslim state) was historically
developed rather than built in the permanent
laws of the Qur'an and
Sunnah. Many scholars, including the Westerners, admit that the status of non-Muslims in the
Muslim world during
the Middle Ages, was better than
what the Jews or other
religious minorities received in
the Christian countries
in those ages. The important question is: Are Muslims now ready to go further to
secure and sanction full equality for
the non-Muslim with them in a
contemporary Islamic state? When
reservations and "ifs"
and "buts" are
raised, how can Muslims
expect that non-Muslims would
be convinced of,
or be loyal to,
the concept of Islamic
state, while they are offered
tentang kewarganegaraan orang
bukan-Islam selalu dikaitkan dengan status dhimmiy yang terkesan tidak
menganggap pengkategorian tersebut sudah tidak relevan lagi. Status
dhimmiy pada hakikatnya tidak membawa pengertian negatif warganegara kelas dua. Ia lebih membawa makna jaminan umat Islam
untuk melindungi warga bukan-Islam dari sebarang bentuk penindasan. Bagaimanapun dari segi hukum fiqh tidak ada
halangan menggugurkan istilah dhimmiyyun untuk digantikan dengan istilah
muwatinun. Dr. Yusuf al-Qaradawiy
mengatakan bahawa para fuqaha' silam
umumnya menganggap kaum dhimmiy sebagai ahl al-dar (warga
negara Islam) yang bererti mereka bukan
orang asing. Jika demikian mereka
sebenarnya adalah ahl al-watan dan seharusnya disebut muwatinun sama
seperti warga Muslim. Seterusnya
al-Qaradawiy menyarankan agar istilah-istilah tertentu dalam sejarah masa lalu
seperti dhimmah dan ahl dhimmah dipadam sahaja dari kamus masa
kini kerana tidak lagi dapat diterima oleh masyarakat bukan Islam. Beliau berhujah bahawa Khalifah `Umar ibn
al-Khattab r.`a. telah bersetuju memadam istilah yang lebih penting iaitu jizyah
apabila kaum Nasrani Bani Taghlib meminta agar ia digantikan dengan istilah
sadaqah. (Al-Qaradawiy, Yusuf, 2010:40-42).   Dari segi realitinya status dhimmiy sudah
tidak ada sejak abad 19 (zaman Turki `Uthmani).
fakta ini Al Ghunaimi menyebut, "When
sultan Abdel Majid issued the Khatti-Sherif of Gulhane, in 1839,
proclaiming the principal of equality between the Muslims and the Christians,
the classical legal status of the dhimmis, presumably, was to disappear." (Al Ghunaimi, Mohammad Talaat,
1968:213). <o:p></o:p>
Wahana Integrasi Bangsa<o:p></o:p>
rantau ini kepelbagaian dan kemajmukan sudah menjadi bahagian daripada sejarah
dan kebudayaannya. Hampir semua agama
dan tamadun besar dunia -- Islam, Kristian, Hinduisme, Buddhisme, Konfusianisme --
telah hadir dan hidup berdampingan dengan harmonis selama
berabad-abad. Keunikan rantau ini
sebagai daerah terkaya dengan pengalaman dialog ketamadunan memberikan
harapan dan optimisme kemampunan membina
kesatuan bangsa berlandaskan kalimatin sawa' dalam pengertian
perkongsian suatu set nilai yang disepakati. <o:p></o:p>
pasti memerlukan mekanisme yang berkesan.
Untuk itu pendidikan merupakan wahana nation building yang
terbaik. Justeru, esensi pendidikan tidak lain adalah the tansmission of
values atau pemindahan nilai dari generasi ke generas. Nilai-nilai yang diwariskan itulah yang
membentuk watak bangsa. Dalam konteks
negara kita, Falsafah Pendidikan
Kebangsaan adalah pencitraan watak bangsa yang
diaspirasikan, "…rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan,
berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai
kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran
masyarakat dan negara."  Yang
selalu dipermasalahkan ialah soal sejauh mana kepedulian kita terhadap falsafah
tersebut? Apakah seluruh komponen
pendidikan -- kurikum, buku teks, pengajaran dan
pembelajarannya mendukung matlamat pembinaan watak bangsa seperti yang dicitrakan? Yang jelas obsesi pendidikan kita lebih
tertumpu pada pencapaian prestasi akademik dan pembinaan kemahiran, tanpa perhatian yang secukupnya pada aspek
pembinaan watak. Seorang penuntut yang
membaca falsafah pendidikan tersebut akan berasa dirinya terkeluar dari
kelompok manusia yang bercitra seperti itu.
Baginya manusia yang dicitrakan dalam Falsafah Pendidikan Negara itu
adalah sejenis makhluk asing.<o:p></o:p>
dalam sejarah perkembangan masyarakat majmuk di Malaysia mengisyaratkan tumbuhnya kesedaran tentang idealisme dan aspirasi bersama yang merentasi
persempadanan kaum. Mereka mulai
bersatu memperjuangkan nilai-nilai
kemanusiaan, keadilan, demokrasi
dan integriti. Mereka bersatu melawan
gejala kebejatan: kezaliman, diskriminasi, rasuah, kronisme, pembaziran, penipuan dan
kecurangan. Sebuah parti politik
pelbagai kaum muncul sebagai suatu
kekuatan baru yang tidak boleh diremehkan.
Segala perkembangan tersebut memang membawa erti dan implikasi besar
terhadap eksperimen menangani pluralisme di negara ini. Namun cabaran-cabaran yang harus
dihadapi tidak sedikit dan tidak
kecil. Masa depan eksperimen penting
ini akan banyak bergantung kepada kebijaksanaan dan kewibawaan para pemimpinnya
dalam membina wawasan dan gagasan nasional
yang kuat, realistik dan meyakinkan.
Kegagalan memupuk persefahaman, toleransi dan pendewasaan politik di
kalangan warga parti-parti yang
berkaitan akan menjadikan fenomena ini suatu perkongsian rapuh yang hanya
didasari perkiraan-perkiraan politik pragmatik semata-mata.<o:p></o:p>
usaha memperlihatkan komitmen membina kesatuan bangsa. Di mana-mana ada slogan, simbol dan retorik serba satu. Tetapi pada masa yang sama timbul pula gejala disintegrasi bangsa: membangkitkan semangat perkauman, menimbulkan rasa tidak selamat di kalangan
masyarakat tertentu, mengungkit-ungkit
tragedi ngeri 13 Mei, mengusung
"fatwa" sembrono menghukum
segolongan rakyat sebagai kafir harbiy, membiarkan, kalaupun tidak
menggalakkan, tindakan-tindakan liar dan
provokatif, kekerasan, keganasan dan kebiadaban. Mudah-mudahan rakyat Malaysia cukup cerdas
dan bijaksana menafsir dan menyikapi gejala baru: politik pecah-perintah dan perintah memecah. <o:p></o:p>
kekuatan menjayakan eksperimen besar pembentukan
bangsa berasaskan acuan Perlembagaan Madani:
kepelbagaian dalam bingkai kesatuan.<o:p></o:p>
IlmuwanRakyathttp://www.blogger.com/profile/03991947879374428123noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-3966062355556498555.post-4482091692966195522012-09-22T13:38:00.004+08:002012-10-17T10:04:47.481+08:00Perpaduan Ummah & Mentaati Uli 'l-Amri
BANGSA:
DALAM BINGKAI KESATUAN
kepatuhan kepada uli 'l-amri.
Ramai yang melihat adanya motif tersirat dan agenda terselubung di
sebalik tema yang pada zahirnya ingin
membawa umat bersatu dengan mematuhi uli 'l-amri. Terlepas dari persoalan motif apa dan untuk kepentingan siapa, kita perlu menyikapi isu ta`at al-umara' secara
ilmiah dan jujur. Tidak siapa pun yang
dapat menafikan perlunya kepatuhan kepada pemerintah demi menghindari
disintegrasi bangsa. Namun kepatuhan
dalam konteks ini harus diletakkan dalam satu pakej bersama komponen-komponen
lainnya, terutama keadilan pemerintah dan syura antara
pemerintah dan rakyat.  Apabila segala persyaratan telah
dipenuhi, agama pun mewajibkan ta`at
al-umara'  (mentaati
pemerintah) seperti yang di-nass-kan
dalam ayat 59 surah al-Nisa':<o:p></o:p>
orang-orang yang beriman, taatilah Allah, taatilah
Rasul dan uli 'l-amri
(penguasa) dari kalangan kamu.<o:p></o:p>
kaitan ini perlu ditegaskan bahawa ketaatan kepada pemerintah bukan ketaatan
i. Pemerintah melaksanakan
syari`at, ii. Pemerintah menegakkan
keadilan terhadap rakyat, dan iii.
Pemerintah tidak menganjurkan
rakyat melakukan maksiat.<o:p></o:p>
Allah dan diulang pada Rasul. Ini
menunjukkan ketaatan kepada Rasul adalah mutlak, semutlak ketaatan kepada
Allah. Tetapi kata taat (ati`u)
tidak diulangi ketika menyebut uli 'l-amri. Ini mengisyaratkan ada di antara mereka yang
tidak wajib dipatuhi sebagaimana yang dijelaskan pada ayat pelengkapnya,<o:p></o:p>
berselisih tentang sesuatu, rujukkanlah kepada Allah (al-Qur'an) dan Rasul
(al-Sunnah).<o:p></o:p>
ayat tersebut al-Tayyibiy mengatakan bahawa ia bermasud, "… jika mereka
(pemerintah) tidak melaksanakan kebenaran (al-haqq) jangan patuhi
mereka, dan rujukkan apa yang kamu
perselisihkan itu kepada hukum Allah dan Rasul-Nya". Penjelasan sedemikian selaras dengan
kenyataan Ibn Hajar dalam Fath al-Bari tentang jawapan sebahagian tabiin
kepada sebilangan para penguasa (umara') Bani Umayyah yang menuntut
ketaatan dengan berkata, "Bukankah Allah telah memerintahkan kalian
mentaati kami dalam firman-Nya wa uli
'l-amri minkum? Lalu dijawabnya, "Bukankah ia (ketaatan) telah dicabut
diripada kamu? Ia itu apabila kamu
menyimpang daripada kebenaran dengan firman-Nya, fa'in tanaza`tum fi shay'in farudduhu ila
'Llahi wa r-rasul…". (Abu Faris, Muhammad `Abd al-Qadir, 1984:67-73).  <o:p></o:p>
sedikit ulama pendukung ketaatan mutlak (kepada pemerintah) yang berhujah
dengan hadith dari Abu Hurayrah r.`a.,<o:p></o:p>
من أطاعنى فقد أطاع الله،
ومن يعصنى فقدعصى الله. <o:p></o:p>
<o:p></o:p>
mengingkari Allah. Dan sesiapa
yang mentaati (penguasa) sesungguhnya ia telah mentaati
aku, dan sesiapa yang
mengingkari amir,
sesungguhnya ia telah mengingkari aku. <o:p></o:p>
berdasarkan zahir lafaznya yang
seolah-olah membawa maksud kewajipan taat tanpa syarat kepada amir,
semua amir, asal amir, tidak kira
baik atau jahat, adil atau zalim.
Mentaati amir betapa pun sifatnya bererti mentaati Rasul dan seterusnya
bererti juga mentaati Allah.   Zahir lafaz hadith tersebut memang membawa
pengertian taat mutlak seperti itu,
tetapi ia bukan satu-satunya hadith tentang isu taat al-umara'. Sebenarnya orang yang sama (Abu Hurayrah
r.`a.) juga telah meriwayatkan hadith
yang sama tetapi dengan perbezaan lafaz
yang mengkhusus dan membatasi kemutlakan
taat kepada amir,<o:p></o:p>
أطاع الله، ومن عصانى فقد عصى
الله، <o:p></o:p>
فقدعصانى.<o:p></o:p>
mentaati aku, sesungguhnya ia telah
telah mentaati aku; dan
sesiapa yang mengingkari amirku, sesungguhnya ia telah mengingkari
aku.<o:p></o:p>
mengkhususkan ketaatan kepada amir tertentu,
iaitu amir yang dilantik oleh al-Rasul s.`a.w. sendiri (amiri),
dan bukannya asal amir, adil atau zalim.
Andainya kedua-dua riwayat hadith ini dibaca serentak dengan kesimpulan
riwayat kedua membatasi kemutlakan riwayat pertama, isu ta`at al-umara'  dapat difahami dan diselesaikan dengan benar.<o:p></o:p>
penjelasan lanjut perlu dicatat bahawa latar pengungkapan hadith tersebut
terkait dengan peristiwa tertentu, iaitu pengangkatan ketua tentera yang
dilakukan oleh al-Rasul s.`a.w. sendiri
untuk memimpin suatu
peperangan. Memang jelas yang
dimaksudkan adalah amir lantikan Rasulullah s.`a.w. dalam konteks peperangan
yang memerlukan tahap kepatuhan yang setinggi-tingginya. Demikian juga dengan ayat ta`at al-umara'
(al-Nisa':59) seperti yang diriwayatkan oleh Ibn `Abbas
r.`a. bahawa latar penurunannya (sabab al-nuzul) terkait dengan `Abd 'Llah ibn hudhafah ibn Qays ibn `Adiy al-Sihamiy
yang diutus oleh al-Rasul s.`a.w. dalam satu ekspedisi ketenteraan.<o:p></o:p>
lain yang selalu dijadikan sandaran para pendukung ketaatan mutlak dan sekaligus
pengharaman protes, demonstrasi dan pembangkangan ialah perintah bersabar dalam
hadith yang diriwayatkan dari Ibn `Abbas,<o:p></o:p>
من أميره شيئا يكرهه فليصبر، فإنّه من
فارق الجماعة شبرا، فمات،<o:p></o:p>
رواه مسلم.<o:p></o:p>
hendaklah ia bersabar, kerana
sesungguhnya sesiapa diri dari jamaah
walau seinci, lalu ia mati, maka matinya adalah mati jahiliah. <o:p></o:p>
bersabar" (falyasbir), sabar terhadap apa? Sabar menerima kezaliman pemerintah dengan tetap taat
kepadanya? Menurut para pendukung
ketaatan mutlak memang demikianlah maksudnya.
Dalam kaitan ini Dr. Muhammad `Imarah memberikan penjelasan bahawa perintah bersabar dalam hadith tersebut
sebenarnya merujuk hal-hal yang tidak disukai oleh manusia seperti perang dan
infaq, bukan hal-hal yang bersifat
pelanggaran syari`at. Mungkin ada
ketikanya pemerintah meminta rakyat
tampil menyertai perang, atau meminta mereka menyumbangkan harta untuk dana pembiayaan sesuatu keperluan. Hal-hal seperti itulah (yang umumnya tidak
disenangi oleh manusia) yang harus disikapi
dengan sabar, patuh dan taat melaksanakan perintah. Mengingkari perintah
dalam situasi seperti itu bererti
terkeluar dari jamaah, dan pemerintah
dalam konteks ini adalah bersama jamaah rakyat. Demikianlah maksud sebenar sabar
dalam hadith tersebut, yang ternyata
jauh dari erti menerima kezaliman dan mentaati pemerintah zalim. Al-makruh (hal yang tidak
disengangi) dalam hadith tersebut adalah sejenis dengan al-makruh yang
disebut dalam ayat 216 surah al-Baqarah:<o:p></o:p>
أن تكرهوا شيئاوهوخيرلكم،<o:p></o:p>
وأنتم لاتعلمون.<o:p></o:p>
atasmu berperang, meskipun ia suatu
yang kamu benci. Mungkin kamu membenci
sesuatu, walhal ia baik untuk kamu; dan
mungkin kamu menyukai sesuatu walhal ia buruk untuk kamu.
adalah peperangan (al-qital) yang
memang tidak disenangi oleh manusia umumnya (`Imarah, Muhammad,
2004:146-149). <o:p></o:p>
Faris dalam bukunya al-Nizam al-Siyasiy
fi al-Islam menyatakan bahawa apabila pemerintah melakukan kezaliman dan
penindasan maka ia tidak lagi wajib ditaati.
Dengan demikian tidak wajib mentaati
al-umara' al-ja'irin (pemerintah zalim) kerana kezaliman adalah
maksiat, dan orang zalim adalah orang yang mengingkari Allah dan
Rasul-Nya. Beliau lalu memetik hadith
nabawi riwayat Imam Ahmad dari Anas,<o:p></o:p>
الله<o:p></o:p>
<o:p></o:p>
kepada orang yang tidak taat kepada Allah.<o:p></o:p>
ketaatan rakyat terkait erat dengan keadilan pemerintah. Demikianlah kaitan yang cuba diserlahkan oleh
al-Fakhr al-Raziy dalam penafsirannya terhadap ayat ta`at al-umara' (al-Nisa':59) yang tidak seharusnya dipisahkan dari ayat
sebelumnya (al-Nisa':58) yang
dengan tegas mewajibkan pemerintah memberikan hak kepada yang berhak dan
melaksanakan keadilan terhadap rakyat. (Abu Faris, Muhammad `Abd al-Qadir,
1984:72-73).<o:p></o:p>
sabar sebagai penyerahan dan kerelaan
terhadap kezaliman pemerintah berlanjut kepada penyifatan kritik, protes dan
aksi pembangkangan sebagai penderhakaan,
tentang al-baghy tidak seharusnya
fiqh didefinisikan sebagai:<o:p></o:p>
للإمام العادل، الخارج عن طاعته بلامتناع عن أداء ما وجب عليه <o:p></o:p>
melaksanakan kewajipannya.<o:p></o:p>
sebagaimana definisi tersebut memang golongan pelaku kemungkaran dan
pencerobohan berbahaya yang harus diperangi. (Sandaqjiy: 1987:57). Tetapi
golongan penderhaka seperti itu jelas tidak sama dengan pembangkang
dalam politik demokrasi pelbagai parti.
