YUSUF
AL-QARADAWIY:
FAQIH IDEOLOGUE
GERAKAN ISLAM
KONTEMPORARI
Siddiq Fadzil
(Bahagian
1)
Nama besar al-Qaradawiy tidak tercipta
dari promosi atau propaganda media. Anak desa (ibn al-qaryah) yang menjadi
tokoh dunia itu adalah salah seorang putera terbaik dunia Islam hari ini. Pada
dirinya terserlah gabungan unik pelbagai kekuatan: ulama mujtahid, pemikir
berotoriti, peribadi berintegriti, da`i-haraki, pemimpin-pendidik, penyair dan
pemidato. Latar keilmuannya yang luas dan mengakar kuat dalam pelbagai bidang,
khususnya usuluddin, syari`ah dan bahasa Arab memungkinkan beliau menjadi
ilmuwan ensaiklopedik zaman ini. Al Qaradawiy yang sangat prolifik itu
sebenarnya boleh dibicarakan dari pelbagai dimesi kerana beliau memang tokoh
multi-dimensi. Kesaksian tokoh-tokoh ilmuwan Muslim dari pelbagai rantau dunia
membuktikan hakikat ini. Al-Imam Hasan al-Banna menyebutnya sebagai penyair ulung
(sha’ir fahl), Muhammad al Ghazaliy
memasukkannya dalam kelompok imam zaman ini (a’immat al-‘asr), Mustafa al-Zarqa menganggapnya sebagai hujah zaman
(hujjat al-‘asr), Taha Jabir al-Elwaniy
menyifatkannya sebagai faqih-da’i dan da’i para fuqaha' (faqih al-du’ah wad da’iyat al-fuqaha’), sementara Rashid
al-Ghannushiy menyimpulkan kepeloporan al-Qaradawiy sebagai imam mujaddid.
(`Isam Talimah, 2000:28-29)
Kertas ini hanya akan
membicarakan sebahagian daripada sumbangan al Qaradawiy dalam pemantapan visi
dan orientasi, fikrah dan arah gerakan Islam kontemporari, khususnya di
Malaysia. Al-Qaradawi adalah antara kader terbaik al Imam Hasan al-Banna, tokoh
pendiri gerakan al-Ikhwan al-Muslimun. Benar kata ‘Abd al-Salam al-Haras,
seorang ulama besar Maghribi yang menganggap al Qaradawiy sebagai “min a’zami thimar da’wat al-Imam al-Shahid
Hasan al-Banna” (buah terbaik dari hasil dakwah al-Imam Hasan al-Banna).
Memang sejak usia remaja al-Qaradawiy sudah aktif dalam kegiatan Ikhwan
Muslimin dan terus menerus melibatkan dari dalam gerakan Islam tempatan dan
antarabangsa hingga kini, terutama dalam konteks pemantapan fikrah harakiyah
yang realistik dan kemaskini. Andainya hendak dicari da’i yang benar-benat
menghayati pesan dakwah ‘ala basirah,
nama al-Qardawiy dapat di angkat sebagai contoh terbaik. Beliau tidak hanya
menguasai prinsip, kaedah dan etika dakwah, tetapi juga cukup memahami realiti
zaman dan lingkungan. Gerakan Islam Malaysia memang tidak pernah terlepas dari
perhatian al-Qaradawi. Beliau telah beberapa kali mengunjungi negara ini, menjalin hubungan
erat dengan pemimpin-pemimpin gerakan Islam di sini, dan yang lebih penting lagi
buku-bukunya menjadi rujukan utama para aktivis gerakan, dan sebahagiannya
telah diterjemahkan ke adalam bahasa Melayu.
