KRISIS PEMAKNAAN
PENDIDIKAN:
MENANGANI GEJALA
EXCELLENCE WITHOUT SOUL
Oleh: Dr Siddiq
Fadzil
Kekalutan bersaing mencapai
kecemerlangan akademik dan obsesi terhadap permintaan pasaran kerja telah
mengakibatkan sistem pendidikan kita kehilangan visi, lalu terjebak dalam
sindrom shorttermism sehingga
mengabaikan misi asasi pembinaan dan
pengutuhan insan. Yang dipentingkan bukan lagi apa yang perlu untuk memperbaiki
kemanusiaan atau insaniyyah anak
didik, tetapi yang lebih dipentingkan adalah memenuhi permintaan semerta atau immediate demand mereka. Mungkin
ungkapan judul buku Harry R. Lewis tentang bencana kependidikan yang sedang
menimpa Universiti Harvard, Excellence
Without a Soul (Kecemerlangan Tanpa, Roh), tepat untuk menggambarkan gelala
global - krisis pendidikan yang kehilangan esensi, erti hakiki dan misi
asasinya. Justeru, yang didedahkan oleh Harry R. Lewis, Profesor yang pernah
menjadi Dekan di Harvard itu, pada hakikainya bukan hanya kepincangan Harvard,
tetapi kepincangan universiti-universiti di seluruh dunia umumnya. Sejak
terbitnya buku Excellence Without a Soul,
Hairy R. Lewis banyak memenuhi undangan universiti-universiti di pelbagai
rantau dunia, dari Hong Kong hingga ke New Haven. Tema pembicaraannya tidak
lain adalah tentang Universiti Harvard yang kehilangan roh atau without a soul itu. Tetapi yang
dirasakan oleh para professor dan khalayak pendengarnya bukan hanya sebuah kisah
tragedi kependidikan di Harvard. Bagi mereka Harry R.Lewis sesungguhnya telah
berbicara tentang hakikat universiti mereka sendiri dengan sangat tepat dan
sekaligus sangat menakutkan, “described
their situation with frightening accuracy”.
Gejala
Kehilangan Arah
Memang demikianlah hakikatnya, gejala aimlessness, bencana kehilangan arah
telah mengglobal. Apa yang terjadi kepada Harvard adalah cerminan apa yang
terjadi kepada IPT dunia. Justeru, Harvard adalah university tertua, terkaya
dan ternama yang selalu dilihat sebagai model terunggul universiti kelas dunia.
Benar, institusi-institusi pengajian tinggi umumnya berjaya memberikan pengetahuan
dan kemahiran, tetapi ternyata gagal melaksanakan misi asasi pendidikan -
pengutuhan dan penyempurnaan insan. Dalam konteks Harvard, Harry R.Lewis
menyatakan bahawa mereka telah melupakan “the
fundamental job of undergraduate education, tanggungjawab dasar terhadap anak
didik”, termasuk, “...to help them grow up, to learn who they are, to search for
a larger purpose for their lives, and to leave college as better human beings.”
Pidato-pidato pimpinan universiti umumnya lebih banyak berkisar pada masalah-masalah
dunia, kepentingan ilmu, kerja kuat dan kejayaan; tetapi sedikit sekali
menyentuh persoalan tentang kekuatan peribadi, integriti, kasih-sayang,
kerjasama dan bagaimana untuk hidup dalam dunia yang lebih baik. Semakin besar
universitinya, semakin sengit pula ia bersaing meraih kemenangan di kancah
pasaran dan di lahan perebutan dana penyelidikan, tetapi ketika itu jugalah
mengurangnya pembicaraan yang serius tentang pembinaan watak pelajar, “...about their development into people of
good character who will know that they owe something to society for the
privileged education they have received.”
Demikianlah pengakuan jujur orang dalam,
seorang profesor Harvard, tentang penyakit yang sedang membarah di tubuh
universiti tersohor itu. Dua tahun selepas terbitnya Excellence Without a Soul (2006), muncul pula seorang graduan
Harvard Busines School dengan bukunya yang berjudul What They Teach You at Harvard Business School, Philip Delves
Broughton merakamkan pengalaman kesiswaannya di institusi yang terkenal dengan
ijazah MBAnya yang berprestij itu, institusi yang disebutnya sebagai the cauldron of capitalism atau kawah
besar kapitalisme, where capitalism goes,
the MBA follows. Dengan latar pencitraan sedemikian, tidak ada siapa pun
yang hairan jika ramai graduannya menjadi kapitalis yang barbarik, menjadi
binatang ekonomi yang materalistik, mementingkan diri, rakus dan boros.