Kehadiran pembangkang dan peranannya dalam sistem demokrasi adalah sah,
baik dari segi undang-undang mahupun dari segi syara'. Tidak hanya sah, malah menjadi suatu
kewajipan keagamaan jika pembangkangan itu dilaksanakan dalam kerangka al-amr
bi al-ma'ruf wa al-nahy `an al-munkar sebagaimana yang disebut dalam ayat
104, surah Ali `Imran. Dalam ulasannya tentang ayat tersebut  Zafir al-Qasimiy menyatakan, "Jika mengkritik pemerintah tidak dapat
dilakukan oleh semua orang, maka harus ada segolongan daripada mereka yang
memberikan perhatian berat kepada perkara yang penting ini dalam kehidupan umat, kerana sesungguhnya lafaz minkum membawa
makna sebahagian. Atas dasar ini
pembangkangan (al-mu`aradah) adalah wajib dalam Islam. Dan kerana itu para fuqaha' Muslim
berpendirian bahawa menyuruh kemakrufan dan mencegah kemungkaran atau
pembangkangan adalah fardhu kifayah…" (Balqarad, Abu Ahmad Muhammad, 2007: 35).<o:p></o:p>
disepakati tidak timbul isu al-baghy dengan pengertian merampas kuasa
secara tidak sah. Semua peserta
persaingan dalam sistem demokrasi sepakat menerima konsep penggiliran kuasa
berdasarkan mekanisme pilihan raya.
Semua harus menerima hakikat bahawa pembangkang hari ini boleh menjadi
pemerintah esok, dan demikian pula
sebaliknya parti pemerintah hari ini
boleh menjadi pembangkang
esok. Mereka juga sepakat bahawa mandat
pemerintahan adalah terbatas (lima tahun) dan harus dikembalikan kepada rakyat
dalam tempoh tersebut. Mereka harus
menghormati hak rakyat memberikan mandat kepada mana-mana parti, sama ada membaharui mandat kepada parti yang
telah memerintah atau memberikannya kepada parti yang lain. Perpolitikan antara parti harus dilihat
sebagai persaingan menawarkan khidmat yang lebih baik dalam semangat fa
'stabiqu 'l-khayrat.<o:p></o:p>
menawarkan khidmat untuk dipilih oleh rakyat.
Dalam kaitan ini parti yang sebelumnya memegang tampuk pemerintahan
harus tampil sebagai sebuah parti, sama
seperti parti-parti yang lain, dan tidak
boleh tampil sebagai kerajaan, kerana
mandat sebagai kerajaan telah tamat.
Andainya rakyat menolak parti yang telah memerintah sebelumnya, mereka
bukan bughah atau penderhaka.
Justeru yang mereka tolak bukan sebuah kerajaan yang sah, tetapi parti yang telah tamat mandatnya. Mengekal atau mengganti kerajaan dalam sistem
demokrasi berpilihan raya adalah suatu penterjemahan hak rakyat untuk memilih pemerintah yang
mereka redhai. Kerana itu pilihan raya
harus bersih demi mempastikan
keputusannya benar-benar jelmaan hasrat
dan kerelaan rakyat. Justeru, keredhaan rakyat adalah syarat legitimasi
pemerintahan. Demikianlah realisasi makna
al-sha`b masdar al-sultah (rakyat sebagai sumber kuasa) dalam pengertian rakyat yang berkuasa
mengangkat, dan rakyat jugalah yang
berkuasa menurunkan.  <o:p></o:p>
Rukun Negara untuk "Memelihara satu cara hidup demokratik", maka kita harus sanggup menjadi manusia
demokrat yang jujur, menghormati
kepelbagaian, termasuk kepelbagaian parti politik dengan segala ragam aliran
pemikirannya. Parti-parti politik
harus sanggup kalah dalam pilihan raya
demi memenangkan prinsip dan idealisme
demokrasi. Cara hidup demokratik aspirasi Rukun Negara jangan dikhianati
dengan sikap dan perilaku yang tidak demokratik, sanggup melakukan apa sahaja, yang penting
menang! Walaupun dengan menginjak-injak nilai, norma dan aturan main demokrasi yang
sihat. Sikap dan perilaku curang dan
tidak demokratik itulah yang akan mengakibatkan disintegrasi bangsa.
IlmuwanRakyathttp://www.blogger.com/profile/03991947879374428123noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-3966062355556498555.post-72834720435473054662012-09-18T12:15:00.000+08:002012-10-17T10:05:08.852+08:00Bangsa Malaysia: Antara Aspirasi & Realiti
PEMBINAAN
BANGSA: <o:p></o:p>
KEPELBAGAIAN
DALAM BINGKAI KESATUAN<o:p></o:p>
Muktamar Nasional Keenam,<o:p></o:p>
Pencerdasan Umat Malaysia –WADAH, <o:p></o:p>
September 2012/ 28 Syawal 1433)<o:p></o:p>
politik menjelang PRU13. Aturan main dalam sistem demokrasi berpilihan raya
memang membolehkan kehadiran pelbagai parti dan persaingan antara parti dalam
menawarkan khidmat yang lebih baik untuk rakyat. Parti memang pelbagai, programnya juga
beragam, tetapi semuanya bersatu dalam komitmen menjayakan
prinsip dan nilai demokrasi yang bertunjang pada kuasa dan daulat rakyat. Dalam masyarakat majmuk yang masih
rapuh, rakyat harus cukup cerdas,
dewasa dan bijaksana menyikapi pelbagai kerenah perpolitikan antara parti agar
tidak terseret ke dalam silang sengketa
yang memecah integrasi nasional atau keharmonian antara kaum. Gejala pengeksploitasian sentimen perkauman
harus diwaspadai demi memelihara
kerukunan hidup yang telah kita bina dengan susah payah. Sikap dan tindakan racist  akan merosak
segala yang telah kita usahakan
selama ini. Sikap tidak waras seperti itulah yang secara
metaforik diungkapkan dalam al-Qur'an: <o:p></o:p>
ولاتكونوا كالّتى نقضت غزلها من بعد قوّة أنكاثا،...<o:p></o:p>
Janganlah kamu seperti perempuan
yang mengurai kembali<o:p></o:p>
siap menjadi terurai, …(al-Nahl:92) <o:p></o:p>
Malaysia: Aspirasi dan Wawasan<o:p></o:p>
55 tahun merdeka, kita masih bertanya
apakah "bangsa Malaysia" dalam
erti yang sebenarnya sudah wujud secara nyata dan tuntas? Memang ironis, tetapi demikianlah kenyataannya, selama berdekad-dekad kita hanya dapat
berbicara tentang warga negara Malaysia
dan tentang perpaduan kebangsaan atau integrasi
nasional, tetapi masih belum
dapat dengan yakin dan pasti berbicara tentang
"bangsa Malaysia" sebagai suatu realiti. Tentu ada alasannya apabila Rustam
A.Sani, seorang intelektual rakyat menulis pada tahun 2006, "Political events in Malaysia during
the last few years have convinced me that Malaysia is just a state without
nation -or at least, a state with several competing nations". (Rustam A.Sani, 2008: 59). Wawasan 2020 yang diungkapkan pada tahun 1991 meletakkan
pembentukan bangsa Malaysia di puncak
urutan sembilan cabaran yang harus ditangani.
Hanya tinggal lapan tahun sahaja lagi untuk kita menyaksikan terlaksana
atau tidaknya wawasan pembentukan bangsa Malaysia yang bersatu, "…sejahtera, terintegrasi wilayah-wilayah dan
kelompok-kelompok etniknya, menikmati kehidupan bersama yang sepenuhnya
berasaskan persamaan hak dan keadilan,
membentuk sebuah Bangsa Malaysia dengan rasa taat setia dan pengabdian
yang tidak berbelah bagi terhadap bangsa tersebut".<o:p></o:p>
diakui, membentuk bangsa memang tidak mudah, apa lagi dalam konteks
Malaysia dengan kemajmukan masyarakatnya
sedemikian menjadikan integrasi nasional
yang dipupuk selepas kemerdekaan suatu yang sangat rapuh. Hubungan antara kaum banyak diasaskan pada
politik akomodasi dan kompromi.
Bagaimanapun pendekatan ini tidak selamanya dapat dilaksanakan dengan
lancar kerana politik tawar-menawar
antara kaum itu selalu dilatari prasangka dan kecemburuan ras yang tebal. <o:p></o:p>
dan bernegara dalam konteks kemajmukan sebenarnya telahpun tumbuh seawal
tahun-tahun 1940'an lagi. Gabungan
PUTERA-AMCJA dapat dirujuk sebagai wadah gerakan politik pelbagai kaum yang
dengan serius menangani isu bangsa dan negara Malaya. Gerakan
kerakyatan tersebut telah menghasilkan
Perlembagaan Rakyat (1947),
sebuah gagasan bersama yang mencerminkan
kesepakatan rakyat pelbagai kaum tentang kehidupan berbangsa dan bernegara pada masa
hadapan, dan sekaligus penolakan
kolektif terhadap perlembagaan Malayan Union tajaan penjajah. Antara yang perlu dicatat sebagai pencapaian
penting era tersebut ialah penggagasan nation of intent, bangsa Malaya seluruhnya disebut Melayu.<o:p></o:p>
al-Helmiy, pemikir dan pejuang politik
yang serius, telah mengemukakan faham
kebangsaan Melayu sebagai ideologi nasional,
ideologi pemersatu rakyat pelbagai kaum. Sebagai ideologi nasional, faham kebangsaan
Melayu dalam konteks ini tidak bersifat
eksklusif, terbatas hanya untuk kelompok
baka Melayu sahaja. Sebaliknya, ia
bersifat inklusif, meliputi golongan bukan dari baka Melayu yang telah
putus hubungan dengan kebangsaan asal.
Ideologi nasional pembentuk kesatuan bangsa sebagaimana yang diungkapkan
oleh Dr. Burhanuddin al-Helmiy itu ternyata memiliki kekuatan idea dan
kekentalan semangat yang terumus dalam lima "rukun jiwa
kebangsaan": i. Ketuhanan Yang Maha
Esa, ii. Kebangsaan, iii. Kedaulatan
Rakyat, iv. Persaudaraan Sejagat, dan v. Keadilan Masyarakat. (Kamaruddin
Jaffar, 1980:113-121).<o:p></o:p>
pemikiran tentang gagasan bangsa yang terhasil dari perahan otak,
kerjasama, toleransi dan tentunya juga
pengorbanan pelbagai golongan rakyat pejuang kemerdekaan itu tidak sempat
teraktualisasi akibat tindakan supresif penjajah yang mempunyai agenda
sendiri, kepada siapa kemerdekaan akan
diserahkan, dan bagaimana rupa masyarakat yang akan mereka tinggalkan. Memang demikianlah kenyataannya, Inggeris mewariskan masyarakat pelbagai kaum
korban dasar pecah-perintah yang sangat fragile,
rapuh, terpisah-pisah dan terkurung
dalam kepompong budaya kaum masing-masing.
Pembentukan satu bangsa terasa suatu yang masih terlalu jauh. Yang dapat dilakukan hanya sebatas
mewujudkan perpaduan antara kaum yang disebut integrasi nasional melalui beberapa dasar integratif seperti
Bahasa Kebangsaan, Dasar Pelajaran Kebangsaan, Dasar Kebudayaan Kebangsaan dan
kemudiannya Rukun Negara. Dasar-dasar
tersebut pada umumnya memang memiliki kekuatan integratif yang boleh menjadi landasan proses pembinaan
satu bangsa, tetapi ketegasan pelaksanaannya yang musim-musiman
menjadikannya kurang berkesan. Dari semasa ke semasa sikap dan perilaku racist atau
perkauman sempit terus menggejala dan akhirnya memuncak pada peristiwa tragik 13 Mei 1969.<o:p></o:p>
Rukun Negara dan DEB<o:p></o:p>
telah membangkitkan komitmen baru
untuk melakukan suatu societal engineering  menerusi mekanisme Dasar Ekonomi Baru (DEB)
yang disemangati Rukun Negara.
Perumusan Rukun Negara adalah untuk memberikan set nilai dan
prinsip (Kepercayaan Kepada Tuhan, Kesetiaan kepada Raja dan Negara,
Keluhuran Perlembagaan, Kedaulatan Undang-undang, Kesopanan dan Kesusilaan) sebagai landasan usaha mencapai perpaduan
masyarakat, memelihara cara hidup
demokratik, mencipta masyarakat adil
dalam erti kemakmuran negara dinikmati bersama secara adil dan saksama, menjamin sikap liberal terhadap tradisi
budaya masyarakat yang kaya dan pelbagai,
dan membina masyarakat progresif berasaskan sains dan teknologi moden.<o:p></o:p>
ekonomi yang digubah untuk
mencapai objektif integrasi nasional menerusi pembasmian kemiskinan tanpa
mengira kaum, dan penyusunan semula masyarakat untuk menghapuskan pengenalan
kaum dengan peranan ekonomi. Objektif
sedemikian memang memiliki justifikasi faktual dan rasionalnya sendiri, tetapi pelaksanaannya telah semakin
mangaburkan objektif integrasi nasional apabila tindakan-tindakan affirmative
DEB dipersepsikan sebagai dasar diskriminatif yang meng"anak
emas"kan Melayu, dan sebaliknya
meng"anak tiri"kan kaum bukan Melayu. Untuk mencapai sasaran peningkatan saham
modal Melayu dari 2.5% pada tahun 1970
kepada 30% pada tahun 1990, pemerintah telah mencipta kelompok kapitalis Melayu
yang kaya raya. Segelintir Melayu kroni
mengaut kekayaan negara hingga menjadi kelompok super-kaya atas nama masyarakat Melayu keseluruhannya
yang rata-rata hanya menerima apa yang tersisa.
Kontroversi di sekitar DEB sebenarnya sudah timbul sejak mula ia dilancarkan. Seawal tahun 70'an, kita yang ketika itu aktif dalam ABIM sudah mengkritik pendekatan perkauman dan
kapitalistik DEB. Dalam mengakui
keperluan membantu masyarakat Melayu,
bagi kita keutamaan harus diberikan kepada agenda membasmi kemiskinan
tanpa mengira kaum, bukan mencipta kelas
kapitalis Melayu. Yang miskin bukan cuma
Melayu, di kalangan kaum Cina juga ada
yang miskin, dan demikian juga kaum India.
Kritik dan protes berterusan
hingga ke hujung tempoh DEB yang
berakhir pada tahun 1990. Pada
era pasca DEB kita dapat menyaksikan kesan dan implikasi dasar tersebut terutama terhadap matlamat perpaduan
kaum. Yang jelas DEB yang menyasarkan
peningkatan pemilikan saham modal Melayu
menjadi 30%, hanya mampu mencapai 19%
(atau 22% menurut satu taksiran lain).
Sebahagian masyarakat Melayu memang begitu terobsesi dengan DEB sehingga
beranggapan bahawa apa pun yang mereka capai adalah kerana DEB, lalu mereka menuntut penerusan dasar yang pro-Melayu itu. Di pihak lain, timbul tuntutan dari kaum-kaum
bukan Melayu agar kepentingan mereka yang selama ini diabaikan diberi perhatian
khusus. Sementara itu apa jua
ketidakpuasan kaum bukan Melayu yang berkaitan dengan DEB ditanggapi oleh sebahagian masyarakat Melayu
sebagai gugatan terhadap kepentingan
mereka. Ternyata DEB tidak membantu
peningkatan perpaduan nasional.<o:p></o:p>
tahap ketidaksamaan (inequality) ekonomi
baik di kalangan sesama kaum Melayu mahupun di kalangan kaum-kaum
have – the have not – the have a lot  semakin luas.
Kemiskinan tidak terbasmi,
sementara yang kaya, termasuk
kelompok orang kaya baru tajaan DEB terus menimbun kekayaan tanpa
memperhitungkan caranya, bermoral atau
tidak, dan tanpa kepedulian terhadap masyarakat awam bangsanya. Sementara itu dasar ekonomi ini juga dilihat
sebagai biang keladi mewabaknya pelbagai
gejala fasad -
kronisme, nepotisme, rasuah,
politik wang, pembaziran dan sebagainya.
tampaknya sudah tidak terkawal inilah
yang menimbulkan protes pelbagai
pihak, Melayu dan bukan Melayu. <o:p></o:p>
tanya besar tentang sejauh mana dasar ekonomi tersebut dapat merealisasikan
matlamat Rukun Negara, "Mencapai
perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh masyarakatnya, memelihara satu cara hidup demokratik, mencipta satu masyarakat adil di mana
kemakmuran negara akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama, …"
Perumusan Rukun Negara
adalah usaha penting ke arah pembinaan
bangsa yang terintegrasi dalam perkongsian prinsip dan nilai hidup. Penghayatan prinsip Kepercayaan kepada
Tuhan seharusnya dapat menjelmakan bangsa yang religius dan tamadun
berketuhanan yang segala aspeknya
- politik, ekonomi dan
sosial -
adalah faith based. Prinsip
Kesetiaan kepada Raja dan Negara  seharusnya dapat membina bangsa yang terpadu
di bawah naungan raja dalam pengertian al-Imam
al-`adil, dan bersatu dalam baldatun
tayyibah dengan pengertian negara
yang berkeadilan dan berkebajikan. Keluhuran Perlembagaan dan Kedaulatan
Undang-undang pula seharusnya dapat membina
bangsa yang tertib, berdisiplin dan bersatu dalam menegakkan keadilan rule
of law; sementara prinsip Kesopanan
dan Kesusilaan seharusnya dapat membina bangsa beretika, berakhlak
mulia, terpadu dalam semangat saling
hormat dan saling menyayangi. <o:p></o:p>
sedemikian bukan sahaja tidak dimasyarakatkan secara berkesan, malah seringkali
pula dilanggar dan diselewengkan.
