ULASAN BUKU
TAJUK : Islam dan Melayu : Martabat Umat dan Daulat
Rakyat
PENERBIT: Akademi Kajian Ketamadun
URUS CETAK: Aras Mega Sdn Bhd.
KARYA: DATO DR
USTAZ SIDDDIQ FADZIL (USF)
oleh Ibnu
Alishah Ahmadshah
Dalam kata pendahluannya, secara jelas pengarangnya,
Dato’ Dr Siddiq Fadzil (USF) menyatakan
bahawa,”buku ini bukanlah sebuah himpunan makalah semata-mata , tetapi semuanya
terpadu dalam satu tema : Islam dan Melayu. Pengangkatan tema ini dilatari oleh
keresahan melihat kenyataan bahawa setelah
lebih 50 tahun merdeka, Melayu terus lemah. Persoalan yang berbangkit
ialah bagaimana keadaan malang ini sampai terjadi? Mungkin ada yang tidak
beres dalam proses pemerkasaan Melayu sepanjang dekad-dekad yang dilalui (
hlm.xi).
Malahan dengan jelas, pengarangnya meragui
pelbagai gagasan besar yang cuba dilaksanakan di dalam mengangkat martabat
Melayu ke persada kelas pertama.Semasa
beliau meluahkan rasa kecewanya
di dalam Bab 1 , buku ini dengan judul Menatap Wajah: Citra Melayu Dalam Sejarah, dengan ungkapan ,”gagasan-gagasan besar
tersebut tidak dapat menghasilkan perubahan watak bangsa dan sudahnya sirna
dalam kemelut politik yang menggerahanakan ketokohan pengasasnya” (hlm 5).
Malahan kadang-kadang usaha memartabatkan Melayu sekadar ,”tidak merakyat dan
gagal membawa high impact baik dari
segi pembinaan watak bangsa mahupun dari segi pembinaan citra Islami kepimpinan
politik,dan akhirnya menemui jalan mati” (hlm. 6).