Al-Qaradawiy dan ABIM
Kemunculan nama al-Qaradawiy dalam wacana gerakan Islam tanahair tidaklah seawal nama-nama tokoh generasi pengasas gerakan Islam seperti al-Banna, Maududi dan Sayyid Qutb. Kali pertama kami teruja dengan tulisan al-Qaradawiy ialah ketika menulis makalah tentang ketahanan umat sekitar tahun 1977, makalah yang kemudiannya menjadi bahagian daripada kandungan buku Kebangkitan Umat: Kenyataan dan Harapan yang diterbitkan oleh Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM). Penulisan makalah tersebut dilatari kebimbangan berlakunya teori domino setelah kekalahan Amerka dalam peperangan Vietnam (Utara) dan jatuhnya negara tersebut ke tangan Komunis. Yang menjadi inspirator utama tulisan tersebut adalah buku al-Qaradawiy Dars al-Nakbah al-Thaniyah (Pelajaran dari Petaka Kedua). Buku yang memakai sub-judul limadha inhazamna…wa kayfa nantasir (kenapa kita kalah…dan bagaimana kita boleh menang), dan terbit pada tahun 1969 itu membicarakan faktor-faktor yang mengakibatkan berlakunya bencana ketenteraan 1967, iaitu kekalahan Mesir di tangan Israel. Buku tersebut mungkin tidak banyak dikenal di kalangan warga harakah, tetapi sebenarnya sangat mengesankan, terutama huraian al-Qaradawiy tentang peri pentingnya kekuatan rohaniah (iman dan taqwa) dalam membina ketahanan dan kekuatan umat, dan betapa bahayanya maksiat dan kemungkaran sebagai faktor pembawa kekalahan dan kehancuran.
Kemunculan nama al-Qaradawiy dalam wacana gerakan Islam tanahair tidaklah seawal nama-nama tokoh generasi pengasas gerakan Islam seperti al-Banna, Maududi dan Sayyid Qutb. Kali pertama kami teruja dengan tulisan al-Qaradawiy ialah ketika menulis makalah tentang ketahanan umat sekitar tahun 1977, makalah yang kemudiannya menjadi bahagian daripada kandungan buku Kebangkitan Umat: Kenyataan dan Harapan yang diterbitkan oleh Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM). Penulisan makalah tersebut dilatari kebimbangan berlakunya teori domino setelah kekalahan Amerka dalam peperangan Vietnam (Utara) dan jatuhnya negara tersebut ke tangan Komunis. Yang menjadi inspirator utama tulisan tersebut adalah buku al-Qaradawiy Dars al-Nakbah al-Thaniyah (Pelajaran dari Petaka Kedua). Buku yang memakai sub-judul limadha inhazamna…wa kayfa nantasir (kenapa kita kalah…dan bagaimana kita boleh menang), dan terbit pada tahun 1969 itu membicarakan faktor-faktor yang mengakibatkan berlakunya bencana ketenteraan 1967, iaitu kekalahan Mesir di tangan Israel. Buku tersebut mungkin tidak banyak dikenal di kalangan warga harakah, tetapi sebenarnya sangat mengesankan, terutama huraian al-Qaradawiy tentang peri pentingnya kekuatan rohaniah (iman dan taqwa) dalam membina ketahanan dan kekuatan umat, dan betapa bahayanya maksiat dan kemungkaran sebagai faktor pembawa kekalahan dan kehancuran.
Tahun-tahun 1970an dalam sejarah gerakan
Islam di Malaysia, khususnya dalam konteks ABIM merupakan era kebangkitan gerakan
dakwah yang mempromosikan syumuliyyat al-Islam, kesempurnaan Islam sebagai cara
hidup, dan keperluan kembali kepada cara hidup Islam. Cabaran yang dihadapi di
ranah pendakwahan ketika itu ialah usaha meyakinkan umat tentang kebatilan dan
kebobrokan cara hidup yang berasaskan nilai-nilai sekular Barat, dan sekaligus
meyakinkan keunggulan cara hidup Islam yang berasaskan iman dan taqwa, serta
kemampuan Islam menyelesaikan masalah-masalah hidup manusia. Karya-karya fiqh
dan dakwah al-Qaradawiy ternyata sangat instrumental dalam gerakan pendakwahan tahap
tersebut, terutama buku-bukunya: al-Iman
wa al-hayah, al-Halal wa al Haram fi al-Islam, al-Hulul al-Mustawradah wa Kayfa
Janat ‘ala Ummatina dan al Hall
al-Islamiy Faridatun wa Darurah. Dalam kaitan ini wajar dicatat tentang peranan
Yayasan Pengajian Tinggi Islam, Nilam Puri, Kelantan yang banyak mengedarkan
kitab-kitab tersebut, khususnya di kalangan pimpinan gerakan Islam.