Prinsip Kepercayaan kepada Tuhan
tidak diterjemahkan secara konsisten ke dalam dasar dan amalan hidup
berbangsa dan bernegara. Kita belum benar-benar bebas dari pesona model
pembangunan sekular Barat yang membina tamadun tanpa Tuhan (a civilization
without God). Program-program
berunsur maksiat dan amalan yang bertentangan dengan nilai-nilai ketuhanan
terus berleluasa tanpa kawalan yang bererti.
Prinsip kesetiaan kepada Raja dan Negara seringkali diselewengkan
menjadi kesetiaan kepada parti pemerintah.
Prinsip Keluhuran Perlembagaan dan Kedaulatan Undang-undang kehilangan erti hakikinya akibat keruntuhan
institusi kehakiman dan kepolisan.
Prinsip kesopanan dan kesusilaan pula semakin sering dicabul oleh amalan
fitnah, caci-maki, politik samseng dan pelbagai bentuk kebiadaban lainnya. (bersambung)<o:p></o:p>
IlmuwanRakyathttp://www.blogger.com/profile/03991947879374428123noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-3966062355556498555.post-2309765648098562762012-09-12T15:31:00.000+08:002012-10-17T10:05:34.119+08:00Krisis Pemaknaan Pendidikan
PENDIDIKAN:<o:p></o:p>
EXCELLENCE WITHOUT SOUL<o:p></o:p>
Fadzil<o:p></o:p>
kecemerlangan akademik dan obsesi terhadap permintaan pasaran kerja telah
mengakibatkan sistem pendidikan kita kehilangan visi, lalu terjebak dalam
sindrom shorttermism sehingga
mengabaikan misi asasi pembinaan dan
pengutuhan insan. Yang dipentingkan bukan lagi apa yang perlu untuk memperbaiki
kemanusiaan atau insaniyyah anak
didik, tetapi yang lebih dipentingkan adalah memenuhi permintaan semerta atau immediate demand mereka. Mungkin
ungkapan judul buku Harry R. Lewis tentang bencana kependidikan yang sedang
menimpa Universiti Harvard, Excellence
Without a Soul (Kecemerlangan Tanpa, Roh), tepat untuk menggambarkan gelala
global - krisis pendidikan yang kehilangan esensi, erti hakiki dan misi
asasinya. Justeru, yang didedahkan oleh Harry R. Lewis, Profesor yang pernah
menjadi Dekan di Harvard itu, pada hakikainya bukan hanya kepincangan Harvard,
tetapi kepincangan universiti-universiti di seluruh dunia umumnya. Sejak
terbitnya buku Excellence Without a Soul,
Hairy R. Lewis banyak memenuhi undangan universiti-universiti di pelbagai
rantau dunia, dari Hong Kong hingga ke New Haven. Tema pembicaraannya tidak
lain adalah tentang Universiti Harvard yang kehilangan roh atau without a soul itu. Tetapi yang
dirasakan oleh para professor dan khalayak pendengarnya bukan hanya sebuah kisah
tragedi kependidikan di Harvard. Bagi mereka Harry R.Lewis sesungguhnya telah
berbicara tentang hakikat universiti mereka sendiri dengan sangat tepat dan
sekaligus sangat menakutkan, “described
their situation with frightening accuracy”.<o:p></o:p>
Kehilangan Arah<o:p></o:p>
telah mengglobal. Apa yang terjadi kepada Harvard adalah cerminan apa yang
terjadi kepada IPT dunia. Justeru, Harvard adalah university tertua, terkaya
dan ternama yang selalu dilihat sebagai model terunggul universiti kelas dunia.
Benar, institusi-institusi pengajian tinggi umumnya berjaya memberikan pengetahuan
dan kemahiran, tetapi ternyata gagal melaksanakan misi asasi pendidikan -
pengutuhan dan penyempurnaan insan. Dalam konteks Harvard, Harry R.Lewis
menyatakan bahawa mereka telah melupakan “the
fundamental job of undergraduate education, tanggungjawab dasar terhadap anak
didik”, termasuk, “...to help them grow up, to learn who they are, to search for
a larger purpose for their lives, and to leave college as better human beings.”
Pidato-pidato pimpinan universiti umumnya lebih banyak berkisar pada masalah-masalah
dunia, kepentingan ilmu, kerja kuat dan kejayaan; tetapi sedikit sekali
menyentuh persoalan tentang kekuatan peribadi, integriti, kasih-sayang,
kerjasama dan bagaimana untuk hidup dalam dunia yang lebih baik. Semakin besar
universitinya, semakin sengit pula ia bersaing meraih kemenangan di kancah
pasaran dan di lahan perebutan dana penyelidikan, tetapi ketika itu jugalah
mengurangnya pembicaraan yang serius tentang pembinaan watak pelajar, “...about their development into people of
good character who will know that they owe something to society for the
privileged education they have received.”<o:p></o:p>
seorang profesor Harvard, tentang penyakit yang sedang membarah di tubuh
universiti tersohor itu. Dua tahun selepas terbitnya Excellence Without a Soul (2006), muncul pula seorang graduan
Harvard Busines School dengan bukunya yang berjudul What They Teach You at Harvard Business School, Philip Delves
Broughton merakamkan pengalaman kesiswaannya di institusi yang terkenal dengan
ijazah MBAnya yang berprestij itu, institusi yang disebutnya sebagai the cauldron of capitalism atau kawah
besar kapitalisme, where capitalism goes,
the MBA follows. Dengan latar pencitraan sedemikian, tidak ada siapa pun
yang hairan jika ramai graduannya menjadi kapitalis yang barbarik, menjadi
binatang ekonomi yang materalistik, mementingkan diri, rakus dan boros.
Orientasi kebendaannya memang kental sekali sehingga Philip Delves Broughton
hanya mampu mengeluh bahawa yang selalu menjadi pokok pembicaraan masyarakat
siswanya bukan lagi soal pengajian, ilmu, atau persiapan menghadapi dunia
kerjaya; tetapi lebih banyak tentang ambitions
dan nafsu besar - mahu pangkat apa, mahu gaji berapa, mahu jadi sekaya siapa,
dan mahu gaya hidup semewah mana.<o:p></o:p>
lainnya telah kehilangan misi moral dan sosialnya. Para graduannya dirangsang
merajai dunia bisnes dan berlumba mengaut kekayaan tanpa mempedulikan
batasan-batasan etik dan moral. Subjek Business
Ethics yang diajarkan di sekolah-sekolah tersebut jelas sudah tidak berdaya
lagi mengawal polah-tingkah para usahawan kapitalis rakus dan curang sehingga
mengakibatkan leluasanya pelbagai skandal korporat kelas multi-nasional, dan
akhirnya meledakkan krisis kewangan dunia dengan segala bencana kemanusiaan
bawaannya. Memang demikianlah kenyataannya, ramai dari kalangan mereka yang
muncul sebagai orang kaya yang kehilangan kepedulian sosial. Mereka selalu
melakukan pelbagai helah untuk mengelak cukai, malah apa yang disebut CSR (corporate social responsibility) itupun
seringkali dilakukan hanya untuk mengelak cukai. Kesedaran kemasyarakatan
memang telah sirna sejak lama. Yang tinggal hanya sisa-sisa perhatian yang
terbatas pada hal-hal yang mereka berminat (sukan, hiburan dsb), dan itu pun
seringkali dilatari motif kepentingan.<o:p></o:p>
berpengaruh di dunia, kerosakan Harvard boleh merosakkan dunia seluruhnya,
termasuk kita, khususnya orientasi pendidikan kita. Harvard sudah menjadi kiblat
pengajian tinggi di mana-mana, dan keghairahan meniru Harvad sudah mewabak
meratai jagat. Dominasi Harvard tidak terbatas hanya dalam bidang bisnes,
tetapi sudah merempuh bidang-bidang lain, termasuk politik, ekonomi, kebudayaan
dan pendidikan. Philip Delves Broughton mencatatkan bahawa sepanjang pengajiannya
di HBS (2004-2006), para alumni HBS telah menempati pelbagai posisi strategik
termasuk Presiden Amerika Syarikat, Setiausaha Perbendaharaan Amerika Syarikat,
Presiden Bank Dunia, Datuk Bandar New York, dan sejumlah yang tidak terkira CEO
badan- badan korporat gergasi. Beliau juga mencatatkan bahawa alumni HBS
menguasai 2O% tiga jawatan teratas di 500 buah syarikat yang disenaraikan oleh
Fortune. Sementara itu, sejak tahun 2000, para pemegang ijazah MBA yang menempati
pejabat kepresidenan Amerika Syarikat (Oval
Office) telah membuat keputusan-keputusan besar tentang pelbagai masalah
dunia dengan segala implikasi kemanusiaan dan kesejarahannya.<o:p></o:p>
semua orang dalam bidang apa pun seharusnya memprihatinkan segala yang sedang
terjadi di HBS kerana, “The language,
practices, and leadership styles taught in MBA course affect all of us.
Business schools no longer produce just business leaders. MBAs determine the
lives many of us will lead, the hours we work, the vacations we get, the
culture we consume, the health care we receive, and the education provided to
our children. ... And it has ambitions to matter even more.” Pendeknya,
orang bisnes memang sangat bernafsu untuk menguasai segala-gala.<o:p></o:p>
Penyempurnaan dan Pengutuhan lnsan<o:p></o:p>
sedemikian rupa menambah keyakinan kita terhadap kerelevanan kita sebagai
pengembang misi pengutuhan dan penyempurnaan insan. Sesungguhnya kehadiran kita
bukan suatu piIihan, tetapi suatu kewajipan kemanusiaan dan keagamaan. Kita
harus memikul tanggungjawab melaksanakan pendidikan keinsanan dalam erti
pengembalian insan kepada kemurnian dan keunggulan fitrinya sebagai makhluk
sebaik-baik kejadian (ahsani taqwim)
yang dimuliakan Allah (al-takrim al-Ilahiy)
dengan hembusan ruh penciptaan-Nya (al-nafkh
al-Ilahiy). Insan bukan sekadar makhluk tanah (tin) yang rendah. la telah diangkat darjatnya dengan hembusan ruh Ilahi, yang kerananya para malaikat rela
sujud menghormatinya. Di sinilah kegagalan iblis mempersepsikan insan secara
utuh - tanah dan hembusan ruh Ilahi.
Bagi iblis, insan hanyalah makhluk tanah, semata-mata tanah; dan kerana itu
pulalah ia membantah perintah sujud.<o:p></o:p>
memelihara ke-tanah-an insan, tetapi lebih daripada itu ialah untuk memelihara
hembusan ruh Ilahi yang merupakan
asetnya yang termahal, martabat keunggulannya, dan sumber potensi kesempurnaan
insaniahnya. Hakikat inilah yang diserlahkan oleh Qadi Abu Bakr ibn al-'Arabiy
dalam huraiannya tentang insan sebagai makhluk ahsani taqwim:<o:p></o:p>
makhluk Allah yang lebih baik daripada manusia, kerana Dia telah
menganugerahnkannya kadar tertentu daripada sifat-sifat ketuhanan-Nya seperti: hayyan, ‘aliman, qadiran, mutakalliman,
sami’an, basiran, mudabbiran dan lain-lainnya.”<o:p></o:p>
penciptaannya Iebih baik daripada insan. Justeru, Tuhan telah mengurniakannya
cebisan daripada sifat-sifat rabbaniyyah-Nya,
yang dapat dikembangkan hingga sejauh yang terjangkau oleh kudrat insaniahnya,
dan sekaligus dapat menjulang martabatnya mengungguli segala makhluk lain.<o:p></o:p>
oleh al-Shaykh ‘Abd al-Karim al-Jiliy dalam tulisannya al-Insan al-Kamil fi Ma’rifat al-Awakhir wa al-Awa’il Ketika
menjelaskan makna hadith nabawi bahawa Allah menciptakan Adam ‘a.s. menurut
gambaran-Nya (‘ala suratih), al-Jiliy
mengatakan:<o:p></o:p>
yang diketahui, Allah bersifat Hidup, Berilmu, Berkuasa, Berkehendak,
Mendengar, Melihat, Berkata-kata, maka demikian jugalah manusia - hidup,
berilmu dan sebagainya.”<o:p></o:p>
rupa memang seharusnya mampu menghayati sifat-sifat Rabbaniy, dan itulah sebenarnya ukuran kesempurnaan dan kebahagiaannya
yang disebut oleh al-Ghazaliy:<o:p></o:p>
Allah) terletak pada kesediaan dan keupayaannya berakhlak dengan akhlak Allah.”<o:p></o:p>
disebut al-Insan al-Kamil sebagaimana
yang dikonsepsikan oleh al-Jiliy adalah Muhammad (s.’a.w.). Dalam kaitan ini,
pendidikan sebagai proses pengutuhan dan penyempurnaan insan harus menjadikan al-Insan al-Kamil sebagai model
keinsanan terunggul.<o:p></o:p>
yang berpangkal dari kurnia hembusan ruh Ilahi dengan segala implikasinya itu
pada hakikatnya adalah amanah berat yang tidak terpikul oleh langit, bumi,
gunung atau makhluk-makhluk lain segagah mana pun. Amanah inilah yang selalu dilupakan
sehingga mengakibatkan kejatuhan martabat insan dari puncak ahsani taqwim merudum ke jurang asfala safilin. Demikianlah mesej firman
Ilahi:<o:p></o:p>
Kami telah kemukakan tanggungjawab amanah (Kami) kepada langit dan bumi
serta gunung-ganang (untuk memikulnya),
maka mereka enggan memikulnya dan bimbang tidak dapat menyempurnakannya (kerana
tidak ada pada mereka persediaan untuk memikulnya); dan (pada ketika itu)
manusia (dengan persediaan yang ada padanya) sanggup memikulnya. (ingatlah)
Sesungguhnya tabiat kebanyakan manusia adalah suka melakukan kezaliman dan suka
pula membuat perkara-perkara yang tidak patut dikerjakan.” <o:p></o:p>
kerana selalu menzalimi diri sendiri dengan menjatuhkan martabat diri dari ketinggian
darjat keinsanannya; dan ia juga jahul
kerana tidak tahu tentang hakikat
dirinya sebagai pengembang amanah
keinsanan. Bukankah gejala zalum
dan jahul ini yang menimpa masyarakat
dunia, termasuk mereka yang dianggap kaum terpelajar? Gejala
zalum dan jahul adalah sejenis dehumanisasi yang melahirkan generasi yang
hilang keinsanannya. Ayat tersebut sebenarnya membawa pesan kependidikan yang
sangar penting; bahawa pendidikan harus melaksanakan misi penyelamatan insan
dari menjadi zalim dan jahil dalam pengertian tersebut.<o:p></o:p>
Ummatik: Pembinaan Khayriyyat al-Ummah<o:p></o:p>
pendidikan kita harus berorientasi khayriyyah
(keunggulan) yang berteraskan iman, komitmen terhadap nilai-nilai kemakrufan,
dan semangat melawan gejala kemungkaran, sesuai dengan ayat khairiyyat al-ummah dalam surah Ali ‘Imran.