Orientasi kebendaannya memang kental sekali sehingga Philip Delves Broughton
hanya mampu mengeluh bahawa yang selalu menjadi pokok pembicaraan masyarakat
siswanya bukan lagi soal pengajian, ilmu, atau persiapan menghadapi dunia
kerjaya; tetapi lebih banyak tentang ambitions
dan nafsu besar - mahu pangkat apa, mahu gaji berapa, mahu jadi sekaya siapa,
dan mahu gaya hidup semewah mana.
Ternyata Harvard Business School (HBS) dan banyak sekolah-sekolah bisnes
lainnya telah kehilangan misi moral dan sosialnya. Para graduannya dirangsang
merajai dunia bisnes dan berlumba mengaut kekayaan tanpa mempedulikan
batasan-batasan etik dan moral. Subjek Business
Ethics yang diajarkan di sekolah-sekolah tersebut jelas sudah tidak berdaya
lagi mengawal polah-tingkah para usahawan kapitalis rakus dan curang sehingga
mengakibatkan leluasanya pelbagai skandal korporat kelas multi-nasional, dan
akhirnya meledakkan krisis kewangan dunia dengan segala bencana kemanusiaan
bawaannya. Memang demikianlah kenyataannya, ramai dari kalangan mereka yang
muncul sebagai orang kaya yang kehilangan kepedulian sosial. Mereka selalu
melakukan pelbagai helah untuk mengelak cukai, malah apa yang disebut CSR (corporate social responsibility) itupun
seringkali dilakukan hanya untuk mengelak cukai. Kesedaran kemasyarakatan
memang telah sirna sejak lama. Yang tinggal hanya sisa-sisa perhatian yang
terbatas pada hal-hal yang mereka berminat (sukan, hiburan dsb), dan itu pun
seringkali dilatari motif kepentingan.
Justeru, sebagai universiti paling
berpengaruh di dunia, kerosakan Harvard boleh merosakkan dunia seluruhnya,
termasuk kita, khususnya orientasi pendidikan kita. Harvard sudah menjadi kiblat
pengajian tinggi di mana-mana, dan keghairahan meniru Harvad sudah mewabak
meratai jagat. Dominasi Harvard tidak terbatas hanya dalam bidang bisnes,
tetapi sudah merempuh bidang-bidang lain, termasuk politik, ekonomi, kebudayaan
dan pendidikan. Philip Delves Broughton mencatatkan bahawa sepanjang pengajiannya
di HBS (2004-2006), para alumni HBS telah menempati pelbagai posisi strategik
termasuk Presiden Amerika Syarikat, Setiausaha Perbendaharaan Amerika Syarikat,
Presiden Bank Dunia, Datuk Bandar New York, dan sejumlah yang tidak terkira CEO
badan- badan korporat gergasi. Beliau juga mencatatkan bahawa alumni HBS
menguasai 2O% tiga jawatan teratas di 500 buah syarikat yang disenaraikan oleh
Fortune. Sementara itu, sejak tahun 2000, para pemegang ijazah MBA yang menempati
pejabat kepresidenan Amerika Syarikat (Oval
Office) telah membuat keputusan-keputusan besar tentang pelbagai masalah
dunia dengan segala implikasi kemanusiaan dan kesejarahannya.
Broughton seterusnya merumuskan bahawa
semua orang dalam bidang apa pun seharusnya memprihatinkan segala yang sedang
terjadi di HBS kerana, “The language,
practices, and leadership styles taught in MBA course affect all of us.
Business schools no longer produce just business leaders. MBAs determine the
lives many of us will lead, the hours we work, the vacations we get, the
culture we consume, the health care we receive, and the education provided to
our children. ... And it has ambitions to matter even more.” Pendeknya,
orang bisnes memang sangat bernafsu untuk menguasai segala-gala.