Ketika itu telah timbul gejala menyikapi
kehidupan umat umumnya sebagai kehidupan jahiliah, dan seterusnya segala masalah-masalahnya
adalah akibat dari cara hidup yang tidak Islami itu. Dengan demikian Islam
tidak perlu menjawab masalah yang berbangkit dari sistem hidup asing yang
memang sesat dan batil. Timbulnya pemikiran sedemikian di kalangan segelintir
umat mungkin kerana pengaruh aliran Qutubiy yang menganggap fiqh yang tidak
tumbuh dari masyarakat Islam yang murni sebagai fiqh al-awraq (fiqh kertas), fiqh yang tidak berpijak di bumi
kehidupan Islamiah. Masalah-masalah yang ditimbulkan oleh masyarakat moden hari
ini tidak berbangkit atau akan selesai dengan sendirinya apabila Islam diterima
dan dilaksanakan secara kaffah, seluruhnya dan seutuhnya. Sikap ini terkait
pula dengan anjuran “ambillah Islam
seutuhnya sekaligus, atau tinggalkan sahaja!” (khudhu al-Islama jumlatan aw da’uhu!). Sikap al Qaradawiy jelas
tidak mendukung aliran pemikiran sedemikian sebagaimana yang terbukti dari
usaha gigihnya memberikan al-huhul
al-Islamiyyah atau penyelesaian-penyelesaian Islami kepada masalah-masalah
masyarakat masa kini. Fatwa-fatwanya seperti yang terhimpun dalam al-Fatawa al-Mu’asirah adalah sebahagian
daripada komitmennya menangani masalah-masalah masyarakat kontemporari. Arus
perdana gerakan Islam di Malaysia sependirian dengan al Qaradawiy dalam isu
menangani masalah-masalah masyarakat Islam kontemporari. Pendirian ABIM
sebagaimana tercermin dalam Ucapan-ucapan Dasar muktamar tahunannya jelas
mendorong usaha perumusan al-hulul wa al bada’il
al-Islamiyyah (penyelesaian dan alternatif Islam) yang realistik dan praktikal.
Gerakan Islam tidak harus membeku pada tahap retorik `umumiyyat tentang
keindahan Islam, tanpa penterjemahan dalam bentuk program dan system yang dapat
dilaksanakan dalam konteks realiti hari ini.
Al-Qaradawiy
dan Tarbiyah
Dalam proses pengukuhannya sebagai
sebuah gerakan Islam, ABIM mengangkat dakwah dan tarbiyah sebagai jawhar al-`amal al-Islamiy (esensi amal
Islami). Untuk itu ABIM sangat menekankan kaderisasi dan pembinaan warga teras menerusi
skema tarbiyah harakiah yang sistematik. Dalam rangka tersebut kita banyak
sekali memanfaatkan eksperimen pentarbiahan Ikhwan Muslimin. Tulisan tulisan
al-Banna, khususnya yang terhimpun dalam Majmu’at
al-Rasa’ilnya banyak ditelaah untuk mendapatkan petunjuk dan inspirasi
perumusan metode pendidikan kader harakah. Dalam kaitan ini buku al-Qaradawiy al-Tarbiyat al-Islamiyyah wa Madrasat Hasan
al-Banna yang terbit pada tahun 1979 ternyata sangat membantu dalam
memahami ciri-ciri khas dan segi-segi kekuatan tarbiyah ikhwaniyyah gagasan
al-Banna. Antara yang diserlahkan oleh al-Qaradawiy ialah sifat rabbaniy tarbiyah tersebut dalam
pengertian kekentalan unsur imani yang memusat pada pembinaan hati mukmin yang
sihat. Untuk itu model tarbiyah ini sangat menekankan ibadat intensif sebagai
wahana pencapaian objektif pembinaan generasi rabbani. Ibadah, khususnya qiyam al-layl yang berorientasi
penghayatan hikmah tarbawiyah yang dikandungnya itulah yang disebut madrasat al-layl (persekolahan malam).