Khayriyyat al-ummah bukan ketuanan
warisan. Ia adalah wawasan Qur’ani yang terbuka kepada semua umat yang sanggup
memenuhi syarat, tanpa, mengira asal usul keturunan. Ia adalah keunggulan
bersyarat yang harus dicapai dengan perjuangan kependidikan membangun watak umat,
menegakkan prinsip-prinsip iman, menghayati nilai-nilai murni dan membasmi
gejala maksiat. Faktor keturunan bukan jaminan keunggulan, tanpa cirri-ciri khayriyyat
al-ummah, keturunan siapapun akan mengalami kehinaan senasib dengan
kasut, “dari atas diinjak kaki, dari bawah
ditusuk duri, sudah usang dibuang orang”. Tepat sekali ungkapan Dr.Muhammad
‘Imarah bahawa ia adalah shurut muktasabah,
la ‘unsuriyyahy mawruthah (syarat yang dicapai, bukan perkauman yang
diwarisi).<o:p></o:p>
Kewarganegaraan<o:p></o:p>
pendidikan yang baik juga melaksanakan pendidikan kewarganegaraan,
mempersiapkan anak-didik menjadi rakyat yang bertanggungjawab, rakyat negara Malaysia
yang demokratik, dan berbilang kaum. Akibat obsesi yang berlebihan terhadap pengkhususan
dalam disiplin ilmu tertentu, semangat
kewarganegaraan, kesedaran sivik dan kepedulian politik seringkali terabai. Institusi
Pendidikan seolah-olah sudah, menjadi sebuah pulau. Masyarakat sekitar tidak
mendapat pencerahan darinya. Lebih setengah abad mengamalkan demokrasi, namun erti
demokrasi belum difahami secara meluas. Bagi sebilangan rakyat, demokrasi hanya
bererti pilihanraya, dan tidak lebih daripada itu. Mereka seharusnya sudah
memahami demokrasi bukan hanya pilihanraya, tetapi yang lebih mendasar adalah
prinsip-prinsip dan nilai-nilainya, yang harus dipelajari, dihayati dan
dibudayakan. Institusi Pendidikan seharusnya mampu membina manusia demokrat yang
murni, matang dan berjiwa besar. Tetapi jika dilihat bagaimana demokrasi
dilaksanakan di kampus-kampus, ternyata
banyak Institusi Pendidikan yang gagal memberikan pendidikan demokrasi di
kalangan warganya. Pilihanraya kampus seringkali dicemari sikap undermocratic dan unethical pihak pentadbiran yang memaksakan kemahuannya memenangkan
kelompok tertentu dan mempastikan kekalahan kelompok yang lain. Demikianlah berlakunya
tragedi kematian nilai-nilai demokrasi di kampus-kampus yang seharusnya menjadi
model masyarakat demokratik yang sihat dan menginspirasikan. Apakah ini bukan suatu
pengkhianatan terhadap amanah pendidikan kewarganegaraan?<o:p></o:p>
Perubahan<o:p></o:p>
kesedaran dakwah pembebasan manusia dari kegelapan kepada kecerahan, selamanya komited
terhadap misi perubahan. Mungkin ada yang berfikir, bahawa kita sebenarnya
hanya bermimpi. Perubahan apalah yang dapat dilakukan oleh orang kecil seperti
kita. Mungkin benar, ketika ini kita sedang bermimpi. Tetapi syukurlah, kita
masih berani bermimpi. Siapa tahu sewaktu-waktu mimpi menjadi realiti. Jangan lupa
kita sebenarnya masih memiliki potensi kekuatan raksaksa yang berupa generasi
muda yang enlightened. Gelombang
perubahan yang menerjang seluruh Dunia Arab ketika ini adalah sepenuhnya hasil
kebangkitan anak-anak muda, maka kerananya ia mendapat nama Thawrat al-Shabab (Revolusi Pemuda). Majalah
The Economist (2 April 2011) menyebut
mereka sebagai, “... a new generation of
young idealists, inspired by democracy, united by Facebook and excited by the notion
of opening up to a wider world,...”. Gelombang kebangkitan yang mencengangkan
itu telah dilakukan oleh anak-anak muda yang selama ini sudah dianggap lost generation, generasi yang sudah
hanyut entah ke mana. Mereka adalah Facebook
generation pencipta keajaiban, merubah sejarah. Dalam tempoh hanya tiga
minggu mereka melakukan suatu yang tidak mampu dilakukan oleh bapa-bapa mereka selama tiga puluh<o:p></o:p>
lupa sebahagian daripada kurikulum pengajian tetapi kita akan sangat kecewa
andainya anda gagal meninggalkan institusi pengajian sebagai better human being (manusia yang lebih
baik). Justeru, pendidikan keinsanan adalah misi terbesar kita. Kita akan
sangat berbahagia menyaksikan para graduan menjadi al-insan al-salih atau yang disebut orang Melayu sebagai orang
baik. Konsep orang baik dalam pemikiran Melayu sebenarnya dipadankan dari sabda nabawi, khayru ‘n-nas anfa’uhum li ‘n-nas (orang terbaik adalah yang paling berguna
kepada orang lain). Sabda inilah yang mengilhami pengungkapan konsep manusia
serba guna dalam warisan kepujanggaan bangsa:<o:p></o:p>
kayu besar di tengah padang,<o:p></o:p>
daunnya tempat berteduh,<o:p></o:p>
dahannya tempat bergantung,<o:p></o:p>
batangnya tempat bersandar,<o:p></o:p>
akarnya ternpat bersila.<o:p></o:p>
baik, ternyata tidak mudah, terlalu banyak goda dan pesonanya, lebih-lebih lagi
pada zaman penuh kegilaan seperti sekarang ini yang sudah menepati ciri Jaman Edan era pujangga
R.N.Ronggowarsito. Pada zaman gila, orang gila membolot segalanya, sehingga
tidak tersisa untuk yang tidak gila atau yang tidak mahu ikut jadi gila. Kehidupan
manusia berjalan di atas hukum: tak gila, tak merasa (ora edan, ora keduman). Dalam suasana seperti itulah terujinya
ketahanan orang baik. Ronggowarsito meninggalkan pesan kepujanggaan yang
menyuntikkan semangat hidup berprinsip, “seuntung
mana pun orang yang gila, lebih beruntung orang yang beringat dan berwaspada”.
Orang baik tidak perlu iri hati terhadap orang gila, sebagaimana kita tidak
perlu iri hati melihat gagak berlagak merak, atau kera memakai mahkota. “Jangan Jemu Menjadi Orang Baik”. <o:p></o:p>
IlmuwanRakyathttp://www.blogger.com/profile/03991947879374428123noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-3966062355556498555.post-19248930043996041232012-08-30T13:11:00.001+08:002012-10-17T10:05:57.691+08:0055 Tahun Merdeka
NIKMAT, <o:p></o:p>
AMANAT.<o:p></o:p>
kemerdekaan, 3l Ogos adalah tarikh istimewa. Justeru, pada hari itulah, lima
puluh tahun yang lalu (1957) tercapainya
cita- cita yang telah diperjuangkan turun-temurun sejak entah berapa keturunan.
Sejarah merdeka bukan baru bermula pada pertengahan abad 20. Perjuangan heroik
melawan penjajah sudah bermula seawal abad ke-16M dengan perang
Melaka-Portugis. Sejak itulah darah dan air mata perjuangan tidak pernah
berhenti mengalir. Tidak siapa berdaya menaksir berapa kawah darah yang tumpah
dan berapa telaga air mata derita yang mengalir demi mempertahankan atau
mendapatkan kemerdekaan. Harga kemerdekaan memang mahal tak ternilai, dan
kerana itu harus dihargai secara yang benar-benar bermakna. Bagi umat beragama
kemerdekaan adalah nikmat kurnia Tuhan lang wajib disyukuri dengan cara yang
diredhai dan disenangi Penganugerahnya. Mensyukuri nikmat sebagaimana yang
diajar oleh agama ialah menggunakannva dengan cara yang benar, dan tidak
menyalahgunakannya. Dalam konteks nikmat kemerdekaan ia harus disyukuri dengan
membina kehidupan yang menepati erti kemerdekaan semurni dan setulennya. Mudah-mudahan
roh para pejuang yang gugur, bahagia dalam peristirehatan apabila pengorbanan
dan perjuangan mereka menghasilkan umat merdeka yang benar-benar merdeka.
Dengan semangat syukur nikmat sempena berlalunya setengah abad kemerdekaan,
kita bermuhasabah, menilai diri, sudah sejauh mana kehidupan kita sebagai
bangsa telah menepati makna merdeka.<o:p></o:p>
dan Makna Merdeka<o:p></o:p>
pembebasan. Mesej liberatif-emansipatif agama Ilahi ini jelas terungkap dalam
misi utamanya ikhraju ‘n-nasi mina ‘z-zulumat
ila ‘nur. Dengan kata lain, risalah Islamiah dapat dirumuskan sebagai misi pembebasan
dan pencerahan (tahririy-tanwiriy). Kerana
itu kehadiran Islam dan gerakan pendakwahannya di mana-mana selalu dirasakan
sebagai a liberating and enlightening
force. Demikianlah citra agama ini di mata kaum peribumi rantau Melayu ketika
berlakunya transformasi kemanusiaan dan revolusi kebudayaan dalam gerakan pengislaman
yang memesat pada abad ke-13-16M. Ternyata pembebasan dalam konteks misi keislaman mencakupi bidang
yang cukup luas, meliputi pembebasan daripada segala bentuk pembelengguan
termasuk kemerdekaan daripada penjajahan. Memang al-zulumat adalah kata yang jami’
dan inklusif meliputi segala rupa bencana kemanusiaan: kesesatan, kebingungan,
kejahilan, kebodohan, kebekuan, kemunduran, kebejatan, kegilaan, kezaliman,
kecurangan dan lain-lain sejenisnya. Umat Islam harus dibebaskan dan
dimerdekakan daripada segala bencana tersebut. Pembebasan (tahrir) dalam konteks misi pengislaman selamanya tidak terpisah
daripada pencerahan (tanwir). Apalah
erti bebas daripada suatu kegelapan, jika kemudiannya dijerumuskan ke dalam
kegelapan yang lain.
transformasi pengislaman dengan deklarasi kemerdekaan diri menerusi lafaz
kesaksian syahadat ketauhidan la ilaha
illallah yang membawa implikasi ketidakrelaan tunduk mengabdi kepada siapa
pun dan apa pun selain Tuhan Yang Maha Esa. Sebagaimana yang diungkapkan oleh
al-Shaykh Muhammad al-Ghazaliy bahawa kalimat tauhid itu membawa implikasi
penafian terhadap segala bentuk keberhalaan. penolakan terhadap segala jenis
pengabdian di bumi dan penegasan terhadap hak kebebasan (Muhammad Al-Ghazali,
2000:36). Justeru, manusia mukmin adalah manusia berjiwa merdeka yang sedar
dengan ketinggian martabat keinsanannya, setia memelihara pesan, Innahu laysa li al-mu’min an yudhilla nafsah
(Sungguh, tidak seharusnya seorang mukmin menghina dirinya sendiri). Semangat
kemerdekaan tahririy-taghyiri-tanwiriy
itulah yang tampaknya ditangkap dengan tepat oleh Za'aba ketika merumuskan
makna merdeka sebagai perubahan, “... daripada kepercayaan bodoh yang
melemahkan akal dan ikhtiar kepada kepercayaan yang cerdik yang membebaskan
fikiran; daripada ajaran yang mematikan hati kepada ajaran yang menyuburkan
dia; daripada I’tiqad-I’tiqad yang serong dan terpesong kepada I’tiqad yang
subur dan merdeka: daripada kezaliman pemerintahan berdasarkan hawa nafsu
kepada kesalehan; dan daripada fikiran-fikiran yang menahankan dan menyekat kemajuan
kepada fikiran yang membebaskan kemajuan dan menggalakkan kemaraan yang
baik-baik dan mulia.” <o:p></o:p>
daripada kemanusiaan itu sendiri, sesuai dengan kurnia takrim dari Yang Maha Pencipta untuk makhluk jenis manusia seluruhnya.
Kemuliaan yang diperoleh langsung dari Tuhan itu bukan deklarasi kosong, tetapi
sarat dengan erti dan implikasi: kemerdekaan, kebebasaan, persamaan dan
sejumlah hak serta keperluan asasi lainnya: yang tanpanya manusia kehilangan kemanusiaannya.
Kerana itu manusia yang sedar dengan ketinggian martabat, maruah dan harga diri
insan sebagai makhluk mulia memiliki kepekaan yang cukup tinggi terhadap apa
jua gejala penghinaan terhadap manusia, baik dirinya sendiri atau manusia lain.
Manusia yang berasa mempunyai maruah keinsanan tidak akan rela<o:p></o:p>
dibelenggu dan apa sahaja perlakuan yang meremehkan kemanusiaannya. Ternyata
kemerdekaan terkait erat dengan maruah. Bagi manusia merdeka, maruah adalah
milik termahal yang sentiasa dijaga dan dipelihara dengan penuh rasa cemburu.
Kerana itu pula manusia merdeka tidak dapat menerima kehidupan yang tidak
bermaruah, kehidupan yang tidak bermoral, kehidupan yang cemar dengan amalan
keji dan jijik seperti rasuah, penyalahgunaan kuasa, penipuan, pemerasan,
kepura-puraan, ampu bodek dan lain-lain sejenisnya. Lain halnya dengan hamba
abdi yang diperlakukan bagaimana sekalipun – dihina, dibelenggu dan dimalukan,
mereka tidak berasa malu dan tidak berasa kehilangan maruah kerana memang
mereka tidak memiliki maruah.<o:p></o:p>
adalah manusia yang sedar dan peka dengan ‘izzat
al-nafs atau maruah, harga diri dan kemuliaan martabat keinsanannya. Kesedaran
dan kepekaan itulah yang memberinya rasa malu dan tahu malu. Rasa malu terkait
dengan dignity seperti itulah yang
dijelaskan oleh Syed Hussein Alatas.<o:p></o:p>
is meant here by the sense of shame is not shame associated with private and
individual relations but a shame associated with the collectivity, with the
conditions of one's fellow men. It is directed at elements threatening human welfare
and dignity. ‘lt is undignified to have a dirty surrounding. It is undignified to live in a
disorderly and haphazard manner. It is undignified to be subjected to petty
corruption and rude treatment. It is undignified to be cheated of your rights. It
is undignified to be governed by men with criminal minds, men who spend most of
their time plotting to cheat and plunder the state.’<o:p></o:p>
1999: 113-114).<o:p></o:p>
2007 memuatkan tulisan Melinda Liu berjudul Politics
of shame pada halaman utama Periscope.
Makalah pendek tersebut mengulas hukuman mati yang dijatuhkan ke atas Zheng
Xiaoyu, bekas ketua sebuah agensi kerajaan China, SFDA (State Food and Drug Administration), atas kesalahan meluluskan
ubat-ubatan yang tidak diuji (untested) sehingga mengakibatkan kematian tidak
kurang 10 orang. Kelulusan tersebut diberikan dengan bayaran (rasuah) $850,000.
Kesalahan sedemikian membawa hukuman mati kerana kesan buruknya yang memalukan
agensi berkenaan. Seperti yang dinyatakan oleh jurucakap pihak berkuasa
Beijing, “Zheng has brought “shame” to
his agency.” Mengenai kepentingan malu dalam masyarakat dan budaya Cina,
makalah tersebut menyatakan, “Shame has always
been a powerful force in China. Rooted in Confucian ethics, it often drives Chinese
leaders to dispense tougher justice than is meted out for less-embarrassing crimes”
Begitu tingginya tahap “tahu malu”" di kalangan mereka sehingga apabila seseorang
disoal-siasat atas dugaan rasuah, cukup untuk menyebabkannya membunuh diri
seperti yang dilakukan oleh seorang bekas ketua polis pada bulan Jun lalu. (NEWSWEEK,
23 Julai 2O07: 4).<o:p></o:p>
teras dalam ajaran moraliti Islam, dan lebih daripada itu ia adalah manifestasi
iman. Hadith dari Imam Malik menyebut, “setiap agama memiliki akhlaq, dan
akhlaq Islam adalah malu" (likulli
din khuluq, wa khuluq al-Islam al-haya”). Dalam Hadith lain disebut pula “malu
adalah sebahagian daripada iman” (al-haya’min
al-iman). Sifat malu yang tumbuh dari iman itu adalah sebahagian daripada
disiplin dalaman yang dapat mengawal perilaku seseorang. <o:p></o:p>
martabat kemuliaan insan, ...dan sesungguhnya Kami memuliakan ana-anak
Adam, bererti semua manusia sama mulianya, sama martabat keinsanannya,
sama hak-hak kemanusiaannya, sama merdekanya dan sama bebasnya. Dari takrim
ketuhanan itulah lahirnya dua prinsip utama yang sangat erat hubungannya:
prinsip kebebasan (kemerdekaan) dan prinsip persamaan kemanusiaan. Seseorang
itu tidak dapat dikatakan merdeka jika ia tidak mendapat pelayanan sebaik yang
diterima oleh orang lain. Bagaimana mungkin kita dapat mengatakan seseorang itu
merdeka andainya masih terbelenggu dalam sistem dan budaya hidup
berkasta-kasta, masih mengamalkan feudalisme - baik feudalisme lama atau
feudalisme baru, masih ada kelas atasan yang diistimewakan dan kelas bawahan yang
didiskriminasikan. Merdekakah “orang kecil” seperti yang diperikan oleh seorang
kiyai budayawan Indornesia, K.H.A. Mustofa Bisri dalam puisinya “ORANG KECIL
ORANG BESAR”.<o:p></o:p>
ikhlas diperas<o:p></o:p>
ditikam<o:p></o:p>
dikentes<o:p></o:p>
dibedil.<o:p></o:p>
hidup dipersoalkan<o:p></o:p>
dipersoalkan<o:p></o:p>
jadilah orang besar<o:p></o:p>
besar.<o:p></o:p>
jujur-tak jujur makmur<o:p></o:p>
dibenarkan<o:p></o:p>
dibiarkan.<o:p></o:p>
boleh bicara semaunya<o:p></o:p>
paling jauh dibicarakan saja.<o:p></o:p>
jujur dibilang tolol<o:p></o:p>
tolol dibilang jujur<o:p></o:p>
berani dikata kurangajar<o:p></o:p>
kurangajar dikata berani<o:p></o:p>
mempertahankan hak<o:p></o:p>
onar<o:p></o:p>
merampas hak<o:p></o:p>
pendekar.<o:p></o:p>
ditegakkan oleh Rasulullah s.’a.w. sebagaimana yang terakam dalam sunnahnya -
sabda dan amal nyata. Pada zamannya para penguasa rata-rata membina citra diri
mereka sebagai maharaja keturunan dewa berasal dari dunia indera. Motif penciptaan
imej yang menggerunkan seperti itu ialah untuk menjadikan rakyat jelata berasa
kerdil dan hina diri. Pada suatu ketika seorang a'rabiy dibawa mengadap Nabi (s.’a,w.).
Akibat terbiasa membayangkan imej para penguasa seperti di atas, a'rabiy
tersebut kelihatan terketar-ketar ketakutan. Junjungan s.’a.w. yang cukup mengerti
kenapa keadaannya menjadi seperti itu segera menenangkannya dengan berkata. “Bertenanglah, saya bukan maharaja, saya
adalah anak seorang wanita Quraysh yang biasa makan daging kering”. Cara
pengenalan diri seperti itu mengesankan sikap tawadhu'nya kepada Allah dan
sekaligus rasa kedekatannya dengan umat. Junjungan s.’a.w menisbahkan dirinya
kepada ibunya yang bercitra wanita rakyat biasa, tidak kepada datuk-datuknya
yang bangsawan dan pembesar Quraysh. Demikianlah cara pengenalan diri yang
mengesankan persamaan kemanusiaan.<o:p></o:p>
mesej yang sama, termasuk kejadian tertangkapnya seorang wanita yang melakukan
kesalahan mencuri. Kabilah wanita tersebut cuba melobi al-Rasul s.’a.w. agar
membebaskannya daripada hukuman dengan alasan wanita tersebut termasuk golongan
bangsawan dalam kabilahnya. Peristiwa itulah yang melatari sabda Junjungan s.’a.w.
yang mencerminkan ketegasan dalam penegakan prinsip persamaan kemanusiaan, ”Sesungguhnya telah hancur umat sebelum kamu
(akibat amalan diskriminatif) apabila orang besar mencuri mereka biarkan, tetapi
apabila orang kecil mencuri mereka hukum. Demi Allah, andainya (anakku) Fatimah
binti Muhammad itu mencuri, nescaya aku potong tangannya”. Komitmen terhadap
prinsip persamaan kemanusiaan diteruskan oleh para khalifah penggantinya seperti
yang dilakukan oleh Khalifah Kedua, Amir al-Mu’minin
‘Umar ibn al-Khattab r.’a. terhadap anak Governor Mesir (‘Amr ibn al-‘as) yang
memukul seorang Qibtiy semata-mata kerana ia (Qibtiy) telah memotongnya dalam
satu perlumbaan. Khalifah telah menjatuhkan hukuman qisas ke atas anak Governor tersebut. Ketika pihak yang bersalah menprotes
atas alasan ketidaksamaraan taraf , ‘Umar al-Khattab menjawabnya dengan nada yang
cukul tegas, “Sejak bila kalian
memperhambakan manusia, walhal semua mereka telah dilahirkan oleh ibu-ibyu
mereka sebagai anak-anak merdeka!”. Peristiwa lain yang juga banyak dirujuk
dalam isu persamaan kemanusian ialah hukuman qisas yang dijatuhkan oleh ‘Umar
ibn al-Khattab keatas Jabalah ibn al-Ayham. Raja Ghassan itu didapati bersalah kerana
memukul seseorang (orang awam) yang secara tidak sengaja terpijak pakaiannya.