Misi
Penyempurnaan dan Pengutuhan lnsan
Latar dunia pengajian tinggi yang
sedemikian rupa menambah keyakinan kita terhadap kerelevanan kita sebagai
pengembang misi pengutuhan dan penyempurnaan insan. Sesungguhnya kehadiran kita
bukan suatu piIihan, tetapi suatu kewajipan kemanusiaan dan keagamaan. Kita
harus memikul tanggungjawab melaksanakan pendidikan keinsanan dalam erti
pengembalian insan kepada kemurnian dan keunggulan fitrinya sebagai makhluk
sebaik-baik kejadian (ahsani taqwim)
yang dimuliakan Allah (al-takrim al-Ilahiy)
dengan hembusan ruh penciptaan-Nya (al-nafkh
al-Ilahiy). Insan bukan sekadar makhluk tanah (tin) yang rendah. la telah diangkat darjatnya dengan hembusan ruh Ilahi, yang kerananya para malaikat rela
sujud menghormatinya. Di sinilah kegagalan iblis mempersepsikan insan secara
utuh - tanah dan hembusan ruh Ilahi.
Bagi iblis, insan hanyalah makhluk tanah, semata-mata tanah; dan kerana itu
pulalah ia membantah perintah sujud.
Fungsi pendidikan tidak hanya sekadar
memelihara ke-tanah-an insan, tetapi lebih daripada itu ialah untuk memelihara
hembusan ruh Ilahi yang merupakan
asetnya yang termahal, martabat keunggulannya, dan sumber potensi kesempurnaan
insaniahnya. Hakikat inilah yang diserlahkan oleh Qadi Abu Bakr ibn al-'Arabiy
dalam huraiannya tentang insan sebagai makhluk ahsani taqwim:
“Tiada
makhluk Allah yang lebih baik daripada manusia, kerana Dia telah
menganugerahnkannya kadar tertentu daripada sifat-sifat ketuhanan-Nya seperti: hayyan, ‘aliman, qadiran, mutakalliman,
sami’an, basiran, mudabbiran dan lain-lainnya.”
Memang, tidak ada makhluk Tuhan yang
penciptaannya Iebih baik daripada insan. Justeru, Tuhan telah mengurniakannya
cebisan daripada sifat-sifat rabbaniyyah-Nya,
yang dapat dikembangkan hingga sejauh yang terjangkau oleh kudrat insaniahnya,
dan sekaligus dapat menjulang martabatnya mengungguli segala makhluk lain.
Hakikat inilah juga yang diungkapkan
oleh al-Shaykh ‘Abd al-Karim al-Jiliy dalam tulisannya al-Insan al-Kamil fi Ma’rifat al-Awakhir wa al-Awa’il Ketika
menjelaskan makna hadith nabawi bahawa Allah menciptakan Adam ‘a.s. menurut
gambaran-Nya (‘ala suratih), al-Jiliy
mengatakan:
“Sebagaimana
yang diketahui, Allah bersifat Hidup, Berilmu, Berkuasa, Berkehendak,
Mendengar, Melihat, Berkata-kata, maka demikian jugalah manusia - hidup,
berilmu dan sebagainya.”
Manusia yang penciptaannya sedemikian
rupa memang seharusnya mampu menghayati sifat-sifat Rabbaniy, dan itulah sebenarnya ukuran kesempurnaan dan kebahagiaannya
yang disebut oleh al-Ghazaliy:
“Bahawa kesempurnaan dan kebahagiaan manusia (hamba
Allah) terletak pada kesediaan dan keupayaannya berakhlak dengan akhlak Allah.”
Jelmaan kesempurnaan paling ideal yang
disebut al-Insan al-Kamil sebagaimana
yang dikonsepsikan oleh al-Jiliy adalah Muhammad (s.’a.w.). Dalam kaitan ini,
pendidikan sebagai proses pengutuhan dan penyempurnaan insan harus menjadikan al-Insan al-Kamil sebagai model
keinsanan terunggul.