Tumpuan sorotan Al-Qaradawiy adalah pada
ciri al-takamul wa al-shumul atau sifat
komprehensifnya pendidikan ikhwani yang mencakupi pelbagai dimensi: akli, akhlaqi, badani, jihadi, ijtima’i,
siyasi. Segala dimensi tersebut didasarkan pula di atas prinsip wasatiyyah dan keseimbangan. Tarbiyah
sedemikian itulah yang dapat melahirkan kader-kader harakah yang berwatak
seimbang, terpadu dan serba mampu. Yang menjadikan buku ini lebih mengesankan
adalah penyerlahan al Qaradawiy tentang produk nyata tarbiyah ikhwaniyah yang berupa ketahanan para anggota Ikhwan
menghadapi pelbagai mehnah dan tribulasi berat. Sejarah Ikhwan selama lapan dekad
memang tidak pernah terlepas dari tribulasi. Berkat keberkesanan tarbiyahnya
warga Ikhwan mampu melintasinya dengan daya istiqamah yang menakjubkan. Sikap
apresiatif al-Qaradawiy terhadap wawasan dan gagasan kependidikan al-Banna
tidak pula menjadikannya seorang pengagum yang fanatik. Keunggulan tarbiyah
tersebut memang telah teruji dan terbukti, namun menurut al-Qaradawiy ia tetap
perlu dinilai kembali sesuai dengan peredaran masa dan perubahan suasana. Demikian
juga dengan anggota-anggota Ikhhwan yang umumnya memang berwatak sesuai dengan
acuan tarbiyah al Banna, namun al-Qaradawiy tetap tidak menolak hakikat bahawa
mereka juga manusia biasa, boleh salah dan boleh betul.
Sejak awal gerakan Islam di Malaysia
(ABIM) telah membuat ketetapan memilih pendekatan wasatiyah sebagaimana yang
diungkapkan oleh Anwar Ibrahim dalam Ucapan Dasarnya selaku Presiden ABIM di
Muktamar Sanawinya sekitar pertengahan 1970an. Beliau menggarisbawahi peranan
ABIM sebagai gerakan dakwah dengan catatan bahawa pendakwah bukan penghukum,
ungkapan yang mungkin dipadankan dari judul buku pemimpin al-Ikhwan
al-Muslimun, Hasan al Hudaybiy, Du’ah la
Qudah. Anwar juga menggunakan ungkapan la
iftat wala tafrit (tidak longgar dan tidak ketat) untuk mengekspresikan
idea wasatiyah. Sekali lagi pada tahun 1984, persoalan wasatiyah diangkat dalam
Ucapan Dasar Presiden di Muktamar ABIM ke-13. Pengangkatan tema tersebut
dilatari gejala kemunculan aliran garis keras dalam gerakan Islam, di dalam dan
di luar ABIM, yang mulai berleluasa memberikan label kafir, jahiliah, taghut
dan yang sejenisnya dengan sewenang-wenang. Radikalisme dalam gerakan Islam
ketika itu mendapat suntikan semangat revolusi Iran, peristiwa sejarah yang
memukau sebilangan masyarakat Islam. Untuk menangani fenomena tersebut tulisan
al-Qaradawiy, Zahirat al Ghuluw fi
al-Takfir (Fenomena Ekstremisme Takfir) telah dimanfaatkan dengan sepenuhnya.
Menerusi program “Menghadham Ucapan Dasar” yang biasanya di adakan di setiap
negeri, pemikiran wasatiyah al-Qaradawiy tersebar luas di kalangan warga
harakah. Sekitar tahun-tahun itu jugalah sebuah buku Qaradawiy al-Sahwat al-Islamiyyah bayna al-Jahud wa
al-Tatarruf diterjemahkan ke bahasa Melayu dan diterbitkan oleh ABIM.
Harus diakui bahawa pada tahap awal
pembinaannya ABIM banyak memanfaatkan karya-karya Sayyid Qutub, terutama tafsir
Fi Zilal al-Qur’an dan Ma’alim fi al Tariq. Tentu sahaja dalam
batas-batas tertentu pemikiran radikal Sayyid Qutub turut mempengaruhi
orientasi berfikir warga ABIM. Bagaimanapun dalam proses pendewasaannya ABIM
yang banyak terdedah kepada pemikiran moderat, khususnya pemikiran
al-Qaradawiy, dapat menyikapi radikalisme Sayyid Qutub dengan rasional, kritis
dan selektif dalam pengertian menolak radikalismenya, tetapi tetap menghargai
ketajaman keintelektualannya dan kekuatan peribadinya. Karya-karya Sayyid Qutub
umumnya mempunyai kekuatan tersendiri terutama penekanannya pada kejelasan dan
kemurnian `aqidah (tauhid dengan segala implikasinya), kritiknya terhadap
segala bentuk kejahiliahan sekularisme dan materialisme Barat, dan gugatannya
terhadap kezaliman para penguasa dictator kuku besi. Warga harakah boleh tidak
bersetuju dengan pendirian Sayyid Qutub dalam isu-isu tertentu, tetapi mereka
umumnya tetap mengagumi Sayyid Qutub sebagai tokoh pejuang yang sanggup
membayar dengan nyawa demi mempertahankan iman, pendirian dan pemikirannya.