Jabalah juga membantah hukuman qisas, undang-undang yang menyamakan raja dengan
jelata. Sebagai raja yang berasa darahnya lebih istimewa, beliau tidak mahu
disamakan dengan rakyat biasa. Bantahan itulah
yang dijawab oleh ‘Umar (r.’a.) dengan satu lagi ungkapan yang cukup
mengesankan, “Tetapi Islam telah menyamakan
kamu berdua.” Demikianlah, kemerdekaan yang benar-benar bererti bagi orang
kecil ialah apabila hak-haknya sebagai manusia mulia dihormati, sama seperti
orang lain. Tetapi andainva masih berlaku amalan penghakiman diskriminatif,
pendakwaan berpilih-pilih atau seumpamanya, bererti rakyat belum memperoleh
kemerdekaannya.<o:p></o:p>
daripada keinsanan. Tetapi ia bukanlah kemerdekaan yang bererti kebebasan
anarkis. Kebebasan dalam Islam selamanya terkendali dalam bimbingan
prinsip-prinsip hukum dan nilai-nilai akhlak. Kerana itu sebagaimana yang
disebut oleh al-Sakhawiy, “Islam memberikan kebebasan kepada manusia, dan
sekaligus mengawalnya: dengan nilai akhlak agar tidak terlajak, dengan keadilan
agar tidak menjadi pelaku kezaliman. dengan kebenaran agar terhindar dari tarikan
nafsu kebatilan, dengan kebaikan dan pengorbanan agar tidak bersikap egois annaniyah
kesombongan, ...” (al-Zuhaykiy, 2000:41).<o:p></o:p>
IlmuwanRakyathttp://www.blogger.com/profile/03991947879374428123noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-3966062355556498555.post-55122082350878184822012-08-14T11:06:00.000+08:002012-10-17T10:06:20.678+08:00Ulasan Buku
Yusuf al-Qaradhawi Dan Kebangkitan Rakyat
Oleh: Amidi Abd Manan, Presiden ABIM
Membaca buku Sheikh Dr Yusof al-Qaradhawi yang baru diterjemahkan serta diterbitkan baru-baru ini, menggamit kenangan ketika memimpin Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia dahulu. Peristiwa berlaku sekitar tahun 1996, sebagai pemangku presiden, saya mewakili PKPIM, berbuka puasa dalam satu majlis yang dianjurkan oleh Kementerian Belia dan Sukan yang ketika itu Menterinya adalah Tan Sri Muhyidin Yasin.
Ketika dalam majlis berkenaan, Sheikh Yusof al-Qaradhawi telah ditanyakan mengenai jurang generasi (generation gap), antara yang muda dan yang tua dalam sebuah gerakan Islam. Beliau menjawab kedua-dua generasi ini amat penting dalam memastikan kejayaan sebuah perjuangan. Beliau mengungkapkan "hamasatu al-syabab wa hikmatu al-syuyukh" amat diperlukan dalam satu formula perjuangan yang ideal. Ia adalah gabungan yang diperlukan bagi menghasilkan kejayaan yang dinanti ummah.
Dalam buku yang menghimpunkan ucapan, pandangan, fatwa dan nasihat serta kata-kata dorongan, teradun di dalamnya perkara yang telah disebutkan 16 tahun dahulu. Dalam mukadimah buku ini dicatatkan:
"Pada hari Jumaat 11 Febuari - ketika orang ramai berasa putus asa setelah mendengar ucapan Mubarak - ketika itu kami melihat dan mendengar khutbah tuan (Sheikh Yusof al-Qardhawi), di skrin layar yang dipasang di dataran, tuan bersumpah bahawa revolusi ini pasti berjaya, berlandaskan firman Allah :
"Bahawa sesungguhnya merekalah orang-orang yang diberikan pertolongan mencapai kemenangan. Dan bahawasanya tentera Kami (pengikut-pengikut Rasul), merekalah orang-orang yang mengalahkan (golongan yang menentang kebenaran)"
Ucapan ini telah menusuk ke jiwa kami bahawa revolusi ini pasti berjaya."
Ucapan yang dimaksudkan dalam petikan ini adalah khutbah Jumaat pada minggu tersebut yang disampaikan dari Qatar, yang dikenali sebagai "Khutbah al- Qasm" (sumpah). Dengan takdir Allah jua Hosni Mubarak telah mengumumkan perletakan jawatan sebagai Presiden Mesir pada petang hari yang sama, sedangkan beliau telah menegaskan untuk terus mempertahankan kedudukannya dan menentang segala usaha menjatuhkan beliau di sebelah paginya.
Dalam ucapan mahupun wawancara menerusi al-Jazeera, Sheikh Yusof al-Qaradhawi sentiasa mengingatkan beberapa perkara iaitu:
Kesahihan perjuangan pemuda-pemuda di dataran Tahrir
Pemeliharaan akhlak dan ketertiban para demonstrator.
Memohon sokongan dari seluruh pelosok rakyat Mesir agar bersama-sama dengan golongan pemuda ini.
Mengingatkan tentera terhadap tanggungjawab mereka menjaga keselamatan rakyat dan mendengar segala tuntutan rakyat.
Mengutuk polis atas tindakan menembak sehingga mati ratusan demonstrator
Beliau juga sekaligus menjawab beberapa persoalan yang timbul ekoran demonstrasi besar-besaran rakyat Mesir. Antaranya hukum berdemonstrasi, gelaran khawarij yang ditujukan kepada demonstran, penjelasan mengenai persoalan khuruj (memberontak menjatuhkan pemerintah Islam), dan sikap yang perlu diambil oleh para ulama khususnya ulama Mesir terhadap kebangkitan rakyat ini.
Ini sekaligus membuka kefahaman kepada kita akan pendekatan yang dianjurkan Islam dalam menentang kemungkaran yang dilakukan oleh seorang pemimpin seperti Hosni Mubarak. Sheikh Yusof al-Qaradhawi telah memberikan bimbingan secara langsung kepada masyarakat mengenai asas penentangan, kaedah muzaharah (penzahiran rasa/ demonstrasi) serta kecermatan dalam menggunakan kaedah usul fiqh tertentu.
Penglibatan Sheikh Yusof al-Qaradhawi dalam kebangkitan rakyat Mesir ini tidak bersendirian. Lain-lain anggota keluarganya turut terlibat seperti anaknya Abdul Rahman, yang mendapat jolokan "Penyair Revolusi". Tidak ketinggalan menantu beliau Dr. Hisyam Marsi yang telah ditahan oleh pihak berkuasa Mesir.
Ia menggambarkan kehidupan beliau yang bukan sahaja sebagai ulama menara gading tetapi turun ke gelanggang merasai setiap denyut nadi dan penderitaan umat. Beliau tidak teragak-agak memberikan sepenuh sokongan kepada golongan muda yang mengemudi kebangkitan rakyat ini. Beliau turut menerima amaran dari sahabat beliau yang melihat kelantangan yang ditunjukkan, boleh menggugat kedudukan dan keselamatan beliau.
Amaran tersebut dijawab dengan pernyataan:
"Apa yang sentiasa kami pohonkan pada Allah ialah supaya diakhirkan umur kami dengan shahadah yang tulen, berada dijalan-Nya, semoga diampunkan dosa-dosa yang lalu, dihapuskan segala keburukan, dan disempurnakan hidup kami bersama golongan abrar."
Buku ini merupakan satu dokumen sejarah penglibatan ulama dalam satu babak kebangkitan umat. Sheikh Yusof al-Qaradhawi menginginkan bahawa kebangkitan ini dicatat dengan sejujurnya bagi mengekang interpretasi liar musuh Islam yang sekian lama cuba menyisihkan peranan ulama dalam mana-mana perjuangan rakyat.
Tidak terkecuali catatan sejarah penentangan penjajah Inggeris di negara kita yang mempertontonkan watak-watak ulama seperti Abdul Rahman Limbong dan Tok Janggut sebagai pemberontak yang tidak perlu mendapat simpati rakyat.
Semoga kebangkitan rakyat di Mesir disoroti serta difahami menerusi pendekatan yang sewajarnya, memandangkan ia bukanlah kebangkitan yang datang entah dari mana, tanpa sebarang pengarahan, hanya dimulakan oleh cetusan di media sosial. Ia adalah sebuah kebangkitan pemuda yang menyedari tentang kemuliaan dan kebebasan insan dengan didorongi oleh panduan yang diberikan oleh ulama tersohor dunia.
Bahagian kedua buku ini memuatkan pandangan dan ulasan beberapa orang penulis, ulama dan pemikir sosial di rantau Arab mengenai keterlibatan Yusof al-Qaradhawi dalam kebangkitan rakyat ini. Semoga buku ini memberikan manfaat kepada semua pembaca yang mahu menilainya secara jujur dan ikhlas.
IlmuwanRakyathttp://www.blogger.com/profile/03991947879374428123noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-3966062355556498555.post-32416654617921266022012-08-02T12:09:00.002+08:002012-10-17T10:06:47.115+08:00Tazkirah Ramadhan
KEKUATAN TRANSFORMATIF
SEBUAH KITAB SUCI
Ramadhan dengan segala kelainan dan kepelbagaian amal
intensifnya telah mencetuskan suatu momentum perubahan. Momentum ini seharusnya
dimanfaatkan untuk merealisasikan self-improvement
yang berterusan. Untuk itu kita memerlukan kekuatan motivasi yang berkelanjutan.
Andainya memang itu yang kita cari, satu-satunya sumber pencetus perubahan
bertenaga mukjizat, tidak lain adalah Kitabu
'Llah. Sebagai mukjizat agung al-Qu'ran memang cukup menakjubkan.
Kemukjizatannya meliputi pelbagai dimensi termasuk dimensi saintifik,
kebahasaan dan kesasteraan. Tetapi yang lebih penting daripada semuanya ialah kekuatan
daya rubahnya, kekuatan transformatif atau qudrah
taghyiriyyahnya. Khalayak pembaca yang serius akan terkesan dengan
ayat-ayatnya dan seterusnya mengalami perubahan yang mendasar pada dirinya, dan
dari segala seginya - worldviewnya,
sistem nilainya, pemikirannya dan seluruh watak serta perilakunya. Jelmaan
paling sempurna transformasi Qur'ani adalah Nabi s.'a.w. sendiri, Muhammad
penyandang gelar al-Amin yang mendapat
pengiktirafan dari langit sebagai berperibadi khuluqin 'azim (pekerti agung), peribadi terjemahan nilai-nilai
Qur'ani (kana khuluquhu ‘l-Qur’an).
Kekuatan impak dan daya rubah al-Qur'an diberikan pemerian secara simbolik
dalam surah al-Hashr:21. <o:p></o:p>
Sekiranya Kami turunkan al-Qur’an kepada sebuah gunung. Pasti kamu akan
melihatnya terpecah belah disebabkan takut kepada Allah. Dan perumpamaan itu
Kami buat untuk manusia agar mereka berfikir.<o:p></o:p>
Memang matlamat al-Qur'an adalah untuk menciptakan
perubahan dalam erti transformasi kemanusiaan dan anjakan besar-besaran - radical departure dari kegelapan kepada kecerahan.
Transformasi Qur'ani yang paling fenomenal dalam sejarah adalah generasi
sahabiy yang disebut oleh Sayyid Qutb sebagai al-jil al-Qur'aniyyy al-farid atau generasi Qur'ani yang unik itu.
Memang keunikannya cukup menyerlah: sejumlah tokoh kelas dunia muncul dalam jumlah
yang ramai, pada satu masa, di satu tempat. Sebagai generasi era penurunan
wahyu yang berinteraksi dengan al-Qur'an secara intensif, mereka adalah jelmaan
langsung proses transformasi Qur'ani. 'Umar ibn al-Khattab r.'a. dapat ditunjuk
sebagai manusia yang mengalami transformasi diri secara radikal dan semerta
sebaik sahaja mendengar dan membaca ayat-ayat al-Qur'an (surah Taha). Demikianlah,
beberapa ayat sahaja cukup untuk merubah pendirian seorang yang terkenal dengan
sifat kerasnya. Peristiwa pengislaman 'Umar ibn al-Khattab seolah-olah membawa
pesan bahawa manusia mana pun, sekeras mana pun, dan serosak mana pun, tidak
ada yang tidak dapat dirubah oleh al-Qur'an. Demikian juga keadaan seperti apa
pun, biar seburuk mana pun, dan separah mana pun, tidak ada yang tidak dapat
dirubah oleh al-Qur'an. Tenaga transformatif al-Qur'an telah menciptakan "'Umar
baru" yang secara dramatik mengubah sikap beriman dengan Allah dan
Rasul-Nya, melafazkan kalimat kesaksian shahadatayn
dengan segala implikasinya -- memeluk Islam secara kaffah. Ia adalah keputusan paling besar dalam hidupnya, keputusan
penentu untung nasib masa depannya sebagai manusia. Dalam tempoh sedemikian singkat,
al-Qur'an telah memberikannya keyakinan dan keberanian membuat keputusan
sebesar dan sepenting itu.<o:p></o:p>
Al-Qur'an dengan kekuatan transformatifnya yang
sedemikan itu disebut juga dengan kata ruh
(jiwa/roh) dan nur (cahaya) seperti
yang dapat ditemukanpada ayat 52 surah al-shura,<o:p></o:p>
Dan demikianlah Kami wahyukan kepadamu (wahai Muhammad) - al-Qur'an -
sebagai roh (yang menghidupkan hati) dengan perintah Kami; engkau tidak pernah
mengetahui (sebelum diwahyukan kepadamu): apakah Kitab (al-Qur'an) itu dan tidak
juga mengetahui apakah iman itu; akan tetapi Kami jadikan al-Qur'an: cahaya
yang menerangi; Kami beri petunjuk dengannya sesiapa yang Kami kehendaki di
antara hamba-hamba Kami. Dan sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) adalah memberi
petunjuk dengan al-Qur'an itu ke jalan yang lurus.<o:p></o:p>
Al-Shura:52<o:p></o:p>
Dengan menyebutnya sebagai ruh, al-Qur'an adalah bagaikan roh yang menyerap lalu menghidupkan
hati yang tadinya mati, tidak responsif kepada rangsangan kebenaran dan kemakrufan,
tidak reaktif terhadap gangguan kebatilan dan kemungkaran. Kata roh selalu
terkait dengan fungsi menghidupkan. Justeru, al-Qur'anlah yang menjadikan hidup
ini bererti dan bernilai. Tanpa al-Qur'an "hidup" manusia adalah
kesia-siaan belaka, kosong melompong dari pangkal hingga ke hujungnya.
Al-Qur'an juga disebut nur, cahaya
yang tembus ke dalam hati, lalu memberikan pencerahan sehingga segalanya tampak
dalam wujud hakikinya, yang benar jelas benarnya, dan yang. batil jelas
batilnya. Demikianlah, apabila seseorang itu telah mengalami pencerahan Qur'ani
ia melihat segala sesuatu dengan hati nurani (hati yang telah menerima pancaran
nur Qur'ani). Suluhan wahyu Ilahi
memungkinkannya melihat dengan sejelas-jelasnya, kerana segala kegelapan dan
kekaburan telah sirna dalam benderang cahaya Qur'ani. Memang al-Qur'an adalah
pembuka babak baru dalam hidup manusia. Nabi s.'a.w. sendiri tidak terkecuali. Sebelum
penurunannya Junjungan pun tidak tahu al-kitab
(al-Qur'an) itu apa, dan al-iman itu apa. Al-Qur'anlah yang melakukan anjakan
dari gelita kejahilan kepada cahaya pengetahuan. Tepat sekali apabila al-Qur'an
disebut juga dengan kata al-Furqan
yang secara harfi bererti pembeza. Dalam realiti sejarahnya, memang al-Qur'an
terbukti sebagai kekuatan pembelah dua zaman: zaman kuno era jahiliah dan zaman
baru era Islam. Sebagai nur,
al-Qur'an adalah kekuatan pencerahan yang mengakhiri zulumat kekarutan dan kecarutan jahiliah, dan memandu ke arah
pembangunan tamadun insani-Islami di bawah suluhan wahyu llahi.<o:p></o:p>
Demikianlah hakikat al-Qur'an itu selamanya, kekuatan
transformatifnya tetap utuh sepanjang zaman. Nasib malang yang menimpa umat
Islam zaman ini bukan kerana al-Qur'an telah kehilangan daya rubah, tetapi
salah umat sendiri yang gagal memanfaatkan tenaga mukjizat kitab suci tersebut.