Keinsanan dengan segala keunggulannya
yang berpangkal dari kurnia hembusan ruh Ilahi dengan segala implikasinya itu
pada hakikatnya adalah amanah berat yang tidak terpikul oleh langit, bumi,
gunung atau makhluk-makhluk lain segagah mana pun. Amanah inilah yang selalu dilupakan
sehingga mengakibatkan kejatuhan martabat insan dari puncak ahsani taqwim merudum ke jurang asfala safilin. Demikianlah mesej firman
Ilahi:
"Sesungguhnya
Kami telah kemukakan tanggungjawab amanah (Kami) kepada langit dan bumi
serta gunung-ganang (untuk memikulnya),
maka mereka enggan memikulnya dan bimbang tidak dapat menyempurnakannya (kerana
tidak ada pada mereka persediaan untuk memikulnya); dan (pada ketika itu)
manusia (dengan persediaan yang ada padanya) sanggup memikulnya. (ingatlah)
Sesungguhnya tabiat kebanyakan manusia adalah suka melakukan kezaliman dan suka
pula membuat perkara-perkara yang tidak patut dikerjakan.”
(Al-Ahzab: 72)
Al-Insan disebut zalum dan jahul (zalim dan jahil). Ia zalum
kerana selalu menzalimi diri sendiri dengan menjatuhkan martabat diri dari ketinggian
darjat keinsanannya; dan ia juga jahul
kerana tidak tahu tentang hakikat
dirinya sebagai pengembang amanah
keinsanan. Bukankah gejala zalum
dan jahul ini yang menimpa masyarakat
dunia, termasuk mereka yang dianggap kaum terpelajar? Gejala
zalum dan jahul adalah sejenis dehumanisasi yang melahirkan generasi yang
hilang keinsanannya. Ayat tersebut sebenarnya membawa pesan kependidikan yang
sangar penting; bahawa pendidikan harus melaksanakan misi penyelamatan insan
dari menjadi zalim dan jahil dalam pengertian tersebut.
Misi
Ummatik: Pembinaan Khayriyyat al-Ummah
Demi maruah dan martabat, sistem
pendidikan kita harus berorientasi khayriyyah
(keunggulan) yang berteraskan iman, komitmen terhadap nilai-nilai kemakrufan,
dan semangat melawan gejala kemungkaran, sesuai dengan ayat khairiyyat al-ummah dalam surah Ali ‘Imran.
Khayriyyat al-ummah bukan ketuanan
warisan. Ia adalah wawasan Qur’ani yang terbuka kepada semua umat yang sanggup
memenuhi syarat, tanpa, mengira asal usul keturunan. Ia adalah keunggulan
bersyarat yang harus dicapai dengan perjuangan kependidikan membangun watak umat,
menegakkan prinsip-prinsip iman, menghayati nilai-nilai murni dan membasmi
gejala maksiat. Faktor keturunan bukan jaminan keunggulan, tanpa cirri-ciri khayriyyat
al-ummah, keturunan siapapun akan mengalami kehinaan senasib dengan
kasut, “dari atas diinjak kaki, dari bawah
ditusuk duri, sudah usang dibuang orang”. Tepat sekali ungkapan Dr.Muhammad
‘Imarah bahawa ia adalah shurut muktasabah,
la ‘unsuriyyahy mawruthah (syarat yang dicapai, bukan perkauman yang
diwarisi).
Pendidikan
Kewarganegaraan
Selain pendidikan keumatan, sistem
pendidikan yang baik juga melaksanakan pendidikan kewarganegaraan,
mempersiapkan anak-didik menjadi rakyat yang bertanggungjawab, rakyat negara Malaysia
yang demokratik, dan berbilang kaum. Akibat obsesi yang berlebihan terhadap pengkhususan
dalam disiplin ilmu tertentu, semangat
kewarganegaraan, kesedaran sivik dan kepedulian politik seringkali terabai. Institusi
Pendidikan seolah-olah sudah, menjadi sebuah pulau. Masyarakat sekitar tidak
mendapat pencerahan darinya. Lebih setengah abad mengamalkan demokrasi, namun erti
demokrasi belum difahami secara meluas. Bagi sebilangan rakyat, demokrasi hanya
bererti pilihanraya, dan tidak lebih daripada itu. Mereka seharusnya sudah
memahami demokrasi bukan hanya pilihanraya, tetapi yang lebih mendasar adalah
prinsip-prinsip dan nilai-nilainya, yang harus dipelajari, dihayati dan
dibudayakan. Institusi Pendidikan seharusnya mampu membina manusia demokrat yang
murni, matang dan berjiwa besar. Tetapi jika dilihat bagaimana demokrasi
dilaksanakan di kampus-kampus, ternyata
banyak Institusi Pendidikan yang gagal memberikan pendidikan demokrasi di
kalangan warganya. Pilihanraya kampus seringkali dicemari sikap undermocratic dan unethical pihak pentadbiran yang memaksakan kemahuannya memenangkan
kelompok tertentu dan mempastikan kekalahan kelompok yang lain. Demikianlah berlakunya
tragedi kematian nilai-nilai demokrasi di kampus-kampus yang seharusnya menjadi
model masyarakat demokratik yang sihat dan menginspirasikan. Apakah ini bukan suatu
pengkhianatan terhadap amanah pendidikan kewarganegaraan?