Tidak menghairankan jika al Qaradawiy, faqih
al-wasatiyah itu juga sangat menghormati Sayyiq Qutub walaupun tidak
bersetuju dengan beberapa pendapatnya. Baginya pemikiran Sayyid Qutub dalam al-‘Adalah al-Ijtima’iyyah fi al-Islam
lebih dapat diterima berbanding bukunya Ma’alim
fi al-Tariq. (Kassab, Akram, 2007:61-65). Kiranya wajar dicatat bahawa buku
al-‘Adalah al-Ijtima’iyyah oleh
Sayyid Qutb adalah antara bahan bacaan penting warga ABIM generasi 1970an.
Fiqh
al-Harakah
Gerakan Islam yang dipelopori anak-anak
muda memang tidak kalah dari segi semangat, tetapi masih miskin dari segi ilmu
dan pengalaman. Untuk menepati makna harakah Islamiah sebagai gerakan kerakyatan
dan amal kolektif yang terorganisasi dan terarah kepada matlamat mengembalikan
kedudukan dan peranan Islam sebagai panduan dan bimbingan dalam segala aspek
kehidupan, jelas tidak hanya memerlukan semangat dan komitmen, tetapi juga ilmu
dan kebijaksanaan. Langkah yang tepat dalam situasi yang tepat hanya dapat
dilakukan dengan kefahaman yang mendalam tentang fiqh al-harakah, terutama fiqh
al awlawiyyatnya. Sebenarnya bibit kefahaman tentang fiqh al-awlawiyyat (ilmu urutan keutamaan) dalam gerakan Islam
telah mula ditanam Sayyid Qutub apabila beliau meletakkan `aqidah mendahului
segala-gala, termasuk sistem dan institusi. Kefahaman awal ini dikembangkan
lewat karya al-Qaradawiy Fi Fiqh al Awlawiyyat:
Dirasah Jadidah fi Daw’ al-Qur'an wa al-Sunnah yang terjemahan Melayunya,
Memahami Keutamaan Berasaskan al-Qur’an dan al-Sunnah telah diterbitkan oleh
ABIM pada tahun 1996. Tetapi yang benar-benar membawa high impact dalam pemikiran haraki adalah bukunya, Awlawiyyat al-Harakah al Islamiyyah fi
al-Marhalat al-Qadimah (Urutan Keutamaan Gerakan Islam pada Tahap
Mendatang). Ia adalah sebuah karya futuristik yang membahaskan peranan tajdidi
gerakan Islam; bidang-bidang yang perlu digarap, ilmu-ilmu yang harus dikuasai,
terutama fiqh al-shar’ (fiqh syara’),
fiqh al-waqi’ (fiqh realiti), fiqh al muwazanat (fiqh pertimbangan)
dan fiqh al-awlawiyyat (fiqh urutan
keutamaan); agenda pendakwahan dan pendidikan; peranserta dalam politik; dan
penglibatan dalam isu-isu antarabangsa.
Peranan
Wanita
Gerakan Islam (kini dan nanti) dalam
gagasan al-Qaradawiy harus memberikan perhatian yang lebih berat kepada kaum
wanita. Al-Qaradawiy menilai bahawa peranan wanita dalam gerakan Islam kontemporari
belum mencapai tahap yang sepatutnya. Memang mereka telah diikutsertakan dalam
pelbagai kegiatan harakah seperti seminar, muktamar, pengajian dan seumpamanya;
tetapi gerakan Islam umumnya belum mampu menampilkan tokoh-tokoh pemimpin
wanita di peringkat nasional dan antarabangsa. Al-Qaradawiy melihat adanya
gejala mengongkong gerak langkah kaum wanita oleh pihak lelaki. Beliau melihat
keperluan memberikan kebebasan yang lebih luas kepada wanita Islam.
Bagaimanapun ini tidak bererti beliau mendukung idea emansipasi wanita seperti
yang dipromosikan oleh Qasim Amin, Huda Sha’rawi atau Nawal Sa’dawi. Pembebasan
wanita dalan fiqh al-Qaradawiy tidak terkeluar dari bingkai syari’at.