Apa yang terjadi kepada generasi hari ini adalah seperti yang dikeluhkan oleh al-Shaykh
Muhammad al-Ghazali, “umat silam membaca al-Qur'an lalu terangkat mencapai piawainya,
tetapi kita hari ini membaca al-Qur'an lalu menariknya turun searas dengan kerendahan standard kita”. Dalam kaitan inilah
perlunya pengkisahan tentang bagaimana umat dahulu menanggapi dan menyikapi
al-Qur'an'<o:p></o:p>
Al-Qur,an adalah kalamu
‘LIah, bicara llahi. Sebagai bicara atau percakapan tentunya tidak terlepas
dari tujuan agar ia difahami maksudnya. Demikianlah seharusnya al-Qur'an
dipersepsi dan disikapi, tidak hanya dibaca lafaznya, tetapi lebih penting lagi
harus difahami maksudnya dan dilaksanakan kehendaknya. Kerana itu yang wajib dilakukan tidak hanya tilawah (pembacaan) tetapi juga tadabbur
atau perenungan terhadap makna di balik kata, termasuk semangat yang tersirat. Menangkap
yang tersirat memang cukup penting kerana biasanya yang tersirat jauh lebih
luas daripada yang tersurat. Banyaknya pengulangan kata tadabbur dalam al-Qur’an dapat diertikan sebagai tuntutan
melakukannya. Kerana itu dalam amalan Rasulullah (s.'a.w.) dan para sahabah, al-Qur’an
tidak hanya dibaca sebanyak mungkin, tetapi juga direnung maksudnya sedalam
mungkin. Tetapi ada ketikanya tidak banyak ayat-ayat yang mereka baca, iaitu
apabila mereka merasa amat terkesan dengan sesuatu ayat tertentu, lalu mereka
larut dalam tadabbur berjam-jam
lamanya. Demikianlah-seperti yang terjadi kepada Rasulullah (s.’a.w.) yang semalaman
terpaku pada ayat 118 surah al-Ma’idah,<o:p></o:p>
Jika Engkau menyiksa mereka, maka sesungguhnya mereka adalah hamba hamba-Mu,
dan jika Engkau mengampuni mereka, sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Perkasa, Maha Bijaksana.<o:p></o:p>
Tidak dapat diduga hingga sejauh mana Junjungan dibawa
oleh ayat tersebut. Daya renung seorang nabi tentunya jauh lebih dalam dan
lebih tajam berbanding pembaca awam. Yang pasti Junjungan begitu terkesan dan
terharu dengan .nukilan kata Nabi ‘Isa ‘a.s. yang menyerahkan sepenuhnya kepada
Allah untung nasib umat yang melakukan syirik (mereka-reka faham trinity). Memang cukup mengharukan
betapa sopan dan halusnya bahasa seorang nabi kepada Tuhannya. Bukan tidak tahu bahawa Allah tidak mengampunkan
dosa syirik, tetapi Nabi ‘Isa ‘a.s. tetap rela dengan apa sahaja ketetapan
Tuhan, meskipun andainya Tuhan mengampunkan mereka. Disebalik ungkapan ayat
tersebut tersirat sikap pengabdian, tunduk penuh rela dan pasrah penuh ridha kepada
Allah. Andainya Tuhan menyiksa pelaku kejahatan, itu adalah keadilan-Nya; dan andainya
Tuhan mengampunkannya (meskipun ia
kafir-musyrik), itu adalah kekuasaan dan kebijaksanaan-Nya. Dengan Kekuasaan
dan Keperkasaan-Nya Allah boleh mengazab atau memaaf sesiapa yang
dikehendaki-Nya; dan dengal Kebijaksanaan-Nya Allah dapat bertindak dengan
tepat. Justeru, Tuhan adalah al-Hakim
(Maha Bijaksana), dapat melihat sesuatu yang makhluk tidak mampu melihatnya.
Bagi pembaca awam begitulah kira-kira mafhum ayat tersebut, tetapi bagi seorang
nabi tentu lebih jauh daripada itu kerana daya renung profetis mampu tembus
hingga ke lapisan paling dalam. Demikianlah semalaman entah berapa ratus atau
ribu kali Junjungan S.’a.w. mengulang-ulangi pembacaan ayat tersebut, dan
merenung maksudnya sejauh yang terjangkau. Jelas, Junjungan s.’a.w. sangat
terkesan dengannya.<o:p></o:p>
Proses interaksi dengan al-Qur’an harus bermula dengan
tilawah (pembacaan), diikuti dengan tadabbur (perenungan) dan seterusnya
terhasillah ta’aththur (terkesan).
Dalam pengalaman seseorang pembaca al-Qur’an, ketika melintasi ayat demi ayat,
ada ketikanya ia bertembung dengan ayat yang sungguh touching, memberikan sentuhan yang membekas di hati. Apabila keadaan
seperti itu terjadi, biasanya ia akan mengulangi-ulangi pembacaannya, berusaha
menyelami maksudnya sedalam mungkin, menghayati sentuhannya dan memberikan
sahutan yang sesuai dengan mafhum ayat – do’a, isti’adhah, sujud dan sebagainya.
Dalam kaitan ini terdapat catatan tentang Asma’, r.’a. yang dikunjungi oleh
seseorang ketika beliau kebetulan sedang membaca ayat 27 surah al-Tur,<o:p></o:p>
Maka Allah memberikan kurnia kepada kami dan Memelihara kami dari azab
neraka.<o:p></o:p>
Asma, membaca ayat tersebut berulang-ulang, dan setiap
bacaan diikuti dengan do’a. Tidak pasti berapa lama matanya terpaku pada ayat
tersebut, yang jelas tetamunya berasa kelamaan menunggu sehingga sudahnya
memutuskan untuk pergi ke pasar dahulu dengan cadangan nanti akan kembali
menemui Asma’ setelah selesai urusan di pasar. Seperti yang direncanakan ia
datang semula sekembalinya dari pasar, tetapi ketika itu Asma’ masih lagi
seperti tadi, mengulang-ulangi pembacaan ayat yang sama sambil berdo’a.
Peristiwa tersebut memberikan gambaran betapa terkesannya Asma’ dengan ayat al-Tur yang mengkisahkan tentang percakapan
penghuni syurga, bahawa semasa di dunia, ketika masih bersama keluarga, mereka sangat
takut dengan siksa neraka. Kerana ketakutan di dunia itulah maka Allah
menyelamatkan mereka di akhirat.<o:p></o:p>
Generasi silam yang telah mengalami transformasi Qur’ani
itu membaca al-Qur’an bukan sekadar untuk mencari pahala. Lebih daripada itu
mereka membacanya untuk mendapatkan petunjuk, bagaimana harus bersikap dan bagaimana
harus bertindak dalam segala urusan. Begitulah mererka dididik oleh al-Rasul al-murrabi  (Rasul-pendidik) s.’a.w. yang memang ditampilkan
sebagai “Qur'an hidup". Sikap dan tindakan Junjungan dalam segala aspek
kehidupannya, semuanya terpola dan terbentuk dalam acuan Qur’ani. Dalam keadaan
tegang dan genting bagaimana sekalipun, Nabi s.’a.w. tidak bersikap atau
bertindak emosional, sebaliknya Junjungan tetap dipandu oleh petunjuk al-Qur’an.
Demikianlah seperti yang dapat disaksikan dalam peristiwa ketika Junjungan
diprotes oleh seorang dari kaum Ansar yang tidak berpuas hati dengan cara
Junjungan mengagih-agihkan habuan di kalangan umat. Protes tersebut diucapkan dengan
bahasa yang sangat kasar dan menyakitkan, “Ini bukan pengagihan yang dilakukan
kerana Allah”. Wajah Rasulullah s.’a.w. serta merta memerah, tetapi untuk menyikapi
provokasi seperti itu Junjungan mengambil iktibar dari pengalaman pahit rasul-rasul
terdahulu seperti yang diwahyukan Allah kepadanya. Dengan begitu Junjungan dapat
bertenang dan memperlihatkan sikap sabarnya sambil berkata, “Semoga Allah
merahmati Musa, sesungguhnya ia telah disakiti lebih daripada ini, tetapi ia
tetap sabar!”. Peristiwa itulah yang diisyaratkan dalam surah al-Ahzab:69, <o:p></o:p>
Wahai orang-orangyang beriman! Janganlah kamu menjadi seperti orang-orang
yang menyakiti Musa, maka Allah membersihkannya dari tuduhan-tuduhan yang
mereka lontarkan. Dan dia seorang yang mempunyai kedudukan terhormat di sisi
Allah.<o:p></o:p>
Banyak riwayat yang dikaitkan dengan cara mereka
menyakiti Musa ‘a.s. termasuk memfitnahnya dengan tuduhan zina. Ia adalah
sebahagian daripada konspirasi yang didalangi oleh Qarun. Dikatakan bahawa
Qarun telah mengupah seorang wanita untuk membuat dakwaan bahawa Musa telah
berzina dengannya. Dalam perhimpunan besar Bani Isra’il yang ditaja oleh Qarun,
wanita tersebut dihadirkan untuk membuat pengakuan palsu tersebut. Tetapi Allah
menggerakkan hati wanita tersebut agar berkata benar, tidak mengikut skrip yang
disediakan oleh para konspirator. Dengan demikian Allah membersihkan nama Musa (‘a.s.).
Kiranya dapat dibayangkan betapa sakit dan tertekannya Musa, seorang nabi
dituduh melakukan skandal moral sekeji itu. Entah berapa lama fitnah yang
menyakitkan itu berlarutan sebelum wanita tersebut membuat pengakuan apa yang
sebenarnya terjadi. Kisah kesabaran Musa ‘a.s. menjalani ujian getir seperti
itu memang seharusnya menyuntikkan semangat ketahanan dalam menghadapi sebarang
provokasi dan fitnah. Kesabaran dan ketenangan dalam suasana sedemikian adalah kekuatan
yang tak tergantikan.<o:p></o:p>
Al-Qur’an benar-benar diangkat sebagai kitab petunjuk
yang sentiasa dirujuk ketika hendak memutuskan sesuatu pendirian atau tindakan.
Abu Talhah r.’a. adalah nama salah seorang sahabiy yang meninggalkan kisah
menarik tentang sikap komited terhadap al-Qur’an. Pada satu ketika, apabila
pemerintah mengisytiharkan kerahan tenaga umat berjihad di medan tempur, beliau
membaca ayat 4l surah al-Tawbah: Berangkatlah
kamu baik dengan rasa ringan mahupun dengan rasa besar, dan berjihadlah dengan
harta dan jiwamu di jalan Allah, yang demikian ita adalah lebih baik bagimu
jika kamu mengetahui. Selepas merenung ayat tersebut kata demi kata,
beliau memanggil anak-anaknya berhimpun lalu mengatakan bahawa lewat ayat tersebut
Tuhan memerintahkan semua orang tua dan muda agar bangkit berjihad. Abu Talhah
seterusnya meminta anak-anaknya segera menyiapkan segala keperluan untuknya
kerana beliau akan menyertai keberangkatan para mujahidin ke medan perang. Tetapi
anak-anaknva cuba menahan ayah mereka (yang sudah berusia lanjut itu) daripada
ikut berangkat, “Semoga Allah merahmati ayah, ayah telah mula berjuang
(berperang) bersama Rasulullah s.'a.w. hingga Junjungan wafat, kemudian ayah
berjuang pula bersama Abu Bakr r.’a. hingga beliau wafat, dan seterusnya ayah
berjuang lagi bersama ‘Umar (r.’a) hingga hingga ke akhir hayatnya.. Cukuplah,
kali ini biar kami yang berperang menggantikan ayah”. Tetapi si ayah tetap
berkeras (kerana ayat al-tawbah yang
dibacanya itu tidak memgecualikan sesiapa, termasuk orang tua). Tanpa
bertangguh-tangguh lagi beliau bergegas bersama-sama menaiki kapal yang sudah
disiapkan untuk memberangkatkan para mujahidin. Takdir menentukan ajalnya
sampai ketika dalam pelayaran menuju medan jihad. Tetapi jenazahnya tidak dapat
dikebumikan segera kerana kapal sudah berada jauh di tengah lautan. Hanya
setelah sembilan hari baru ditemukan sebuah pulau. Di sanalah ia dikebumikan.
Ada suatu keajaiban pada jenazah manusia Qur’anik ini. Setelah sembilan hari
menjadi mayat, tubuhnya tetap utuh tidak berubah (tidak reput atau membusuk).
Demikianlah Tuhan memuliakan manusia Qur’ani yang berfikir dan bertindak secara
al-Qur’an.<o:p></o:p>
Bagi generasi silam, al-Qur’an adalah rujukan menilai
diri. Dengan gayanya yang tersendiri al-Qur’an memberikan semacam check-list yang memungkinkan seseorang
menjadi tahu diri. Al-Ahnaf ibn Qays (seorang dari golongan tabi'in) tersentak
saat membaca ayat l0 surah al-anbiya’
yang menyatakan bahawa kita semua disebut dalam al-Qur'an (fihi dhikrukum), dengan pengertian bahawa di dalamnya disebut sifat
dan ciri pelbagai golongan di kalangan manusia. Siapa yang tidak ingin tahu
bagaimana dirinya disebut dalam al-Qur’an? Dernikianlah kalimat Qur’ani fihi dhikrukum (di dalamnya ada pemerian
tentang kamu) telah menggerakkan al-Ahnaf ibn Qays mencari dirinya dalam al-Qur’an,
dari surah ke surah, dari ayat ke ayat. Ketika bertembung dengan ayat 145 surah
al-Nisa’ “Sungguh, orang-orang munafiq itu
(ditempatkan) pada tingkat paling bawah dari neraka. …”, spontan ia
berkata, “Itu bukan aku! Aku tidak termasuk ke dalam golongan itu”. Setelah itu
di lanjutkan lagi perjalanannya mencari diri hingga bertembung pula dengan ayat
2 surah al-Anfal, “Sesungguhnya
orang-orang yang beriman adalah mereka yang apabila disebut nama Allah gementar
hatinya dan apabila dibacakan ayat-ayat-Nya kepada mereka, bertambah (kuat) imannya
dan hanya kepada Tuhan mereka bertawakkal”. Ia terpegun menatap
kalimat-kalimat tersebut, dan kemudiannya dengan rasa sedih dan kesal berkata, “Itu
juga bukan aku! Aku tidak termasuk kumpulan itu”. Pencariannya diteruskan lagi
hingga bertembung pula dengan ayat 102 surah al-Tawbah, “Dan (ada pula) orang lain yang mengakui
dosa-dosa mereka, mereka mencampuradakkan pekerjaan yang baik dengan pekerjaan lain
yang buruk. Mudah-mudahan Allah menerimu taubat mereka. Sesungguhnya Allah Maha
Pengampun, Maha Penyayang”. Seperti sebelumnya, matanya terpaku pada
ayat tersebut. Di amat-amatinya kata demi kata. Kali ini al-Ahnaf yakin, ia
telah menemukan dirinya pada ayat tersebut. “Tidak salah lagi, akulah itu! Aku
tergolong dalam kelompok itu”. Demikianlah, generasi silam membaca al-Qur’an
untuk melihat dan menilai diri, tidak seperti kebanyakan umat sekarang yang
hanya nampak orang lain ketika membaca al-Qur’an, dan seterusnya menggunakan
ayat-ayat Tuhan untuk menjustifikasikan keinginan dan kepentingannya.<o:p></o:p>
Andainya kita serius ketika melafazkan kata-kata
perubahan, reformasi, transformasi dan lain-lain yang seerti, maka ia harus
disemangati oleh al-Qur’an, mukjizat perubahan yang telah teruji. Ia harus
bermula dengan gerakan massal kembali kepada al-Qur’an dengan pengertian membaca,
memahami dan menghayatinya. Tanpa pendasaran pada al-Qur’an kata perubahan tidak
akan lebih daripada sekadar satu lagi slogan yang akan segera terpelanting
diasak slogan baru yang akan dicipta. Perubahan dalam erti yang setulennya
harus bermula dengan pemasyarakatan gaya hidup Qur’ani. Masyarakat yang
ketagihan hiburan pesta-pestaan harus dibawa kembali mempelajari al-Qur’an,
memahami dan menikmatinya. Andainya kita jujur ingin mengecap nikmat al-Qur’an,
harus ada kesanggupan dan kesungguhan memberikan tumpuan pada al-Qur’an.