Misi
Perubahan
Institusi Pendidikan yang dibina di atas
kesedaran dakwah pembebasan manusia dari kegelapan kepada kecerahan, selamanya komited
terhadap misi perubahan. Mungkin ada yang berfikir, bahawa kita sebenarnya
hanya bermimpi. Perubahan apalah yang dapat dilakukan oleh orang kecil seperti
kita. Mungkin benar, ketika ini kita sedang bermimpi. Tetapi syukurlah, kita
masih berani bermimpi. Siapa tahu sewaktu-waktu mimpi menjadi realiti. Jangan lupa
kita sebenarnya masih memiliki potensi kekuatan raksaksa yang berupa generasi
muda yang enlightened. Gelombang
perubahan yang menerjang seluruh Dunia Arab ketika ini adalah sepenuhnya hasil
kebangkitan anak-anak muda, maka kerananya ia mendapat nama Thawrat al-Shabab (Revolusi Pemuda). Majalah
The Economist (2 April 2011) menyebut
mereka sebagai, “... a new generation of
young idealists, inspired by democracy, united by Facebook and excited by the notion
of opening up to a wider world,...”. Gelombang kebangkitan yang mencengangkan
itu telah dilakukan oleh anak-anak muda yang selama ini sudah dianggap lost generation, generasi yang sudah
hanyut entah ke mana. Mereka adalah Facebook
generation pencipta keajaiban, merubah sejarah. Dalam tempoh hanya tiga
minggu mereka melakukan suatu yang tidak mampu dilakukan oleh bapa-bapa mereka selama tiga puluh
lstiqamah Sebagai Manusia Berprinsip
Kita tidak akan kecewa andainya anda
lupa sebahagian daripada kurikulum pengajian tetapi kita akan sangat kecewa
andainya anda gagal meninggalkan institusi pengajian sebagai better human being (manusia yang lebih
baik). Justeru, pendidikan keinsanan adalah misi terbesar kita. Kita akan
sangat berbahagia menyaksikan para graduan menjadi al-insan al-salih atau yang disebut orang Melayu sebagai orang
baik. Konsep orang baik dalam pemikiran Melayu sebenarnya dipadankan dari sabda nabawi, khayru ‘n-nas anfa’uhum li ‘n-nas (orang terbaik adalah yang paling berguna
kepada orang lain). Sabda inilah yang mengilhami pengungkapan konsep manusia
serba guna dalam warisan kepujanggaan bangsa:
Bagaikan
kayu besar di tengah padang,
Rimbun
daunnya tempat berteduh,
Kuat
dahannya tempat bergantung,
Kukuh
batangnya tempat bersandar,
Besar
akarnya ternpat bersila.
Untuk bersikap istiqamah sebagai orang
baik, ternyata tidak mudah, terlalu banyak goda dan pesonanya, lebih-lebih lagi
pada zaman penuh kegilaan seperti sekarang ini yang sudah menepati ciri Jaman Edan era pujangga
R.N.Ronggowarsito. Pada zaman gila, orang gila membolot segalanya, sehingga
tidak tersisa untuk yang tidak gila atau yang tidak mahu ikut jadi gila. Kehidupan
manusia berjalan di atas hukum: tak gila, tak merasa (ora edan, ora keduman). Dalam suasana seperti itulah terujinya
ketahanan orang baik. Ronggowarsito meninggalkan pesan kepujanggaan yang
menyuntikkan semangat hidup berprinsip, “seuntung
mana pun orang yang gila, lebih beruntung orang yang beringat dan berwaspada”.
Orang baik tidak perlu iri hati terhadap orang gila, sebagaimana kita tidak
perlu iri hati melihat gagak berlagak merak, atau kera memakai mahkota. “Jangan Jemu Menjadi Orang Baik”.
No comments:
Post a Comment