Fatwa-fatwa al-Qaradawiy tentang wanita memperlihatkan semangat pembelaan dan
pembebasan wanita. Mereka diharuskan menduduki posisi-posisi penting seperti
hakim dan wakil rakyat dengan beberapa syarat demi memelihara kehormatan dan
menghindari fitnah sesuai dengan orientasi wasatiy
fiqh al-Qaradawiy.
Al-Qaradawiy
dan al-Sahwah (Kebangkitan Islam)
Al-Qaradawiy tidak hanya menulis tentang
harakah (gerakan Islam), tetapi juga tentang
sahwah (kebangkitan Islam). Beliau
membezakan kebangkitan daripada gerakan. Kebangkitan menurutnya adalah gelombang
yang menggelora di tengah umat, individu dan jamaah sama ada terorganisasi atau
tidak; sementara gerakan pula adalah jamaah yang terorganisasi, mempunyai
matlamat tertentu, dan bergerak berdasarkan agenda serta program yang sistematik.
(al-Qaradawiy, Yusuf, 1991:4). Memang sejak awal (1970an) perhatian dan
keprihatian al-Qaradawiy banyak tertumpu pada fenomena kebangkitan Islam,
terutama generasi muda yang menjadi tonggak kebangkitan di seluruh dunia Islam.
Pada tahun 1984 beliau menulis kertas kerja berjudul Aina al-Khalal? (Di Mana Yang Tidak Kena?) untuk Multaqa al-Fikr al-Islamiy di Aljazair.
Kertas kerja tersebut membicarakan dua puluh agenda ke arah kebangkitan yang
diaspirasikan. Pada tahun 1990 terbit pula bukunya Min Ajli Sahwatin Rashidah (Demi Kebangkitan Yang Matang), yang berupa
koleksi makalah-makalahnya yang pernah tersiar dalam pelbagai penerbitan.
Makalah-makalah tersebut merangkumi isu-isu yang menjadi esensi sebuah
kebangkitan hakiki dalam erti pencerdasan akli, pemurnian hati dan penguatan
tekad; suatu kebangkitan yang memiliki kejelasan matlamat dan ketepatan cara
mencapainya. Isu-isu yang diliputi termasuklah tajdid, ijtihad, martabat
keinsanan dan sumber daya insani.
Sumbangan al-Qaradawiy yang terpenting
dalam memberikan arah dan hala tuju kebangkitan Islam ialah bukunya, al-Sahwat al-Islamiyyah min al-Murahaqat ila
al-Rushd yang memuatkan gagasan pendewasaan kebangkitan Islam. Buku yang terbit
pada tahun 2002 itu sebenarnya adalah pengolahan semula dua puluh agenda kebangkitan
dalam Aina al-Khalal yang dipadatkan
menjadi sepuluh dan dinamakannya al-Khutut
al-‘Asharah li Tarshid al-Sahwah. Sepuluh garis besar transformasi
pendewasaan kebangkitan Islam itu dirumuskan dalam ungkapan puitis:
Demikianlah gagasan al-Qaradawiy tentang
transformasi pendewasaan: dari bentuk kepada isi, dari bicara kepada kerja,
dari emosi kepada ilmu, dari ranting kepada pokok, dari menyusah dan
mengenyahkan kepada memudah dan menyenangkan, dari jumud dan taqlid kepada
ijtihad dan tajdid, dari taasub dan tertutup kepada toleransi dan akomodasi,
dari ekstrem dan longgar kepada sederhana dan pertengahan, dari keganasan dan
kutukan kepada keramahan dan kasih-sayang, dari sengketa dan perpecahan kepada
kemesraan dan perpaduan. (al-Qaradawiy, Yusuf, 2002:14).
Jammin' Jars Casino & Resort - JTM Hub
ReplyDeleteJAMMIN' 논산 출장샵 JARS CASINO & RESORT in Temecula, CA at JAMMIN' JARS CASINO & RESORT is a 통영 출장마사지 luxury destination. 순천 출장안마 Come 포천 출장안마 out and 평택 출장마사지 play at JAMMIN' JARS CASINO & RESORT.
joya shoes 924g4recln566 joya sko,joya sko,joya skor,Cipő joya,zapatos joya,joya schoenen verkooppunten,Scarpe joya,chaussures joya,joya schuhe wien,joya schuhe joya shoes 265f2babzk872
ReplyDelete