Sebanyak mana perhatian yang kita berikan kepada al-Qur’an, sebanyak itulah
pula al-Qur’an akan memberi kepada kita. Entah bencana apa yang akan menimpa,
andainya umat ini dibiarkan menyikapi ayat-ayat al-Qur’an bagaikan kata-kata mantera
yang tidak difahami ertinya, tetapi ditakuti tulah dan kesaktiannya.<o:p></o:p>
‘rhamna bi ‘l-Qur’an, wa ‘j’alhu lana imama ‘wa nura ‘wa huda ‘wa rahmah.<o:p></o:p>
dhakkirna minhu ma nasina, wa ‘allimna minhu ma jahilna wa ‘rzuqna tilawatahu<o:p></o:p>
wa atrafa ‘n-nahari wa ‘j’alhu lana hujjata ‘ya Rabba ‘l-‘alamin.<o:p></o:p>
IlmuwanRakyathttp://www.blogger.com/profile/03991947879374428123noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-3966062355556498555.post-73583496222800213292012-07-20T11:19:00.004+08:002012-10-17T10:07:14.560+08:00Mujahadah Ramadhan
sejenis pengalaman rohaniah yang unik dan istimewa. Kita semacam dalam
keasyikan menjalani pelbagai amal yang disebut ihya' Ramadhan, sehingga peralihan waktu dari hari ke hari terasa
begitu cepat. Andainya Ramadhan itu suatu deraan, tentu perjalanan waktunya terasa
lambat dan panjang. Mungkin itulah yang namanya kelazatan ibadah atau ladhdhatu 'l-`ibadah. Mudah-mudahan kita
dapat menikmati tahap kelazatan yang setinggi-tingginya.<o:p></o:p>
motivasi dari pedalaman hati nurani untuk melakukan self-improvement, meningkatkan kualiti diri menerusi penghayatan
nilai-nilai unggul yang terumus dalam istilah inklusif taqwa. Memang sudah selayaknya bulan ini disebut madrasatu Ramadan, persekolahan Ramadhan
yang intensif, padat dan terfokus pada komponen-komponen utama pendidikan
nabawi: tilawah, tazkiyah dan ta`lim
(3T).<o:p></o:p>
ketika Allah mengutus di antara mereka seorang Rasul dari golongan mereka
sendiri, yang membacakan kepada mereka ayat-ayat Allah, membersihkan (jiwa)
mereka, dan mengajarkan kepada mereka al-Kitab dan al-Hikmah. Dan sesungguhnya
sebelum (kedatangan Nabi) itu, mereka adalah benar-benar dalam kesesatan yang
nyata.<o:p></o:p>
amal yang meliputi tiga tonggak misi tarbawi tersebut: tilawah yang kita hayati dengan amal tadarrus, membaca ayat-ayat kitab suci Ilahi secara yang lebih
serius dan intensif; tazkiyah yang
kita hayati dengan amal pemurnian dan penyihatan hati serta peningkatan
kewaspadaan batin demi menghindari hal-hal yang mencemarkan kejernihan hati
yang sedang berpuasa; sementara ta`lim pula kita hayati dengan pelbagai
kegiatan keilmuan -- ceramah, taklim, tazkirah dan yang sejenisnya.<o:p></o:p>
mendasar yang ditandai perbezaan nyata antara sebelum dengan sesudahnya. Kata min qabl… (meskipun sebelumnya…) dalam
ayat tersebut adalah kata yang kental dengan makna transformasi, radical departure, perubahan radikal
kaum mukminin generasi nabawi - dari gelita kesesatan kepada benderang cahaya
kebenaran. Memang al-Rasul s.`a.w. adalah model terunggul pemimpin
transformatif yang melahirkan umat baru, umat yang memiliki segala ingredients
untuk memimpin dan menyelamatkan dunia.<o:p></o:p>
bersama Nabi s.`a.w., responsif terhadap perintah Allah dan Rasul-Nya dalam
keadaan bagaimana sekalipun, termasuk ketika menempuh kegawatan sa`at al-`usrah melawan gempuran musuh.
Demikianlah kualiti para lulusan madrasatu
Muhammad, persekolahan nabawi Pembina tough
generation, generasi yang tangguh dan perkasa. Mereka bukan generasi yang
dimanjakan dalam keadaan serba selesa, tetapi generasi yang dididik dengan mujahadah, hempas pulas perjuangan
melawan hawa-nafsu. Falsafahnya mudah: jika mampu mengalahkan nafsu, akan mampu
mengalahkan yang lain-lain; sebaliknya jika gagal melawan nafsu, takkan berdaya
menghadapi selainnya.<o:p></o:p>
tempur, lalu pulang setelah musuh dapat dikalahkan. Memang jihad juga
memerlukan pembinaan watak pejuang dan fighting
spirit yang tinggi. Tetapi mujahadah adalah perjuangan dalaman yang berterusan,
dilaksanakan sepanjang masa, diulang-ulangi tanpa henti. Demikianlah makna
mujahadah, kata yang terbentuk mengikut wazan
mufa`alah. Memang kata tersebut mengandungi makna perulangan -- al-tikrar marratan ba`da ukhra. Justeru,
musuh di medan tempur tidak akan bangkit setelah terpenggal kepalanya, tetapi
lain halnya dengan musuh yang bernama hawa nafsu, sekali tumbang tidak bererti
segalanya sudah berakhir. Biar berapa<o:p></o:p>
adalah antara muatan madrasatu Ramadan
yang paling kental. Bukankah sepanjang bulan ini urusan besar kita adalah
melawan? Melawan nafsu, dan melawan kebiasaan. Kerana perlawanan itulah
segalanya jadi berubah -- ibadat, makan, tidur, kerja harian, watak dan
perilaku, segalanya berubah sesuai dengan semangat Ramadhan. Dan ternyata kita
sebenarnya mampu berubah, tetapi bukan berubah sekadar untuk berubah. Berubah
dalam konteks mujahadah adalah untuk
menjadi almu'min al-qawiy (mukmin
yang kuat), tough generation yang
daya juangnya tak terkalahkan.<o:p></o:p>
terbukti telah melahirkan generasi tangguh yang sanggup melawan ribut, berani
menentang badai. Mereka adalah generasi yang telah menyebatikan mujahadah menjadi cara hidup hingga
mendarah daging, bergerak bersama denyut nadi, bergetar bersama degup jantung.
Pendidikan mujahadah telah melahirkan
pahlawan segagah `Ali (k.w.), pemuda berusia 20 tahun yang menyanggupi tugas
mempertaruhkan nyawa menempati kamar bahaya (tempat tidur al-Rasul s.`a.w.)
dalam peristiwa Hijrah. Bukan beliau tidak tahu risiko menempati kamar yang menjadi
sasaran mata liar kumpulan teroris Quraysh, tetapi tetap disanggupinya dengan rela
kerana pendidikan mujahadah telah
melumpuhkan nafsu mementingkan diri dan keinginan bersenang-senang. Orang yang
dikuasai nafsu takkan sanggup mengambil risiko seberat itu. Nafsulah yang
sebenarnya menyebabkan seseorang menjadi pengecut. `Ali (k.w.) tidak takut
kerana beliau adalah pahlawan yang terbina dalam pendidikan mujahadah. Pada suatu ketika beliau
ditanya bagaimana perasaannya pada malam bahaya tersebut, katanya, "Itulah
malam paling damai pernah kurasakan sepanjang hayatku".<o:p></o:p>
juga telah menampilkan wanita pejuang sehebat Asma' bint Abi Bakr (r.`a.).
Dalam peristiwa Hijrah beliau diberi tugas menghantar bekalan makanan ke Gua Thawr,
tempat persembunyian al-Rasul (s.`a.w.) dan pendamping setianya Abu Bakr al- Siddiq
(r.`a.). Tugas ini juga tidak kurang berat dan bahayanya, mengingat bahawa
selama tempoh persembunyian tersebut pihak Quraysh menjalankan operasi
besar-besaran memburu Junjungan (s.`a.w.). Untuk melaksanakan tugas tersebut
Asma', wanita muda berusia 23 tahun yang sedang sarat mengandung (7 bulan) itu
harus berjalan kaki setiap hari sejauh sekitar 5 kilometer, terdedah kepada
risiko tertangkap di tengah maraknya operasi jahat Quraysh. Dari mana datangnya
kekuatan dan keberanian luar biasa wanita muda<o:p></o:p>
seperti itu? Dari mana lagi kalau bukan dari pendidikan mujahadah, melawan nafsu mementingkan diri, mengenyah keinginan hidup
bersenang-senang. Justeru, pendidikan mujahadah telah menjadikan Asma' bint Abi
Bakr (r.`a.) seorang tough lady
dengan keluarbiasaan yang mencengangkan orang sepanjang sejarah.<o:p></o:p>
yang tinggi. Demikianlah hakikatnya sebagaimana yang kita saksikan pada catatan
sejarah umat generasi seratus tahun pertama (dari bi`thah hingga ke pertengahan era Umawi). Sepanjang tempoh tersebut
hukum hudud zina hanya dilaksanakan sebanyak enam kali, walhal pada tahun-tahun
menjelang pengutusan al-Rasul s.`a.w. kota Makkah merupakan sarang budaya
maksiat. Di sana-sini berkibar bendera merah, yang menandakan bahawa di situ
tersedia pelayanan seksual bagi yang menginginkannya. Sementara itu hukum hudud
ke atas pencuri hanya dilaksanakan sebanyak empat kali sepanjang tempoh seratus
tahun tersebut, walhal jenayah rompak samun memang berleluasa dalam masyarakat
Arab pra-Islam.<o:p></o:p>
beradab, damai dan santun. Diriwayatkan bahawa setelah dua tahun menduduki
jawatan Hakim, `Umar ibn al-Khattab menemui Khalifah Abu Bakr (r.`a.) memohon untuk
mengundurkan diri kerana sepanjang tempoh tersebut tidak siapa pun datang
mengadukan sebarang pertikaian.<o:p></o:p>
secara serius, bagaimana mengembalikan mujahadah ke ranah pendidikan umat, dan mengembalikan
mujahadah sebagai bahagian integral cara hidup kaum Muslimin. Sikap serius
dalam isu ini akan membuka pelbagai jalan penyelesaian.<o:p></o:p>
benar-benar akan kami tunjukkan mereka jalan-jalan Kami. Dan sesungguhnya Allah
benar-benar beserta orang-orang yang berbuat baik.<o:p></o:p>
IlmuwanRakyathttp://www.blogger.com/profile/03991947879374428123noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-3966062355556498555.post-25881863083395368632012-07-04T11:57:00.001+08:002012-10-17T10:07:31.409+08:00Syarahan Pengantar Buku Islam & Melayu oleh Dr Siddiq Fadzil
TEKS SYARAHAN PENGANTAR <o:p></o:p>
PELANCARAN DAN DISKUSI BUKU<o:p></o:p>
MELAYU DAN ISLAM: MARTABAT UMAT DAN DAULAT RAKYAT<o:p></o:p>
(Hotel De
Palma, Ampang, 25 Jun 2012, 8.45mlm)<o:p></o:p>
Kami dahului dengan pernyataan tahmid kesyukuran al-hamdu li'Llah  dan rasa terharu atas sambutan terhadap buku Melayu
dan Islam: Martabat Umat dan Daulat
Rakyat.  Di tengah suasana seperti
ini, saya tidak dapat menyembunyikan rasa takut-takut dan malu-malu, kerana ketika mengerjakan buku ini, saya tidak membayangkan sambutan bersemangat begini.
Tidak ada yang luar biasa dalam proses
penerbitannya. Bermula dengan pertanyaan
teman-teman tentang nasib
tulisan-tulisan saya yang terbiar dan berserakan, saya terdorong mengumpul, memilih dan mengeditnya untuk diterbitkan
dalam bentuk sebuah buku yang seadanya dan sejadi-jadinya.  Andainya
saya tahu bahawa buku ini akan diberi perhatian sebegini rupa
- dilancarkan, dibedah dan
didiskusikan - mungkin saya tidak akan berani
menerbitkannya. <o:p></o:p>
Bagaimanapun, buku ini telah
telanjur terbit dan kerana itu ia harus siap untuk ditanggapi oleh khalayak
pembacanya. Mudah-mudahan penulisnya
dikurniakan ketahanan ruhaniah dalam menghadapi
segala kemungkinan -- dukungan dan kritikan, tidak lupa diri kerana dukungan, dan tidak berkecil hati kerana kritikan. Terlepas dari soal setuju atau tidak dengan
pemikiran dalam buku ini, sebagai penulis saya mengucapkan terima kasih
kepada seluruh khalayak yang sudi memberikan perhatian kepada buku ini.
Atas susah payah rakan-rakan menjayakan majlis pelancaran dan
diskusi buku malam itu saya ucapkan jazakumu 'Llahu khyara 'l-jaza' . Mudah-mudahan semangat di sebalik usaha ini
bukan sangat kerana buku saya, tetapi komitmen
kita semua terhadap penyuburan budaya ilmu.
Terima kasih kepada rakan-rakan yang tampaknya menyambut buku ini
dengan bersemangat sekali, sehingga saya sendiri menjadi hairan, apalah
istimewanya buku ini? Saya hanya dapat
menduga bahawa ketika menyambut buku
ini, yang mereka sambut sebenarnya adalah
pemikiran mereka sendiri. Demikianlah
hakikatnya, kita memang banyak berkongsi
pemikiran, berkongsi idealisme, berkongsi
wawasan dan gagasan. Tetapi tidak
semua kita berkesempatan mengungkapkan, mengucapkan atau menyuarakannya. Andainya
dugaan itu benar, saya sangat berbahagia
dapat melaksanakan peranan mewakili anda sekalian untuk mengungkapkan yang tak terungkap,
mengucapkan yang tak terucap dan menyuarakan yang tak tersuara itu.<o:p></o:p>
Sebagai karya manusia, buku ini tentu sekali mengandungi pelbagai
kelemahan manusiawi. Dengan
menginsafi keterbatasan ilmu, pengalaman
dan daya renung, saya akan sangat berterimakasih andainya ada yang sudi
memberikan teguran dan koreksi. Memang
saya tidak dapat memberikan jaminan akan bersetuju dengan pendapat anda, tetapi saya tetap akan menghormati hak anda untuk tidak bersetuju dengan
saya.
<o:p></o:p>
Sebuah karya tulis biasanya lahir
dari liku-liku intellectual journey dan
pengalaman di kancah kehidupan penulisnya.
Demikianlah wacana di sekitar Islam dan Melayu yang termuat dalam buku yang
dilancarkan sebentar tadi, dilatari timbunan pengalaman perjalanan keilmuan
selama puluhan tahun. Persoalan tentang
sejarah Islam dan kebudayaan Melayu memang sudah tersentuh sepanjang mengikuti pengajian menengah dan universiti, tetapi sentuhan paling mengesankan adalah kuliah-kuliah Prof. Dr. Syed Muhammad Naquib
al-Attas tentang Islam dalam sejarah dan kebudayaan Melayu yang sempat
kami ikuti dalam pengajian pasca-sarjana.
Sejak itu (1975) bidang ini kami tekuni tanpa henti terutama selama
tempoh melaksanakan tugas meneruskan pengajaran kursus yang sebelumnya dikendalikan oleh Prof. al-Attas sendiri, di Institut Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan
Melayu, UKM. Memang,
tahun-tahun perkhidmatan di UKM sebagai tenaga akademik di Jabatan
Persuratan Melayu adalah kurnia kesempatan belajar dan mengajar pelbagai aspek
pengajian Melayu, kebudayaan dan
kesusasteraannya, termasuk karya-karya agungnya
seperti Sejarah Melayu, Hikayat Hang Tuah dan lain-lainnya. <o:p></o:p>
Tidak kurang pentingnya adalah penglibatan kami yang berterusan
dalam gerakan Islam tanahair (PKPIM,
ABIM dan WADAH). Pengalaman dari kancah
perjuangan merealisasikan idealisme keislaman selama lebih emat dekad itu
tentunya banyak mewarnai, dan bahkan
menyemangati pemikiran, gagasan dan
wawasan yang tertuang dalam buku ini. Justeru, gerakan Islam pencetus kebangkitan Islam yang cukup fenomenal
sepanjang dekad-dekad menjelang hujung abad ke-20 itu, bukan sekadar membawa keriuhan retorik slogan-sloganan, tetapi jelas membawa fikrah dan risalah tahririyyah-taghyiriyyah
atau misi pembebasan dan perubahan. Dalam merangka agenda perubahan
tersebut, para ideologue
gerakan tentunya telah meneliti pesan-pesan
al-Qur'an dan al-Sunnah tentang khayriyyat al-ummah (keunggulan umat),
di samping karya-karya agung pemikir besar seperti Ibn Khaldun tentang
jatuh-bangun bangsa dan tamadun, Malik Bennabi tentang masalah pemikiran dan
syarat-syarat kebangkitan (syurut al-nahdah) dan sarjana-sarjana besar lainnya. Sebagai gerakan yang berkiprah di tengah
realiti kemalaysiaan pula tentunya ia juga menangani isu-isu setempat, termasuk
isu Islam dan Melayu serta persoalan kemajmukan masyarakat.<o:p></o:p>
Dari latar sedemikian itulah lahirnya karya tulis, Islam dan Melayu: Martabat Umat dan Daulat Rakyat yang
mengangkat persoalan pemberdayaan bangsa dengan nilai-nilai agama (Islam). Bertolak dari hakikat Melayu sebagai
suatu realiti jelmaan sunnatu
'Llah, bahawa manusia selamanya
diciptakan berbangsa-bangsa dan bersuku-suku,
bukan tanpa maksud, tetapi dengan
tujuan mulia - saling kenal dan saling hormat.
Tidak salah andainya seluruh anak bangsa ingin agar bangsanya
dikenal sebagai umat yang kuat, mulia
dan berwibawa. Untuk itulah kami mengangkat
nilai maruah dan harga diri yang ketika ini terhakis di tengah maraknya budaya
fitnah, gossip, mengaib dan memalukan orang seenaknya dan semahu-mahunya. Kontrak sosial yang menyepakati bahawa rakyat
Melayu, "…jangan ia
difadihatkan, dinista yang keji-keji…"
diinjak-injak dengan leluasa,
tanpa mempedulikan lagi sumpahan apabila penguasa "…memberi aib seseorang hamba Melayu, alamat negerinya akan binasa.". Bangsa tidak dapat dibina dengan caci-maki
dan sumpah-seranah penguasa. Bangsa yang mulia dan bermartabat dibangun dengan
kesedaran tentang maruah yang dicirikan
oleh sifat al-haya' -
tahu malu atau sense of shame,
malu melakukan perbuatan
keji, malu menjadi rakyat negara yang mundur,
malu menganggotai organisasi yang korup dan seterusnya. Dari sifat tahu malu itulah bangkitnya
semangat juang untuk berubah, menebus
maruah yang tercemar.<o:p></o:p>
Kami juga menyerlahkan nilai ilmu sebagai kekuatan pengangkat
martabat umat. Kata iqra'  yang mengawali penurunan kitab suci al-Qur'an
menandakan bermulanya demokratisasi pendidikan
dan revolusi keilmuan melawan gerakan pembodohan untuk mencipta umat
yang enlightened, umat yang
mengalami pencerahan keilmuan, lalu
mampu melihat hakikat segala sesuatu dengan
tepat sebagaimana wujud hakikinya.
Matlamat akhir gerakan pencerahan bersemangat iqra' ialah untuk mengenal Allah, mencapai ma`rifah yang membentuk sikap wa 'sjud wa 'qtarib (tunduk mengabdi
dan menghampirkan diri kepada Allah). Demikianlah
realisasi tawhid (pengesaan Allah) sebagai kekuatan pembebasan, pencipta manusia merdeka yang memiliki
keberanian bersikap, menolak dan melawan kezaliman dan kebatilan, kalla la tuti`hu (jangan sekali-kali,
jangan patuh kepadanya…). Mesej surah  al-`Alaq
adalah nilai ilmu sebagai kekuatan transformatif: bermula dengan iqra'  (baca)
berakhir menjadi merdeka dengan
sujud hanya kepada Tuhan Yang Maha Esa,
dan menjadi perkasa dengan mendampingkan diri kepada Tuhan Yang Maha Berkuasa.<o:p></o:p>
Ilmu dan iman adalah unsur
penting pemberdayaan bangsa. Bangsa yang
lemah dan penakut tidak akan menjadi bangsa yang mulia dan bermartabat. Lewat puisinya Kesaksian Bapak Saija, penyair ternama WS Rendra menampilkan  Pak Saija yang bangkit dari alam barzakh
untuk membuat kesaksian betapa
menyesalnya beliau menjadi manusia penakut selama hidupnya. Ia takut
membuka mulut untuk memprotes ketidakadilan, ia takut melawan kerana melawan bererti
mati. Tetapi ternyata akhirnya Pak Saija
mati juga sebagai korban kezaliman. Ia mati walaupun tidak melawan. Ia menyesal,
tetapi sayang, ia telah terlambat, kerana penyesalan itu
timbul hanya sesudah mati dibunuh dan mayatnya ditendang ke dalam
longkang. Sesudah mati baru ia menyedari
bahawa sepanjang hayatnya sebagai penakut ia telah bersyubahat dengan
orang-orang zalim. Justeru, kerana ketakutannya melawanlah, maka orang
lain berleluasa melakukan kezaliman.
Penyesalan terlambat seorang penakut itulah yang diungkapkanya dengan
kata-kata:<o:p></o:p>
Hidup
tanpa daya<o:p></o:p>
Sebab
daya ditindih ketakutan<o:p></o:p>
Setiap hari
seperti mati berulang kali<o:p></o:p>
Setiap saat
berharap menjadi semut<o:p></o:p>
agar bisa
menjadi tidak kelihatan.<o:p></o:p>
Sekarang
setelah mati<o:p></o:p>
baru aku
menyedari<o:p></o:p>
bahwa
ketakutanku membantu penindasan,<o:p></o:p>
dan sikap tidak berdaya menyuburkan
ketidakadilan.<o:p></o:p>
Pak Saija sebenarnya bukan tidak berdaya, tetapi dayanya telah
dilumpuhkan oleh sifat penakutnya.
Memang kekuatan tidak akan berguna tanpa keberanian. Kerana itu orang Melayu selalu memadukan
kekuatan dengan keberanian sebagaimana yang terungkap dalam serangkap pantun:<o:p></o:p>
Apa guna
pergi ke bendang<o:p></o:p>
Kalau tidak
menanam padi <o:p></o:p>
Apa guna
keris disandang<o:p></o:p>
Kalau tidak
berani mati.<o:p></o:p>
Hidup tanpa daya dalam belenggu budaya takut, bukanlah kehidupan
yang didambakan oleh manusia bermaruah, berilmu dan beriman. Justeru, budaya takut (culture of fear) jelas bertentangan dengan aspirasi kebebasan yang
terpancar dari ajaran tauhid. Surah Quraysh
menyebut Allah sebagai Tuhan Pengurnia
makanan untuk bebas dari kelaparan, dan Dia jugalah Pengurnia keamanan untuk
bebas dari ketakutan. Demikianlah
hakikat kebebasan dari ketakutan, di samping kebebasan dari kelaparan sebagai
suatu yang amat terkait dengan iman dan pengabdian kepada Tuhan Yang Maha Esa.<o:p></o:p>
Daya maju sesuatu bangsa banyak ditentukan oleh faktor budaya yang
teguh dan kepimpinan yang tangguh. Untuk
memacu daya maju bangsa Melayu, budayanya harus diperkasa dengan nilai-nilai kudus
kewahyuan dari al-Qur'an dan al-Sunnah. Dengan
demikian bangsa ini akan menjadi umat yang berjaya menepati kata al-falah, kejayaan hakiki
duniawi-ukhrawi. Laungan azan hayya
`ala 'l-falah (mari bersama meraih kejayaan) yang berkumandang setiap hari
bekali-kali itu seharusnya diangkat menjadi salah satu nilai utama pembentuk winning
mind-set dan seterusnya pembina orientasi kejayaan (success orientation)
yang kuat di kalangan umat. Yang kita
aspirasikan adalah bangsa berjaya yang benar-benar berjaya, bukan bangsa yang berlagak sebagai bangsa
yang berjaya dengan berbelanja besar membeli barang-barang perhiasan mewah bangsa yang telah berjaya, buying
the ornaments of success.<o:p></o:p>
Melayu harus dibangun dengan nilai-nilai murni keagamaan, bukan dengan sentimen perkauman sempit. Melayu ideal dalam wawasan buku ini adalah Melayu yang Islamis, bukan Melayu yang racist. Melayu yang Islamis adalah Melayu yang
berakhlak mulia, kaya dengan rasa kasih
kemanusiaan, setia menjunjung
nilai ukhuwwah, persaudaraan  dalam erti luas yang merentasi batasan ras
dan agama, ukhuwwah yang meliputi
ukhuwwah Islamiyyah (persaudaraan seagama), ukhuwwah wataniyyah (persaudaraan setanahair) dan ukhuwwah
insaniyyah  (persaudaraan
kemanusiaan). <o:p></o:p>
Untuk merealisasikan gagasan Melayu yang menepati ciri khayra
ummah,  kita memerlukan pemimpin yang
membina bangsa, bukan "pemimpin"
yang membesar diri dan memperkaya kroni.
Bangsa Melayu harus bijak memilih
pemimpinnya yang mampu melaksanakan misi pemberdayaan bangsa, pemimpin-pendidik-teladan yang menghayati
nilai-nilai murni yang diperjuangkannya. Dengan kata lain, kita memerlukan mekanisme
pengangkatan pemimpin yang dapat menjamin terangkatnya orang yang terbaik dalam
pengertian pemimpin yang berkualiti integriti moral, kekuatan daya fikir,
stamina kerja kuat, menyintai ilmu dan
menyayangi rakyat, menepati konsep al-Imam
al-`adil  (pemimpin adil) sebagaimana
yang dihuraikan oleh al-Imam Hasan al-Basriy r.`a. dalam risalah jawapannya
kepada permintaan `Umar ibn `Abd
al-`Aziz, mujaddid abad pertama Hijriah
yang diiktiraf sebagai Khamis al-Khulafa' al-Rashidin (al-Khalifat
al-Rashid Kelima). Sesungguhnya bangsa
ini akan bangkit sebagai umat yang gagah dan bermaruah dengan pemimpin yang empowering
dan inspiring. Sekarang
adalah saatnya kita memikirkan dengan jujur tentang kualiti kepimpinan yang
seperti itu. Terima kasih.<o:p></o:p>
Siddiq Fadzil,<o:p></o:p>
Hotel De Palma, <o:p></o:p>
Ampang, Kuala Lumpur.<o:p></o:p>
25 Jun 2012. <o:p></o:p>
IlmuwanRakyathttp://www.blogger.com/profile/03991947879374428123noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-3966062355556498555.post-385203206495861932012-07-02T12:19:00.001+08:002012-10-17T10:07:48.505+08:00Syarahan Pengantar Buku Islam & Melayu oleh Dr Siddiq Fadzil
IlmuwanRakyathttp://www.blogger.com/profile/03991947879374428123noreply@blogger.com1tag:blogger.com,1999:blog-3966062355556498555.post-89998894544139539802012-06-30T14:13:00.001+08:002012-10-17T10:08:16.386+08:00Ulasan Buku
ULASAN BUKU <o:p></o:p>
TAJUK : Islam dan Melayu : Martabat Umat dan Daulat
Rakyat<o:p></o:p>
PENERBIT: Akademi Kajian Ketamadun<o:p></o:p>
URUS CETAK: Aras Mega Sdn Bhd.<o:p></o:p>
KARYA: DATO DR
USTAZ SIDDDIQ FADZIL (USF) <o:p></o:p>
oleh Ibnu
Alishah Ahmadshah<o:p></o:p>
Dalam kata pendahluannya, secara jelas pengarangnya,
Dato’ Dr Siddiq Fadzil (USF) menyatakan
bahawa,”buku ini bukanlah sebuah himpunan makalah semata-mata , tetapi semuanya
terpadu dalam satu tema : Islam dan Melayu. Pengangkatan tema ini dilatari oleh
keresahan melihat kenyataan bahawa setelah
lebih 50 tahun merdeka, Melayu terus lemah. Persoalan yang berbangkit
ialah bagaimana keadaan malang ini sampai terjadi? Mungkin ada yang tidak
beres dalam proses pemerkasaan Melayu sepanjang dekad-dekad yang dilalui (
hlm.xi).
Malahan dengan jelas, pengarangnya meragui
pelbagai gagasan besar yang cuba dilaksanakan di dalam mengangkat martabat
Melayu ke persada kelas pertama.Semasa
beliau meluahkan rasa kecewanya
di dalam Bab 1 , buku ini dengan judul Menatap Wajah: Citra Melayu Dalam Sejarah, dengan ungkapan ,”gagasan-gagasan besar
tersebut tidak dapat menghasilkan perubahan watak bangsa dan sudahnya sirna
dalam kemelut politik yang menggerahanakan ketokohan pengasasnya” (hlm 5).
Malahan kadang-kadang usaha memartabatkan Melayu sekadar ,”tidak merakyat dan
gagal membawa high impact baik dari
segi pembinaan watak bangsa mahupun dari segi pembinaan citra Islami kepimpinan
politik,dan akhirnya menemui jalan mati” (hlm. 6).
Perancangan yang gagal menanggapi dan
menterjemahkan citra Islami membawa
bencana turun temurun umat Melayu dalam lingkaran kebejatan hidup dengan
pelbagai persoalan yang tidak berkesudahan. Buktinya wujud sekelompok pengurus
dan pemimpin yang terpukau dengan citra Barat berulangkali mencuba pelbagai
pendekatan dan strategi dan kaedah berpaksi
individualisme, materialisme dan rasionalisme akhirnya kecundang sebagaimana disebut Syyid Qutb membawa kepada
kehancuran insan. Kerosakan insan dicernakan dengan pelbagai petaka baik dalam
bidang sosial, pendidikan, politik, kepimpinan , ekonomi mahpun kehidupan berkeluarga.
Malahan pengarang dalam bab berjudul.”Pantang Melayu Diaibkan : Bangsa Bermaruah
Tidak Rela Dihina” memaparkan kehilangan maruah dan kehormatan Melayu kerana kehilangan disiplin dalaman
yang paling berkesan sehingga merutinkan perbuatan hina dan keji seperti rasuah, penipuan dan fitnah dalam kehidupan tanpa rasa malu dan insaf.
Persoalan yang ditimbulkan oleh pengarang adakah Melayu mahu terus dengan sifat
al-kibr, yang dimaksudkan oleh Dr
Wahbah al-Zuhayliy sebagai sikap angkuh,
tidak menghormati hak orang lain dan tidak tahu hakikat diri. Adakah Melayu
tidak mahu sifat al-izzah yang dihuraikan
oleh Sayyid Qutb sebagai rasa mulia
,unggul, perkasa dan mampu menundukkan runtutan nafsu dan melawan kehinaan (hlm
23).
Apakah Melayu tidak ada jalan pulang dengan
penuh kehormatan dan kemuliaan? Sampai
bilakah Melayu terus hanyut dengan idea, pemikiran dan jalan hidup yang
menyongsong kebenaran dan keadilan. Tidak puas-puaskah Melayu bereksperimen
dengan retorika khurafat Barat atau kejahiliahan tradisi yang tidak ke mana-mana, kecuali terus
menjadi boneka, pak turut dan pencacai
yang kehilangan harga diri dan maruah hidup. Pun begitu, di kalangan
pemikir dan cendikiawan pula dilanda sindrom kemandulan intelektual yang parah,
kerana kehilangan neraca bimbingan Ilahi semata-mata terpukau silauan ghanimah
, kuasa dan habuah dunia yang fatmorgana (Dr Yusuf al Qaradhawy, Al Hururiyyat, 2010).
Justru itu, UAF mengungkapkan kembali peringatan Allah dalam Surah Fatir:10 yang bermaksud, “Barangsiapa yang menghendaki kemuliaan,
maka bagi Allahlah kemuliaan itu semuanya. KepadaNyalah naik
perkataan-perkataan yang baik dan amal yang salih mengangkatnya. Dan orang yang
merencanakan kejahatan (untuk mendapat kemuliaan) bagi mereka azab yang keras.
Dan rencana jahat mereka (sudahnya) akan hancur”. Buku melakarkan kembali harapan segar dan bugar kepada umat Melayu untuk bangkit dari lena
(diingatkan oleh Allah dalam surah Al Muzzamil) , sementara menunggu tidur yang
panjang di alam kubur. Sejarah membuktikan bagaimana dengan kata-kata Umar ibn al-Kahattab,”Kita dahulu adalah sehina-hina manusia, lalu Allah memuliakan kita
dengan Islam , andainya kita cuba mencari kemuliaan dari selain Islam,
nescahaya Allah akan menghina kita”. Di sinilah pengarang menegaskan semula perlunya umat
Melayu kembali kepada hayatan tayibah, idealisme kualiti hidup berpaksikan iman dan amal salih. Tidak ada yang utama dan
diutamakan dalam kehidupan seorang insan kecuali ugamanya dan barulah diikuti
bangsanya. Ketaksuban kepada bangsa terbukti gagal mengangkat umat Melayu dan
oleh itu “bangsa harus kembali mengakar pada tradisi Islamnya, di samping
menyesuaikan diri seperlunya dengan
realiti kini dan nanti”.
Menelusuri dari bab 1 hingga bab 13, mengingatkan pengulas pada karya-karya USF
sebelum ini yang sarat dengan idea, pemikiran dan alternatif pencerahan selaras dengan misi dan visi dakwahnya yang dimana
beliau pernah memimpin PKPIM, ABIM dan kini WADAH. Gagasan besar haluan perjuangan dan siri-siri ucapan yang pernah diungkapnya ketika Muktamar ABIM
dulu, terus menjadi landmark segar acuan
unik buku Islam dan Melayu: Martabat Umat dan Daulat Rakyat. Sesuai dengan
makna al Quran ,”mengeluarkan kamu dari kegalapan kepada cahaya”
(al-Hadid:90),sekurang-kurangnya buku ini cuba memaknai banyak isu secara
tuntas untuk diperdebatkan , dimanfaatkan dan diamalkan. Seolah-olahnya
pengarang cuba menyeru dan merayu kepada
pembaca, “ inilah Islam, yang cukup
istimewa dan utama dalam memperkasakan Melayu supaya keluar dari kemelut
kebejatan yang cukup hina-dina. Marilah kembali kepada Islam yang menyeluruh
dan lengkap. Marilah saudara-saudaraku umat Melayu”.<o:p></o:p>
Selaps itu USF yang juga Presiden Kolej Dar al-Hikmah,Kajang dengan penuh semangat menghuraikan pelbagai aspek pemerkasaan bangsa dari perspektif
Qurani dalam beberapa bab, termasuk bab
yang berjodol Memaknai Kemerdekaan:
Pembebasan,Pencerahan dan Pemerkasaan (hlm 27). Katanya lagi ,”Pemerkasaan
bangsa adalah babak perjuangan yang kritikal
memerlukan gemblengan pelbagai
kekuatan: landasan fitrah dan strategi yang bijaksana. Perjuangan ini harus
bertolak dari keyakinan bahawa al-izzah (kekuatan,
kemuliaan dan keunggulan) hanya mungkin diperolehi dari Allah, kerana hanya
Dialah yang memilikinya (Fatir:10). Maka itulah hakikatnya, hanya Allah yang
berkuasa memuliakan sesiapa yang dikhendaki-Nya dan menghina sesiapa yang
dikehendaki-Nya (Ali-Imran:26).” Kedaulatan syariat adalah kedaulatan rakyat dan bangsa yang
meletakkan hakimiyyatulLlah (kuasa
Allah) di atas hakimiyyatul-bashar (kuasa rakyat) (hlm 71).
Buku setebal 206 halaman juga menghuraikan
“kelirusisme” beberapa isu seperti
konsep wasatiyyat al- Islami, kepimpinan
politik Melayu, bahasa dan globalisasi. Sayang jika buku sarat dengan fakta dan
ilmu ini tidak dapat ditelaah dan dimanfaatkan umat. Banyak persoalan yang
dikupas dengan gaya bahasa sastera yang menarik
dapat menjana idea-idea baru di dalam mewarnai aliran pemikiran dan tindakan kehidupan umat Melayu. Rugilah mereka yang terus seronok dengan
keangkuhan intelek sendiri (syok sendiri) dengan menolak adab perbezaan pendapat dari
ilmuan lain yang sebenarnya sudah
berbudaya di alam Melayu. Pembugaran dan pelestarian Islam dan Melayu akan
membawa pencerahan kepada Umat Melayu, di dalam menyongsong abad
mendatang. Hanya dengan bermodalkan RM22 sebuah ,insya-Allah akan memperkayakan
khazanah ketamadun umat Melayu supaya terus berada pada landasan yang tepat,
jitu dan mantap. Islam akan memartabat umat dan kedaulatan rakyat Malaysia.
Daulat Islam, daulatlah rakyat, umat
bermartabat dan insan bersyariat.<o:p></o:p>
IlmuwanRakyathttp://www.blogger.com/profile/03991947879374428123noreply@blogger.com0